Gotong-royong membersihkan Rumah Kavyan di Taman Sri Muda, Shah Alam dilakukan
oleh Uthaya Sankar SB, Shahrul Nizam Abd Hamid dan Perzeus James pada 15 Mac 2014.
Kerja-kerja mengecat pintu pagar dan jeriji dilakukan oleh Perzeus James, Kughan Nadarajah dan Uthaya Sankar SB pada 30 Ogos 2014. Lihat foto pintu pagar [sebelum dicat] [selepas dicat] dan jeriji [sebelum dicat] [selepas dicat].
Pada 6 April 2015, Rumah Kavyan dipasang pendingin hawa. Pada 18 Januari 2016, Rumah Kavyan dipasang Internet untuk kemudahan peserta bengkel.
Lokasi: Jalan Hikmat Dua 25/82B Taman Sri Muda Shah Alam. [Sila elakkan sikap menelefon pada tarikh acara untuk meminta panduan jalan!] [Lihat GOOGLE MAP]
Tingkat bawah sahaja digunakan bagi mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Peserta, tetamu dan hadirin dilarang naik ke tingkat atas tanpa izin.
Para peserta, tetamu dan hadirin diingatkan supaya TIDAK meletakkan kenderaan di sepanjang Jalan Hikmat Dua 25/82-B kerana akan menimbulkan kemarahan serta mengganggu penduduk lain. Sila rujuk PETA untuk mengetahui tempat meletak kereta yang dicadangkan.
Rumah Kavyan adalah Kawasan Larangan Merokok dan Kawasan Berpakaian Sopan. Makanan dan minuman ringan disediakan bagi individu yang hadir dengan janji temu. Hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau 016-3288142 (Uthaya Sankar SB) untuk mengatur pertemuan/kunjungan.
Orang ramai dibenarkan meminjam buku-buku terpilih selama dua minggu sahaja dari Perpustakaan Mini Rumah Kavyan. Foto individu yang gagal memulangkan bahan pinjaman akan dipaparkan secara terbuka di laman rangkaian sosial Facebook. Pencuri pula akan diaibkan secara kekal dan terbuka di laman rangkaian sosial. [Bermula 16 September 2015, peminjaman dihentikan. Hal ini kerana terlalu banyak kes buku-buku gagal dipulangkan dalam masa dua minggu seperti dijanjikan. Orang ramai boleh membaca buku di Rumah Kavyan.]
Antara aktiviti yang dijalankan di Rumah Kavyan adalah Bengkel Penulisan Makalah Budaya (27 April 2014), Bengkel Cereka UPSR (10 Mei 2014), Bengkel Latihan dan Rakaman Baca Cerpen Kavyan (15 Jun 2014), Forum Mempertahankan Agama Minoriti (6 Julai 2014), Puasa Demi Perpaduan (19 Julai 2014), Projek Sumbangan Makan Tengah Hari (mulai 7 Julai 2014), Baca Novel Hanuman (20 September 2014), Bengkel Penulisan Makalah Budaya (15 Februari 2015), Bengkel Pengukuhan Penulisan (29 Mac 2015), Bengkel Penulisan Kavyan (17 Mei 2015), Pelancaran Buku Pulau Pendatang (17 Mei 2015), Forum Kavyan (14 Jun 2015), Bengkel Penulisan Puisi (15 Ogos 2015), Bengkel Penulisan Makalah Isu Sosial (12 September 2015), Baca Cerpen Sasterawan Negara (20 September 2015), Bengkel Penulisan Cerpen (18 Oktober 2015), Majlis Meraikan Kelahiran Nari (18 Oktober 2015).

Carian Waze dan Google Map: Rumah Kavyan