6 Nov 2011

Minit Mesyuarat Tahunan Kavyan

Tarikh : 6 November 2011 (Ahad)

Masa : 10:00 pagi (Waktu Kavyan)

Tempat : Restoran Nasi Kandar ARR Maju, Taman Sri Muda, Shah Alam

1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat

Uthaya Sankar SB selaku pengerusi menyuarat mengalu-alukan kedatangan semua dan menerangkan Etika Mesyuarat Kavyan secara ringkas.

2. Laporan Aktiviti dan Isu Penting Januari-Oktober 2011

Semua yang hadir diminta merujuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkara berikut di blog.

a - Kontroversi Novel Interlok Edisi Murid

b - Kontroversi Kamus Dewan


d - Kursus Motivasi Guru SJKC Kulaijaya – 12 Mac

e - Aktiviti di SJKT Bukit Darah – 13 Mac

f - Aktiviti Hari Buku Sedunia di SJKC Serdang Baru 1 – 23 Mac


h - Writers Unlimited Tour – 10-12 Jun

i - Aktiviti Pesta Buku Selangor – 24 Jun-3 Julai

j - Ubud Writers & Readers Festival – 5-9 Oktober

k - Bengkel Penulisan Cerpen Dewasa – 22 Oktober

l - World Tamil Writers Conference – 28-30 Oktober

3. Pemilihan Jawatankuasa Kavyan 2012-2013

Pengerusi mesyuarat mengingatkan bahawa individu yang mencalonkan diri mestilah warganegara Malaysia, kaum India serta berminat menulis/membaca Sastera Kavyan. Amalan dalam Kavyan adalah individu yang berkelayakan menawarkan diri untuk bertanding; bukan dicalonkan orang lain.

Berikut senarai Jawatankuasa Kavyan 2012-2013 seperti yang dipersetujui sebulat suara oleh semua yang hadir:

Presiden: Uthaya Sankar SB

Timbalan Presiden: Ramakrishnan Ramasamy

Setiausaha: Prabhawathy Govindarajoo

Penolong Setiausaha: Hemantha Kumar Nagappan

Bendahari: Muniswaran Errisson

Penolong Bendahari: Magaenthiran Periaswamy

Semua yang hadir bersetuju bahawa Jawatankuasa Kavyan diberi hak melantik/memilih beberapa individu sebagai Jawatankuasa Khas Kavyan bagi memantapkan operasi dan aktiviti Kavyan.

Tempoh Jawatankuasa Kavyan yang baru dilantik ini memegang jawatan adalah dari 1 Januari 2012 hingga 31 Mei 2013.

4. Lantikan Penasihat Kavyan

Berikut senarai Penasihat Kavyan 2012-2013 seperti yang dipersetujui sebulat suara oleh semua yang hadir:

Penasihat Agung: Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said

Penasihat Perdana: Prof Madya Dr Krishanan Maniam

Semua yang hadir bersetuju bahawa Jawatankuasa Kavyan diberi hak melantik/memilih/menetapkan Penasihat Kehormat; jika perlu.

5. Keahlian Terbuka (Ahli Kehormat)

Mesyuarat membincangkan usul supaya keahlian Kavyan dibuka kepada semua rakyat Malaysia (tanpa mengira kaum); dengan syarat bahawa individu yang memohon menjadi ahli mestilah berminat membaca Sastera Kavyan.

Selepas dibahas dan dibincangkan, semua yang hadir sebulat suara bersetuju bahawa individu “Bukan Kaum India” hanya boleh menjadi Ahli Kehormat iaitu tidak ada kuasa mengundi dalam Kavyan.

Mesyuarat juga menerima sebulat suara usul bahawa pemilihan sebagai Jawatankuasa Kavyan secara eksklusif hanya daripada kalangan ahli “Kaum India” selaras Perlembagaan Kavyan dan Objektif Penubuhan Kavyan.

Mesyuarat menerima dan memperakukan bahawa terdapat amalan inklusif (terangkum) bagi perkara tertentu sambil mengekalkan amalan eksklusif (unik, elit) bagi perkara tertentu; selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Kavyan.

6. Yuran Keahlian

Yuran tahunan adalah sama bagi Ahli (Kaum India) dan Ahli Kehormat (Bukan Kaum India), iaitu RM10.00 setahun. Yuran ini adalah bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun berkenaan; atau sebahagian daripada tempoh berkenaan.

Mesyuarat bersetuju supaya Ahli (Kaum India) dan Ahli Kehormat (Bukan Kaum India) yang sudah menjelaskan yuran tahunan diberi potongan bayaran atau dikecualikan bayaran apabila menyertai mana-mana aktiviti (bengkel, kursus) anjuran Kavyan.

Hasil kutipan yuran tahunan akan digunakan untuk menampung kos mengendalikan aktiviti Kavyan.

7. Ahli Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa

Mesyuarat menerima dan meluluskan usul membenarkan Ahli dan Ahli Kehormat menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan sebagai pemerhati. Bagaimanapun, kedatangan mereka adalah sepenuhnya atas tanggungan sendiri dan mereka perlu akur pada Etika Mesyuarat Kavyan, termasuk patuh pada Waktu Kavyan.

Ahli dan Ahli Kehormat yang hadir sebagai pemerhati pada Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan boleh terlibat dalam perbincangan tetapi tidak ada kuasa membuat sebarang keputusan dalam mesyuarat itu.

8. Sastera Kavyan

Mesyuarat menyedari bahawa orang ramai, termasuk masyarakat antarabagsa, sudah mula semakin berminat terhadap Sastera Kavyan. Sehubung itu, usaha menggalakkan penulisan karya (kreatif dan non-kreatif) seperti yang dilakukan oleh Kavyan sejak 1999 perlu diteruskan dan dipertingkatkan.

Semua yang hadir juga bersetuju dan menyokong usaha menterjemah Sastera Kavyan (Bahasa Malaysia) ke bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin, Bahasa Jerman dan Bahasa Perancis.

9. Aktiviti November-Disember 2011

Semua yang hadir dimaklumkan mengenai beberapa aktiviti yang dirancang sebagai penutup tirai tahun 2011.


Bengkel Cereka UPSR pada 17 Disember di Shah Alam

Bengkel Bercerita untuk Kakitangan PPAS pada Disember

10. Cadangan Aktiviti 2012

Mesyuarat bersetuju bahawa setiap Jawatankuasa Kavyan yang baru dilantik perlu mencadangkan sekurang-kurangnya satu aktiviti serta bertanggungjawab melaksanakan aktiviti itu pada tahun 2012 sebagai syarat kekal dalam jawatan. Setiap Jawatankuasa Kavyan perlu mengemukakan kertas kerja masing-masing sebelum 31 Disember 2011. Ahli juga boleh mencadangkan aktiviti yang sesuai.

11. Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan 2012-2013

Mesyuarat pertama bagi Jawatankuasa Kavyan 2012-2013 yang baru dilantik akan diadakan pada 26 Februari 2012. Maklumat lanjut akan dikemukakan menerusi e-mel dan di Blog Kavyan.

12. Penangguhan Mesyuarat



Mesyuarat Tahunan Kavyan ditangguhkan pada pukul 11:30 pagi.

No comments: