13 Apr 2026

Caritra: Antologi Cerpen Sasterawan Kavyan



Pengenalan

Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) mengusahakan penerbitan antologi karya penulis pelbagai kaum, khasnya Sasterawan Kavyan iaitu penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Antologi yang berjaya diterbitkan ialah Vanakam (2002), Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), Lakaran Diri (2022), dan Seruling Malam (2024).

 

Maklumat Buku

Judul Buku: Caritra [rujuk makna di sini]

Kategori: Cerpen (cerita pendek, fiksyen)

Bahasa: Bahasa Malaysia

ISBN: 978-629-99562-1-1 [diterima pada 19 Ogos 2026]

Penulis: [rujuk jadual di bawah]

Penyumbang: [senarai di sini]

Penyunting: Uthaya Sankar SB

Penerbit: Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)

Reka Letak: Gemilang Publishing Sdn Bhd

Tarikh Terbit: 20 Oktober 2026 [sasaran]

Tebal: [akan dimaklumkan]

Kandungan: 20 buah cerpen

Harga Pasaran: RM25.00 [tidak termasuk kos pos]

 

Antologi Cerpen Lima Penulis

Bagi tahun 2026, Kavyan mengusahakan sebuah antologi cerpen oleh lima Sasterawan Kavyan yang dikenal pasti masih aktif dan prolifik. Hubungi mana-mana penulis terbabit untuk menempah naskhah anda. Sila klik pada nama penulis di bawah untuk biodata lengkap:

 

Nama Penulis

Telefon @ WhatsApp

Anuradha Chelliah

019-6737275

Kamalah Suppiah

012-4010463

M. Mahendran

016-9612085

Malini Lakshmi Bai

016-9007630

Uthaya Sankar SB

011-11411952

 

Kandungan Antologi

Antologi ini memuatkan 20 buah cerpen, iaitu setiap penulis menyumbangkan empat buah cerpen. Cerpen-cerpen ini belum pernah terbit dalam bentuk buku. Ada cerpen yang pernah disiarkan di akhbar, majalah, atau portal; malah penulis menghasilkan cerpen baharu khusus untuk antologi ini. [Promosi: Facebook]


[Tonton VIDEO perbincangan pada 25 Julai 2026]

[Tonton VIDEO perbualan pada 1 Ogos 2026]

 

Judul Antologi

Hasil perbincangan pada 25 Julai 2026, diikuti sesi cadangan dan pengundian sebanyak tiga pusingan, judul yang ditetapkan ialah Caritra. Apakah maknanya? [klik di sini]

 

Kos Penerbitan

Antologi ini diterbitkan di bawah Kavyan. Setiap penulis berusaha mencari sumbangan sehingga 31 Ogos 2026 bagi menampung sebahagian kos mencetak buku. Nama para penyumbang disenaraikan dalam buku dan dipaparkan di blog. Para penulis menampung baki kos penerbitan.


[Utusan Malaysia, 22 Ogos 2026]


Penyumbang Modal Sosial

Orang ramai telah dipelawa memberi sumbangan secara terus kepada penulis yang terlibat dalam projek penerbitan antologi ini sehingga 31 Ogos 2026. Para penyumbang akan menerima antologi ini apabila buku terbit. Kiriman/penyerahan buku kepada penyumbang diuruskan oleh penulis yang menerima sumbangan itu. [Lihat: Senarai nama penyumbang]

 

Jadual dan Garis Masa Penerbitan

Hasil perbincangan pada 12 April 2026, berikut garis masa (timeline) bagi mengusahakan penerbitan antologi cerpen ini.

 

Tarikh

Perkara

13 April 2026

Memulakan promosi dan usaha mencari penyumbang

Mei 2026

Sesi perbincangan penulis (dibuat dari semasa ke semasa sepanjang projek)

31 Mei 2026

Serah Cerpen Pertama ✅

30 Jun 2026

Serah Cerpen Kedua 

31 Julai 2026

Serah Cerpen Ketiga 

30 Ogos 2026

Serah Cerpen Keempat 

31 Ogos 2026

Tarikh akhir menerima sumbangan modal sosial 

September 2026

Urusan reka letak dan reka kulit buku, serta baca pruf

Oktober 2026

Buku terbit dan penulis menguruskan kiriman naskhah kepada para penyumbang

 

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan penulis terbabit (rujuk jadual nama di atas).