Tarikh: 14 Mac 2026 (Sabtu)
Masa: 2.00 –
6.00 petang
Tempat:
Bilik Bacaan, Kampung Chetti
Peserta:
14-24 tahun
Pengenalan
Pertubuhan
Sasterawan Kaum India (Kavyan) mengikuti perkembangan serta
bekerjasama dengan penduduk Kampung Chetti, Melaka sejak tahun 2006. Rencana fokus
mengenai keunikan kaum Chetti ditulis untuk majalah Dewan Budaya pada Mac
2007 dan Mac 2015. Karya seperti rencana, cerpen, dan sajak juga ditulis dari
semasa ke semasa untuk meraikan keunikan komuniti peranakan ini. Rujuk sebahagian
dokumentasi [di sini].
Program Galakan Membaca
Program ini
dirangka khusus untuk meneruskan kerjasama yang sedia wujud serta menggalakkan
generasi muda komuniti Chetti (umur 14-24 tahun) terlibat sama dalam aktiviti
galakan membaca. Turut diselitkan aktiviti menulis dan berkongsi foto atau video
pendek (reel) di media sosial – Facebook, X, Instagram, TikTok, dan sebagainya – mengenai sejarah,
keunikan, identiti, budaya, dan jati diri kaum Chetti dan Kampung Chetti.
Pengisian Program
Berikut rangka
atur cara. Sila patuhi Waktu Kavyan.
10:00 pagi – Wakil Kavyan bertolak
dari Shah Alam
12:00 tengah hari – Makan tengah
hari di Melaka
1:00 tengah hari – Membuat persiapan
di Bilik Bacaan, Kampung Chetti
1:30 tengah hari – Ketibaan peserta
(berdaftar) dan wakil Sri Poyatha Venayagar Moorthi Temple (Kuil SPVM)
2:00 petang – Ucapan wakil Kuil SPVM
2:15 petang – Pengenalan tentang
Kavyan dan penulis yang hadir
3:00 petang – Membaca petikan karya
berkaitan Chetti Melaka
3:30 petang – Kerja Berkumpulan 1: Keunikan,
sejarah, identiti, jati diri, dan budaya kaum Chetti dan Kampung Chetti
4:30 petang – Minum petang
5:00 petang – Kerja Berkumpulan 2:
Mempromosi Chetti Melaka (tulisan, foto, video) menerusi media sosial
6:00 petang – Bersurai
Pendaftaran Peserta
Individu
berumur 14-24 tahun yang berminat menjadi peserta wajib mendaftar lebih awal. Hubungi
Jeevan @ T.
Sithambaram Pillay (Setiausaha Kehormat Kuil SPVM). Penulis yang
mahu hadir mewakili Kavyan diminta menghubungi Uthaya Sankar SB. Tolong jangan
mendaftar jika tidak mampu memberikan komitmen penuh.



