Tarikh: 27 Julai 2025
(Ahad)
Masa: 3.00
petang [Waktu Kavyan]
Tempat: Restoran Anak
Baba, Brickfields
Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad,
Brickfields
Pengenalan
Rabindranath Tagore @ Rabindranath Thakur (1861-1941) seorang penyair dan sasterawan yang
terkenal di seluruh dunia. Beliau menerima Hadiah Nobel Sastera (1913) menerusi Gitanjali (1912). Dr. Lalita Sinha berusaha memperkenalkan Tagore
dan karya-karya beliau kepada khalayak umum, khususnya generasi muda di Malaysia.
Bicara Tagore di Anak Baba
Pertubuhan
Sasterawan Kaum India (Kavyan) mengundang Lalita Sinha untuk
membicarakan keperibadian Tagore dan beberapa karya beliau dalam suasana
santai. Sebagaimana moto buku puisi Gitanjali
– “I am here to sing thee songs” –
maka beberapa puisi dan cerpen Tagore akan dipersembahkan dalam pelbagai bahasa
pada sesi ini.
Atur Cara dan Pengisian
Berikut tentatif
sesi Bicara Tagore di Anak Baba
2:45 petang
Ketibaan peserta
dan hadirin
Makan-minum
ringan disediakan
Orang ramai
juga boleh membeli makanan/minuman lain di kaunter
3:00 petang
“Meraikan Karya Tagore”
Persembahan sajak/puisi Tagore dalam terjemahan
Persembahan cerpen Tagore dalam terjemahan
“Membicarakan Tagore dan Karyanya”
Panel 1: Dr. Lalita Sinha
Panel 2: Pn. Aida Harun
Panel 3:
Moderator: Uthaya Sankar SB
“Karya Tagore dan Anak Muda
Malaysia”
Sesi soal-jawab dan perkongsian melibatkan
peserta/hadirin
Sesi menggunakan Bahasa Malaysia, Inggeris, dan sebagainya
Pendaftaran Peserta
Sesi Bicara Tagore di Anak Baba dikendalikan
dalam kumpulan kecil dan dihadkan kepada sekitar 15 orang yang mendaftar lebih
awal. Untuk mendaftar, sila hantar nama penuh ke WhatsApp 011-11411952
(Uthaya). Keutamaan bagi peserta yang mahu terlibat dalam sesi soal-jawab dan
perkongsian semasa sesi bicara. Pendaftaran ditutup sebaik sudah ada maksimum
15 peserta/hadirin.