4 Aug 2026

Borak Santai: Tanya Apa Saja



Pengenalan

Komunikasi masyarakat bersama golongan penulis tidak sepatutnya hanya sehala dengan membaca hasil tulisan di majalah, akhbar, portal, atau buku. Orang ramai wajar ada ruang dan peluang untuk bertanya soalan dan berkongsi pandangan secara dua hala bersama golongan penulis dalam suatu ruang diskusi yang kondusif dan selamat. Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) pernah mengatur pelbagai acara berkaitan, misalnya “Bicara Nayagi” (September 2025). Sesi pertemuan dan diskusi secara dalam talian (online) juga sering diadakan sejak tahun 2020 kerana memudahkan penulis dan orang ramai dari pelbagai lokasi memperuntukkan masa untuk turut serta secara maya.

 

Sesi Pertama—Borak Santai: Tanya Apa Saja

Sesi eksklusif, santai, dan selamat untuk sesiapa yang berminat untuk berborak santai bersama Uthaya Sankar SB. Peserta sesi boleh mengemukakan apa sahaja pertanyaan, asalkan tidak menyentuh sensitiviti atau melanggar undang-undang. Pertanyaan berkaitan penglibatan dalam bidang penulisan dan sastera kebangsaan sejak awal tahun 1990-an. Pelbagai kontroversi yang sering dihadapi. Pengalaman sebagai penerbitan. Pengalaman mengendalikan program bahasa, sastera, kebajikan, seni, dan budaya bersama Kavyan. Cabaran menjadi aktivis yang berani menentang. Pengalaman masuk lokap. Proses penulisan kreatif. Isu-isu semasa, topik-topik hangat, pandangan tentang institusi sastera dan persatuan penulis, dan apa sahaja persoalan yang anda berharap boleh mendapatkan penjelasan dalam satu ruang selamat (safe space).

 

Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)

Masa: 9.00 – 10.00 malam [Waktu Kavyan]

Pelantar: Google Meet

Bahasa: Bahasa Malaysia

 

Pendaftaran Peserta

Memandangkan ini sesi bersifat eksklusif, maka sesiapa yang mahu terlibat perlu mendaftar—[isi borang di sini]. Semasa mendaftar, peserta perlu menulis secara ringkas pertanyaan dan topik yang mahu dikemukakan semasa sesi. Pautan (link) bagi sesi Google Meet akan dikirim pada tarikh sesi. Pertanyaan dan topik yang dikemukakan hanya dibincangkan jika peserta menyertai sesi.

 

Rakaman

Sesi “Borak Santai” akan dirakam untuk disunting bagi tujuan dokumentasi di YouTube. Maka, peserta perlu memastikan kamera dibuka sepanjang sesi.

 

Tarikh Tutup

Pendaftaran ditutup pada 20 Ogos 2026 (10:00 malam). Hubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) jika ada sebarang pertanyaan.