22 Mar 2023

Jadilah Ahli Kavyan


Pengenalan

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada 22 Ogos 1999 bergerak aktif tanpa sebarang publisiti dalam usaha menyemarakkan Sastera Kebangsaan dan penghayatan Bahasa Malaysia. Sila klik di sini untuk sejarah awal Kavyan. Nama rasmi yang digunakan mulai 22 Mac 2023 ialah Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan).

 

Matlamat dan Aktiviti Kavyan

1. Memupuk semangat cinta akan Bahasa Malaysia

2. Menggalakkan penulisan karya Sastera Kebangsaan

3. Menjalankan aktiviti berkaitan bahasa dan sastera kebangsaan

4. Memelihara identiti, budaya, dan jati diri kaum India dalam penulisan

5. Memupuk semangat Bangsa Malaysia dalam kalangan penulis kaum India

 

Contoh Aktiviti Kavyan (2023)

1. Bengkel dan Persembahan Drama Pentas Megha Duta (April-Ogos 2023) – maklumat di sini

2. Pertemuan Penulis dan Pembaca Malaysia (14 Mei 2023) – maklumat di sini

3. Pertemuan Penulis Malaysia (16 Julai 2023) – maklumat di sini

4. Program Bahasa dan Sastera di Persatuan Pure Life (mulai Ogos 2023) – maklumat di sini

5. Lepak Menulis Cerpen di Anak Baba (17 September 2023) – maklumat di sini

6. Lepak Menulis Rencana di Anak Baba (22 Oktober 2023) – maklumat di sini

7. Kemeja-T Kavyan – siap pada 14 Oktober 2023

8. Perbincangan Meja Bulat Penulis Malaysia (14 Oktober 2023) – maklumat di sini

 

Manfaat Menjadi Ahli Kavyan

Para ahli berdaftar akan menikmati hak dan manfaat mengikut peruntukan Perlembagaan Kavyan. Antara manfaat termasuk pengecualian bayaran bagi beberapa aktiviti, keutamaan menerima undangan menyertai aktiviti, peluang menyertai projek seperti antologi cerpen, dan sebagainya yang akan diputuskan dan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Ahli juga boleh mengirim karya ke portal Sastera Kavyan.

 

“Kekurangan motivasi dapat mengurangkan kualiti karya. Sertailah Kavyan untuk mendapatkan bekalan motivasi berterusan.” – Thanusya Shanmuganathan

 

“Kenali penulis Kavyan dan jadikan sebagai inspirasi anda. Anda juga boleh menulis dengan mantap dan cemerlang menerusi latihan dan bimbingan  semasa bengkel Kavyan.” – Anuradha Chelliah

 

“Asah bakat anda sebagai penulis dan jadilah terkenal sebagai karyawan  Bahasa Malaysia dengan menyertai Kavyan.” – M. Mahendran

  

“Kavyan bukan sekadar platform untuk anda menulis tetapi ruang untuk anda mengukuhkan kemahiran kognitif, kreativiti dan komunikasi.” – Malini Lakshmi Bai

  

“Kavyan menjadi platform untuk berjumpa dan mengenali rakan-rakan yang bersemangat tinggi dan meminati perkara yang sama. Kita juga dapat menyelami sanubari dan mencurahkan emosi ke dalam karya, dan ini merupakan suatu eskapisme yang positif.” – VK Ezhilarasi

  

“Kenali Kavyan. Bersama menyelam dan menerokai misteri di sebalik penulisan kreatif.” – Nitha Nairu

 

“Mengapa Kavyan? Satu-satunya wadah yang mempertemukan sastera dan kebudayaan menerusi penulisan kreatif.” – K. Pragalath

 

“Para ahli baharu akan menerima senaskhah buku Kavya Sastra (2021) yang mendokumentasi penglibatan kaum India dalam Sastera Kebangsaan sejak zaman Munsyi Abdullah.” – Uthaya Sankar SB

 

Kriteria Keahlian

Walaupun semua program Kavyan terbuka kepada umum (semua kaum), permohonan menjadi ahli Kavyan secara rasmi hanya dibuka kepada individu yang berminat dan memenuhi syarat terkini yang ditetapkan dalam Perlembagaan Kavyan. Misalnya:

 

Sasterawan Kavyan – Individu yang mahu menjadi ahli pertubuhan ini mestilah merupakan seorang “Sasterawan Kavyan” iaitu individu kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia. (Individu bukan penulis sila rujuk “Sukarelawan Kavyan” di bawah.)

Warganegara – Ahli mestilah warganegara Malaysia dan beralamat di Malaysia.

Kaum – Ahli mestilah kaum India mengikut data dokumen rasmi. Kategori “kaum India” yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk keturunan Tamil, Malayali, Telugu, Punjabi, Kannada, Odia, Malabari, Gujarati, Bengali, Tamil Sri Lanka, Sinhala, Sindhi, Marathi, Chetti Melaka, Chindian, serta mana-mana diaspora India yang memenuhi syarat.

Agama – Semua.

Jantina – Semua.

Umur – Minimum 18 tahun pada tarikh permohonan. Individu bawah 18 tahun boleh menjadi “Ahli Remaja” tetapi tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam Kavyan sehingga mencapai umur 18 tahun.

 

Yuran dan Bayaran

Bayaran masukRM10 dibayar sekali sahaja iaitu semasa mengemukakan permohonan menjadi ahli. Bayaran ini tidak dikembalikan, termasuk jika permohonan ditolak.

Yuran tahunanRM60 dibayar semasa mengemukakan permohonan menjadi ahli dan akan dipulangkan jika permohonan ditolak. Yuran tahunan seterusnya perlu dibayar sebelum 7 Januari setiap tahun.

 

Permohonan Keahlian

Keahlian baharu dibuka sepanjang tahun. Sila dapatkan borang daripada Setiausaha. Yuran yang dibayar adalah untuk tahun semasa (1 Januari - 31 Disember). Semua permohonan akan dibentangkan di Mesyuarat AJK Kavyan untuk dipertimbangkan (lulus/tolak) mengikut peruntukan Perlembagaan Kavyan. 

 

Sukarelawan Kavyan

Individu bukan kaum India – serta individu kaum India yang tidak termasuk kategori penulis karya Bahasa Malaysia – berumur minimum 18 tahun boleh menjadi Sukarelawan Kavyan. Mereka boleh menjadi pembantu semasa aktiviti Kavyan. Sukarelawan Kavyan juga boleh diundang menghadiri AGM sebagai pemerhati tetapi tidak ada hak bertanya soalan, tidak ada hak mengundi, dan tidak boleh memegang jawatan dalam Kavyan. Kelebihan dan manfaat menjadi Sukarelawan Kavyan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

Mesyuarat Agung Tahunan (2024)

Individu yang menjadi ahli (sama ada ahli sedia ada atau ahli baharu) dan sudah membayar yuran tahunan bagi 2024 sahaja layak menyertai Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang dijadualkan pada 15 April 2024. Notis panggilan mesyuarat akan dihantar dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh AGM. Tidak ada pemilihan jawatankuasa pada AGM 2024.

 

Jawatankuasa Kavyan (Mei 2023 – April 2025)

Jawatankuasa Kavyan dipilih menerusi AGM pada 10 Mei 2023. Senarai berikut dikemas kini selepas Mesyuarat Jawatankuasa pada 15 Mac 2024.

Jawatan

Nama

WhatsApp / e-mel

Pengerusi

M. Mahendran

016-9612085

johnmahendraprabhu@gmail.com

Timbalan Pengerusi

Anuradha Chelliah

019-6737275

anura18@hotmail.com

Setiausaha

Uthaya Sankar SB

011-11411952

uthayasb@gmail.com

Penolong Setiausaha

VK Ezhilarasi Velautham Krishnan

012-6230505

eaglez121@yahoo.com

Bendahari

Malini Lakshmi Bai

malinilakshmibai@gmail.com

AJK Kecil 1

Thivyajayanthi Nair K. Jayan

thivyajayanthinair@gmail.com

AJK Kecil 2

Jeffry Solomon Victor Michael Victor

victorjeffry24@gmail.com

 

SUKARELAWAN KAVYAN

Mereka adalah individu yang terlibat sebagai sukarelawan bagi membantu menjayakan program anjuran Kavyan.

Jawatan

Nama

Catatan

Sukarelawan

SG Prabhawathy Govindarajoo

Terlibat dalam aktiviti Kavyan sejak tahun 2003

Sukarelawan

Devishi Prabha Sankari

Terlibat dalam aktiviti Kavyan sejak tahun 2008

 

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Sila hubungi Setiausaha Kavyan menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 untuk sebarang pertanyaan dan borang keahlian. Boleh juga menghubungi mana-mana Jawatankuasa Kavyan untuk mendapatkan maklumat mengenai Kavyan.

No comments: