Jenis: Pertandingan
Kategori: Remaja (13-17 tahun) dan Dewasa (18 tahun dan ke atas)
Tarikh: 26 November 2011 (Sabtu)
Masa: 10:00 pagi Waktu Kavyan
Tempat: Bilik Aktiviti, Tingkat Bawah, PPAS
Tarikh tutup penyertaan: 24 November 2011 (Khamis)
Sila baca, fahami dan patuh pada semua perkara di bawah jika berminat mengambil bahagian.
1. Pertandingan Baca Cerpen Kavyan 2011 adalah anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sempena meraikan pembukaan bangunan baru Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU).
2. Pertandingan dijadualkan berlangsung pada 26 November 2011 (Sabtu), 10:00 pagi di Bilik Aktiviti, Aras Bawah, PPAS, Shah Alam.
3. Pertandingan Baca Cerpen Kavyan 2011 adalah kesinambungan acara Baca Cerpen Kavyan (2003) dan siri baca cerpen anjuran Kavyan sejak 2003.
4. Individu yang pernah menyertai Baca Cerpen Kavyan (2003) serta siri baca cerpen sejak 2003 dialu-alukan mengambil bahagian.
5. Penyertaan terbuka kepada peserta pelbagai kaum (bukan hanya Melayu-India-Cina) yang berminat.
6. Umur peserta remaja adalah 13-17 tahun manakala peserta dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.
7. Kakitangan PPAS dan Jawatankuasa Kavyan tidak dibenarkan mengambil bahagian.
8. Teks cerpen yang dipilih wajib karya Sasterawan Kavyan, iaitu penulis kaum India yang menghasilkan karya asli dalam Bahasa Malaysia.
9. Sila klik DI SINI untuk sedikit maklumat mengenai Sasterawan Kavyan; klik DI SINI untuk sinopsis beberapa cerpen; klik DI SINI untuk maklumat antologi cerpen Sasterawan Kavyan dan kilk DI SINI untuk ke pelbagai aktiviti Kavyan.
10. Cerpen yang dipilih boleh jadi cerpen remaja atau dewasa; mengikut minat peserta.
11. Peserta perlu memilih sendiri teks cerpen yang diminati dan memaklumkan kepada penganjur semasa mendaftar melalui e-mel.
12. Teks cerpen yang sudah dipilih lebih awal oleh seorang peserta tidak boleh dipilih peserta lain yang mendaftar kemudian.
13. Untuk mendaftar sebagai peserta, satu-satunya cara adalah mengirim maklumat (nama penuh peserta, nombor telefon bimbit, kategori, judul cerpen dan nama pengarang) ke infokavyan@yahoo.com.my iaitu alamat e-mel rasmi Kavyan; selewat-lewatnya pada pukul 4:00 petang, 24 November 2011 (Khamis).
14. Setiap e-mel yang diterima pasti akan dijawab; manakala e-mel yang tidak diterima tentulah mustahil dapat dijawab.
15. Jumlah peserta adalah terhad dan pendaftaran berdasarkan konsep “yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan”.
16. Peserta yang mendaftar tetapi tidak hadir semasa acara pada 26 November 2011 akan disenarai hitam dan mungkin tidak dibenarkan menyertai mana-mana aktiviti Kavyan sepanjang tahun 2012.
17. Peserta tidak perlu menghafaz teks cerpen; sebaliknya perlu memegang teks semasa membaca.
18. Semasa membaca cerpen di pentas, peserta tidak boleh menggunakan teks yang difotokopi. Peserta yang memegang teks fotokopi secara automatik tidak layak diberi markah.
19. Teks cerpen tidak disediakan. Peserta wajib mendapatkan sendiri teks cerpen yang mahu dibaca.
20. Teks cerpen boleh diambil dari akhbar, majalah atau buku.
21. Setiap peserta diminta memilih satu cerpen sahaja.
22. Teks cerita rakyat, novel dan sajak tidak dibenarkan bagi tujuan acara ini.
23. Semasa pertandingan, peserta perlu membaca petikan cerpen selama 5-8 minit sahaja. Apabila pengacara majlis memberi isyarat untuk berhenti, sila berhenti segera. Jika tidak, markah akan dipotong.
24. Peserta perlu mampu membaca petikan cerpen dengan penuh gaya, intonasi, penghayatan dan menarik tumpuan khalayak supaya mendengar cerita yang disampaikan.
25. Peserta tidak dibenarkan membawa props sebagai alat bantu.
26. Penggunaan muzik iringan tidak dibenarkan.
27. Peserta yang sudah mendaftar perlu berada di tempat acara selewat-lewatnya pukul 9:30 pagi pada 26 November 2011 untuk taklimat dan persiapan pertandingan.
28. Peserta wajib berada di tempat pertandingan sepanjang Baca Cerpen Kavyan 2011 berlangsung dan memberi tumpuan penuh pada pertandingan yang dijalankan.
29. Pengundian peserta akan dilakukan semasa acara berlangsung. Sekiranya peserta tiada di lokasi semasa namanya dipanggil, maka akan dianggap tidak hadir.
30. Peserta perlulah memberi tumpuan semasa peserta lain sedang membaca teks; bukannya berbual-bual, sibuk dengan telefon bimbit atau perlakuan biadab lain.
31. Pengacara majlis berhak menegur secara terbuka mana-mana peserta yang berkelakuan biadab, tidak tahu adat, kurang ajar, mengganggu majlis dan tidak patuh pada syarat-syarat yang ditetapkan.
32. Jika mahu melawat perpustakaan, sila buat demikian selepas acara tamat; bukan semasa acara masih berlangsung.
33. Peserta yang “menghilangkan diri” sebelum atau selepas gilirannya membaca teks cerpen akan dianggap “tidak hadir” dan tidak layak menerima sijil penyertaan, cenderamata, hadiah dan sebarang sumbangan berkaitan pertandingan ini; serta mungkin tidak dibenarkan menyertai mana-mana acara anjuran Kavyan sepanjang 2012.
34. Setiap peserta yang layak (ulang: yang layak sahaja) akan diberi sijil penyertaan dan cenderamata.
35. Setiap peserta juga akan dinilai dari sudut gaya penyampaian, penghayatan cerita, intonasi dan persembahan untuk diberi hadiah misteri mengikut dua kategori iaitu Remaja dan Dewasa.
36. Kategori Remaja (13 tahun – 17 tahun) – hadiah misteri bagi tiga peserta terbaik.
37. Kategori Dewasa (18 tahun dan ke atas) – hadiah misteri bagi tiga peserta terbaik.
38. Sila KLIK DI SINI untuk pecahan pemarkahan serta penjelasan lengkap mengenai aspek-aspek pemarkahan.