9 Aug 2023

Program Bahasa dan Sastera di Persatuan Pure Life (PLS)

Pengenalan

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pernah mengendalikan beberapa program bahasa, sastera, dan galakan membaca di Persatuan Pure Life (PLS) pada tahun 2003. Malah, sepuluh remaja dari PLS turut terlibat sebagai peserta dalam acara Baca Cerpen Kavyan pada Ogos 2003. Acara Baca Cerpen PLS pula diadakan di PLS melibatkan 15 kanak-kanak dan remaja membaca petikan karya Bahasa Malaysia kegemaran mereka.

Uthaya Sankar SB bertemu Mother Mangalam pada 27 November 2018 semasa beliau masuk wad di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Dalam pertemuan itu, Mother Mangalam mencadangan projek bahasa dan sastera cuba dikendalikan semula di PLS kerana ternyata membawa kesan positif yang berpanjangan kepada kanak-kanak dan remaja terbabit. Walau bagaimanapun, program tidak dapat diatur segera kerana masalah kesihatan Mother Mangalam. Kemudian, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Mac 2020 akibat penularan Covid-19 membantutkan usaha berkenaan.

Mother Mangalam meninggal dunia pada 10 Jun 2023. Kemudian, Datuk Ambiga Sreenevasan dipilih untuk menggalas tugas sebagai presiden PLS. Hasil perbincangan Uthaya dengan Datuk Ambiga, beliau menyatakan minat meneruskan program bahasa dan sastera di PLS.

Pada 9 Ogos 2023, Uthaya bertemu Dr. Anucia Jeganathan (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PLS). Turut terlibat dalam perbincangan di pejabat PLS ialah Sumathi Sankaran dan Malar. Pihak PLS bersetuju dan mengalu-alukan program bahasa dan sastera diteruskan demi manfaat kanak-kanak dan remaja terbabit. Program akan dilaksanakan secara bulanan supaya benar-benar mencapai matlamat.

 

Matlamat Program

1. Memupuk minat terhadap Bahasa Malaysia

2. Membudayakan amalan membaca buku cerita

3. Mencungkil bakat penulisan karya kreatif

4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi


[Foto acara 26 Ogos 2023. Lebih banyak foto DI SINI]

[Foto acara 23 September 2023. Lebih banyak foto DI SINI]

[Foto acara 7 Oktober 2023. Lebih banyak foto DI SINI]


Tarikh

✅ Sesi 1: 26 Ogos 2023 (Sabtu) - Seronoknya Membaca: Nari! Nari! - melibatkan 55 peserta kanak-kanak dan remaja

✅ Sesi 2: 23 September 2023 (Sabtu) - Rasa Sayang: Penghayatan Pantun - melibatkan 25 peserta kanak-kanak

✅ Sesi 3: 7 Oktober 2023 (Sabtu) - Membaca dan Menulis Cerita - melibatkan 25 peserta remaja

❌ Sesi 4: 4 November 2023 (Sabtu) - Sastera, Seni, dan Budaya I - melibatkan 20 peserta kanak-kanak dan remaja [Tidak dapat diadakan kerana ada acara yoga di PLS]

❌ Sesi 5: 25 November 2023 (Sabtu) - Seronoknya Membaca I - melibatkan 15 peserta kanak-kanak [Tidak dapat diadakan kerana ad lawatan syarikat Jepun ke PLS]

Sesi 6: 2 Disember 2023 (Sabtu) - Sastera, Seni, dan Budaya II - melibatkan 20 peserta kanak-kanak dan remaja

Sesi 7: 23 Disember 2023 (Sabtu) - Seronoknya Membaca II - melibatkan 15 peserta kanak-kanak

[tarikh sesi untuk tahun 2024 akan dikemas kini]

 

Masa

9:00 – 11:00 pagi [Waktu Kavyan]

Tempat

Dewan Persatuan Pure Life, Jalan Puchong, Kuala Lumpur

(Bersebelahan SK Sathya Sai dan SMK Dharma)

Waze: Persatuan Pure Life [Jangan cari “Pure Life Society”]

 

Sukarelawan Kavyan

Uthaya bertindak sebagai penyelaras dan pengendali program. Beberapa Sasterawan Kavyan dan Sukarelawan Kavyan akan membantu mengikut kelapangan masing-masing. Para wakil Kavyan perlu akur pada peraturan dan syarat yang ditetapkan bagi memastikan program berjalan lancar. Sukarelawan Kavyan pada 26 Ogos 2023 ialah Thanusya Shanmuganathan, Prabhawathy Govindarajoo, dan Devishi Prabha Sankari. Sukarelawan Kavyan pada 23 September 2023 ialah Devishi Prabha Sankari.

 

Peserta

Jumlah keseluruhan peserta ialah 55 orang iaitu sekitar 25 kanak-kanak dan 30 remaja dengan pelbagai tahap pencapaian akademik dan penguasaan Bahasa Malaysia. Mereka tinggal di PLS dan merupakan kumpulan sasaran yang amat sesuai dengan matlamat program. Pada masa depan, penyertaan mungkin dibuka kepada orang luar.

Teks Asas Program

Dalam mesyuarat pada 9 Ogos 2023, dipersetujui supaya buku Nari! Nari! (2023) dijadikan teks program bulanan kerana kandungannya memenuhi keperluan peserta dan matlamat program.

 

Sumbangan/Tajaan Bagi Buku/Hadiah

Sejumlah 55 naskhah buku Nari! Nari! diperlukan bagi tujuan program pertama pada 26 Ogos 2023. Ia melibatkan kos RM10 x 55 buku = RM550. Orang ramai yang sudi amat dialu-alukan menghulurkan sumbangan bagi menampung kos ini. Sumbangan RM10 membolehkan seorang peserta mendapat sebuah buku. (Nota: Harga RM10 merupakan harga kos bagi buku berkenaan dan tidak melibatkan sebarang keuntungan.) Kos-kos lain ditanggung oleh Uthaya. Untuk menyumbang, hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Surat rasmi akan diberi bagi setiap sumbangan. 

Terima kasih kepada Anthony Louis, Anuradha Chelliah, dan M. Mahendran yang sudi menyumbang bagi menampung kos program 26 Ogos 2023

Bagi menampung kos membeli hadiah untuk program 23 September 2023, sumbangan ikhlas diterima daripada Kumanan Kandasamy, Dr. Gopala Krishnan Nair, dan Prem Kanna Dorairaj.