Tarikh: 25 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa: 3.00
petang [Waktu Kavyan]
Tempat: Restoran Anak
Baba, Brickfields, Kuala Lumpur
Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields
Pengenalan
Pertubuhan
Sasterawan Kaum India (Kavyan) dengan kerjasama Pusat Kebudayaan India (NSCBICC) pernah
menganjurkan pertemuan dan sesi perbincangan pada 1 November 2015 di Dewan
NSCBICC, Menara Sentral Vista, Brickfields melihatkan sekumpulan penulis kaum
India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Tamil, dan Inggeris. Tiga lagi
program pertemuan, perbincangan, dan sesi membaca petikan karya diadakan pada 20
Disember 2015, 11 Jun 2017, dan 21 April 2018 melibatkan sekumpulan penulis
pelbagai kaum (Melayu, Cina, India dan sebagainya) yang menghasilkan karya
pelbagai bahasa (Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, Mandarin dan sebagainya). Pertemuan
Penulis dan Pembaca Malaysia pula diadakan pada 14 Mei
2023, selain Perbincangan
Meja Bulat Penulis Malaysia pada 14 Oktober 2023 dalam
usaha mewujudkan silaturahim dalam kalangan penulis pelbagai kaum yang menulis
karya pelbagai bahasa.
Restoran
Anak Baba di Brickfields, Kuala Lumpur turut menjadi tempat aktiviti Kavyan. Antara
program yang dijayakan di sini ialah “Baca di Anak Baba” (5 Ogos 2023, 2
September 2023, 7 Oktober 2023, 4 November 2024, dan 2 Disember 2023), “Lepak Menulis Cerpen di Anak Baba” (17 September
2023), “Lepak Menulis Rencana di Anak Baba” (22
Oktober 2023), “Bicara
Tagore di Anak Baba” (27 Julai 2025), “Bicara Bharati di Anak Baba” (23 Ogos 2025), serta “Bicara
Nayagi dan Pameran Solo Sai Vijay” (27 September 2025).
Pertemuan Penulis Pelbagai Kaum
Memandangkan pertemuan melibatkan penulis pelbagai kaum yang menghasilkan karya pelbagai bahasa tidak selalu diadakan pihak lain, Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) dengan sokongan dan kerjasama Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF) dan Persatuan Penulis-penulis Tamil Malaysia (MTWA) mengatur sesi Pertemuan Penulis Pelbagai Kaum bagi membuka ruang pertemuan, perbincangan, dan jalinan mesra melibatkan penulis pelbagai kaum yang terlibat dalam penulisan pelbagai bahasa. “Penulis pelbagai kaum” merujuk kepada penulis mana-mana kaum/etnik yang merupakan warganegara Malaysia. “Pelbagai bahasa” merujuk kepada mana-mana bahasa yang digunakan oleh penulis warganegara Malaysia untuk menghasilkan karya.
Bahasa Komunikasi
Penggunaan Bahasa
Malaysia diutamakan, namun bahasa Inggeris (English),
Tamil (தமிழ்),
dan Mandarin/Cina (中文) boleh digunakan oleh peserta mengikut keselesaan masing-masing. Penterjemahan
ringkas oleh peserta lain akan dilakukan bagi peserta yang meggunakan bahasa
Tamil/Cina.
Pendaftaran Peserta
Sesi Pertemuan Penulis Pelbagai Kaum dikendalikan dalam kumpulan kecil (eksklusif) dan dihadkan kepada 20 orang yang mendaftar paling awal. Untuk mendaftar, sila hantar nama penuh dan nombor telefon ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Nyatakan juga “kategori” (rujuk di bawah). Pendaftaran ditutup sebaik sudah ada maksimum 20 peserta mengikut kategori di bawah. Konsep “siapa cepat, dia dapat” digunakan.
|
Bahasa
Malaysia |
Bahasa
Inggeris |
Bahasa
Tamil |
Bahasa
Mandarin |
India |
2 penulis |
2 penulis |
2 penulis |
- |
Cina |
2 penulis |
2 penulis |
- |
2 penulis |
Melayu |
2 penulis |
2 penulis |
- |
- |
Lain-lain |
2 penulis |
2 penulis |
- |
- |
Nota: Kategori “Lain-lain”
digunakan untuk menjimatkan ruang, namun penulis terbabit tetap diberi ruang,
peluang, dan hak sama rata.
Atur Cara dan Pengisian
Berikut tentatif
sesi Pertemuan Penulis Pelbagai Kaum
2:00 petang
Persiapan
ruang acara dan menyusun meja
Ketibaan peserta
berdaftar
Makanan
ringan (kuih) disediakan
Orang ramai
boleh membeli makanan/minuman lain di kaunter
3:00 petang [Waktu Kavyan]
“Memperkenalkan Diri”
Setiap peserta memperkenalkan diri secara
ringkas.
Uthaya Sankar SB menjadi pemudah cara (moderator) bagi
ketiga-tiga slot dan bertanggungjawab memastikan setiap peserta mendapat ruang serta
peluang saksama. Pemudah cara juga bertanggungjawab memastikan keseluruhan
program berjalan lancar dan profesional.
Para peserta pula perlulah menghormati semua
peserta dan mengelak daripada terlibat dalam perbualan kecil sesama sendiri.
Pemudah cara akan menegur secara langsung jika keadaan ini berlaku.
“Membaca Petikan Karya”
Setiap peserta membacakan petikan karya terbaharu
(2024/2025). Karya mestilah karya sendiri dan bukannya karya penulis lain. Bagi
penterjemah, perlu maklumkan nama penulis asal karya yang diterjemahkan oleh
peserta itu.
“Merancang Aktiviti Penulis Pelbagai
Kaum”
Peserta mencadangkan dan membincangkan
aktiviti yang boleh dianjurkan bersama pada masa depan. Individu yang
mengemukakan cadangan mestilah bersedia menjadi penyelaras bagi program
berkenaan. Isu dan topik lain melibatkan penulis pelbagai kaum juga boleh
dibincangkan dalam slot ini; tetapi individu yang mengemukakan isu/topik
perlulah juga mengemukakan cadangan penyelesaian.
Rakaman Foto dan Video
Para hadirin
dialu-alukan merakam foto dan video sepanjang sesi berlangsung. Rakaman video
oleh Uthaya mungkin disunting untuk disiarkan di YouTube.
Foto pula untuk paparan di media sosial seperti Facebook, Twitter (X) dan Instagram.
Pertanyaan