Acara: Baca Karya Pelbagai Bahasa
Tarikh: 29 Mac 2026, 26 April 2026,
24 Mei 2026, 28 Jun 2026 (Ahad Terakhir)
Masa: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari [Waktu Kavyan]
Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields,
Kuala Lumpur
Waze: Anak
Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields
1. Pengenalan
Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)
mengendalikan pelbagai acara bahasa, sastera, seni, dan budaya selaras
peruntukan Perlembagaan Pertubuhan. Pertubuhan ini yang diterajui sekumpulan Sasterawan Kavyan meraikan kepelbagaian
dalam pembinaan Bangsa Malaysia. Laporan aktiviti boleh dirujuk di Blog Kavyan.
2. Baca Karya Pelbagai Bahasa
Acara ini merupakan kesinambungan
kerjasama Kavyan dan Restoran Anak Baba dalam menyediakan ruang pertemuan
peminat bahasa, sastera, seni, dan budaya dalm kumpulan kecil. Contoh: [Bicara Tagore] – [Bicara Bharati] – [Bicara
Nayagi] – [Pertemuan Penulis]
3. Konsep dan Pengisian
a. Acara diadakan pada hari Ahad
terakhir setiap bulan bagi memudahkan orang ramai memasukkan acara ini dalam
jadual bulanan.
b. Acara bermula tepat 10:00 pagi [Waktu Kavyan]. Jangan datang lewat
bergaya dan beri alasan “jem” atau “tak tau tempat”.
c. Setiap acara menampilkan empat (4)
individu (sasterawan, seniman, budayawan, wartawan, angkasawan, jutawan, agamawan,
usahawan, perawan, karyawan, dan seumpamanya) yang mahu mempersembahkan karya
terbaharu.
d. “Persembahan” termasuk (tetapi tidak
terhadap kepada) pembacaan, deklamasi, nyanyian, muzik, lakonan, lukisan, anyaman,
pameran, atau ukiran.
e. Persembahan dibuat tanpa pembesar
suara, skrin tayangan, dan seumpamanya.
f. Setiap individu diberi masa 15
minit untuk membuat persembahan. Jangan minta masa tambahan kerana masa
tambahan tidak akan diberi.
g. Kemudian, akan ada sesi soal-jawab
dan perkongsian dengan hadirin.
h. Biodata dan sedikit maklumat
karya akan dinyatakan oleh pengacara. Maka, individu yang membuat persembahan
tidak dibenarkan membuang masa dengan memperkenalkan diri atau menceritakan
latar belakang karya yang dipersembahkan. Terus kepada persembahan karya.
i. Acara dikendalikan secara santai
tetapi berdisiplin (tidak berbual-bual atau sibuk dengan urusan lain semasa ada
individu membuat persembahan).
j. Individu yang akan hadir lewat
atau perlu pulang awal diingatkan supaya tidak mendaftar untuk membuat persembahan.
4. Hadirin (Penonton)
a. Setiap individu yang membuat
persembahan wajib – ulang: wajib – membawa minimum seorang (1) peserta
sebagai penonton.
b. Jika peserta/penonton yang
dijanjikan itu tidak hadir (atas apa-apa alasan), maka individu yag sepatutnya
membuat persembahan secara automatik ditukar status kepada “penonton”.
c. Orang ramai atau orang awam yang
mahu hadir memang dialu-alukan – tetapi wajib mendaftar awal kerana tempat
duduk terhad. (borang di bawah)
d. Peserta dan hadirin perlu
menumpukan perhatian kepada persembahan; bukan berbual-bual atau sibuk dengan
urusan lain.
e. Individu yang akan hadir lewat
atau perlu pulang awal diingatkan supaya tidak mendaftar sebagai peserta atau
hadirin.
5. Kudapan
a. Makanan ringan (kuih) dan teh/kopi
disediakan pada 10:00 pagi.
b. Kudapan ditaja oleh [nama akan
dipaparkan di sini].
c. Hadirin boleh juga memesan dan
membayar untuk makanan/minuman lain di kaunter.
6. Cenderamata Buku
a. Setiap individu yang membuat
persembahan dan mengikuti acara sepenuhnya
akan menerima dua buah buku daripada Kavyan sebagai tanda penghargaan.
b. Setiap peserta/hadirian yang
mendaftar dan mengikuti acara sepenuhnya
akan menerima sebuah buku daripada Kavyan sebagai tanda penghargaan.
c. Individu yang hadir lewat atau
perlu pulang awal tidak layak menerima buku sebagai cenderamata.
7. Pendaftaran
Individu yang mahu membuat persembahan perlu [mendaftar di sini] manakala penonton/hadirin (termasuk penonton dibawa
oleh individu yang membuat persembahan) pula perlu [mendaftar di sini].
8. Pertanyaan
Hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya Sankar SB). WhatsApp dan e-mel tidak
akan dibaca dan tidak akan dijawab pada
tarikh acara.
