Pengenalan
Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama, Taiping dimulakan
pada tahun 2016 – maklumat di sini. Akibat penularan
wabak Covid-19 pada awal tahun 2020,
aktiviti secara bersemuka tidak dapat diteruskan.
Dalam usaha
menyediakan ruang aktiviti dan program bahasa, sastera, seni, dan budaya
berasaskan Bahasa Malaysia bagi penduduk sekitar Taiping, Perak,
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan
Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping menggerakkan semula program di Aulong
pada tahun 2022.
Acara “Temasya Bahasa” di bawah program Semarak Bahasa dan Sastera Kebangsaan
pernah diadakan di kuil ini pada 19 Mei 2019 – maklumat
di sini. Ruang dewan terbuka yang kini sudah siap dibina
menyediakan tempat yang cukup luas dan kondusif untuk menjalankan aktiviti.
Program Dirgahayu
Bahasa Malaysia @ Aulong (12 November 2022) mendapat sambutan
menggalakkan. Aktiviti susulan diatur hasil maklum balas peserta dan
perbincangan dengan ibu bapa yang menghadiri program berkenaan.
Program
Program Keluarga
Pencinta Buku bertujuan memupuk minat membaca bahan bacaan bermutu
Bahasa Malaysia dalam kalangan penduduk di sekitar Aulong. Bahan bacaan yag dimaksudkan
termasuk akhbar, majalah, buku, e-buku (e-book),
buku digital, dan bahan bacaan dalam talian (online). Program ini juga bertujuan merapatkan hubungan
kekeluargaan. Maka, penyertaan adalah dalam unit keluarga (rujuk syarat di
bawah).
Objektif
1. Memupuk minat membaca karya Bahasa Malaysia
2. Berkongsi panduan (tips) memilih bahan bacaan yang sesuai
3. Menggalakkan peserta menjadikan
membaca sebagai aktiviti sekeluarga
4. Berkongsi panduan aktiviti didik
hibur (edutainment) berasaskan buku
5. Memperkenalkan karya yang
dihasilkan para Sasterawan Kavyan
Penganjur Bersama
Jawatankuasa
Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping
Kumpulan
Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Tarikh
15 April
2023 (Sabtu)
Masa
10:00 pagi –
3:00 petang
Tempat
Dewan
Terbuka Kuil Sri Maha Sivalayam
860-D
Lorong 9, Aulong, 34000 Taiping, Perak
Panduan Waze
Kovil Sri
Maha Sivalayam Aulong
Syarat dan Panduan Penyertaan
1.
Terbuka
kepada masyarakat majmuk (semua kaum) di sekitar Aulong, Taiping (Kemas kini: Susulan sekatan yang dikenakan - baca di sini - maka orang Islam tidak dibenarkan menyertai program ini kerana dikendalikan di perkarangan kuil)
2.
Umur
10 tahun (minimum) – 60 tahun (maksimum)
3.
Penyertaan
hanya dibenarkan dalam unit keluarga, iaitu 3 orang (minimum) – 4 orang (maksimum)
dari keluarga yang sama (duduk serumah)
4.
Ahli
keluarga yang dimaksudkan ialah ibu, bapa, anak-anak, datuk, nenek, pak cik, mak
cik, dan penjaga (duduk serumah)
5.
Sekurang-kurangnya
dua orang dalam unit keluarga itu boleh berkomunikasi menggunakan Bahasa
Malaysia (menulis, membaca, bercakap)
6.
Peserta
perlu ada minat membaca buku (mana-mana bahasa)
7.
Sedia
menyertai program ini sepenuhnya (awal hingga akhir) dengan aktif
8.
Hanya
peserta berdaftar dibenarkan hadir
9.
Individu
yang mendaftar tetapi gagal hadir, maka tidak dibenarkan menyertai program seterusnya
Cara Mendaftar
Sila kirim
maklumat berikut ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya):
1. Nama Penuh Setiap Peserta:
2. Nombor MyKad/MyKid
Setiap Peserta:
3. Alamat Rumah (satu sahaja):
5. Nombor Telefon Ketua Kumpulan (satu sahaja):
Tarikh Tutup
Pendaftaran
ditutup pada 31 Mac 2023 (10:00 malam). Pendaftaran ditutup lebih awal jika sudah ada peserta daripada 10 unit
keluarga.
Rangka Atur Cara
10:00 pagi
Ketibaan peserta berdaftar
Sarapan tidak disediakan
Suai kenal
10:30 pagi
Sesi 1 – Aktiviti Berkumpulan
12:00 tengah hari
Makan tengah hari
12:30 tengah hari
Sesi 2 – Aktiviti Berkumpulan
2:00 petang
Sesi 3 – Aktiviti Berkumpulan
3:30 petang
Komen ketua setiap kumpulan
Ucapan pengerusi jawatankuasa pengurusan kuil (En.
Surendran)
Penyampaian sijil penyertaan
Sesi fotografi berkumpulan
Bersurai
Maklumat Lanjut