1 Apr 2023

Bengkel dan Persembahan Drama Pentas: Megha Duta


Pengenalan

Kavyan dengan kerjasama Pusat Kebudayaan India (NSCBICC) pernah mengendalikan bengkel lakonan pentas pada Februari 2016, persembahan lakonan pentas pada Mac 2016, serta satu lagi bengkel lakonan pentas pada Jun 2016. Peserta kanak-kanak, remaja, dan dewasa teruja dan seronok mengikuti sesi berkenaan. Maka, hasil perbincangan dengan Puan Ramya Hiriyannaiah (Pengarah NSCBICC) pada 1 April 2023, keputusan dicapai untuk mengendalikan siri bengkel lakonan bagi tujuan pementasan.

Megha Duta oleh Kalidasa

Puisi Sanskrit ini merupakan karya malar yang terkenal dan diraikan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, ia kurang dikenali dan dihayati di Malaysia. Buku Thirukkural dan Megha Duta (2018) membantu khalayak Malaysia mengetahui kandungan puisi Megha Duta. Peserta pada 16 April 2023 menerima buku berkenaan sebagai hadiah. Versi ringkas cerita itu akan diolah dan diubah suai menjadi skrip drama pentas dalam Bahasa Malaysia untuk dipersembahkan pada 31 Ogos 2023 sempena Hari Sanskrit Sedunia. [Kemas kini: Pada 31 Julai 2023, keputusan dibuat untuk mengadakan persembahan pada 20 Ogos 2023. Rujuk maklumat lanjut di bawah.]

Persembahan Drama Pentas Megha Duta

Seramai 30 kanak-kanak, remaja, dan sekumpulan ibu terlibat dalam persembahan drama pentas berasaskan puisi Sanskrit karya penyair agung, Kalidas @ Kalidasa.

 

Tarikh: 20 Ogos 2023 (Ahad)

Masa: 10.30 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat: Dewan NSCBICC, Brickfields

Waze: Menara Sentral Vista

 

PENTING! Persembahan tertutup ini hanya bagi 20 penonton yang benar-benar berminat dan mendaftar nama.

 

Rangka Atur Cara

10:30 pagi – Sarapan

11:15 pagi – Persembahan

11:45 pagi – Sesi perbincangan

12:15 tengah hari – Sesi fotografi

 

Foto acara - [klik di sini]


Sesiapa yang berminat hadir menyaksikan persembahan drama pentas amatur ini wajib mendaftar lebih awal. Sila kirim nama penuh ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Tarikh tutup: 15 Ogos 2023 (9:00 malam)


1 Julai 2023 (Sabtu), 3:00 pm – 5:00 pm

Bengkel dan Latihan

Bengkel lakonan pentas dikendalikan di Dewan NSCBICC, Tingkat 17, Sentral Vista, Brickfields, Kuala Lumpur.

✅ 16 April 2023 (Ahad), 10:00 am – 12:00 pm [19 peserta]

✅ 21 Mei 2023 (Ahad), 10:30 am – 12:30 pm [24 peserta]

✅ 18 Jun 2023 (Ahad), 3:00 pm – 5:00 pm [22 peserta]

✅ 1 Julai 2023 (Sabtu), 3:00 pm – 5:00 pm [28 peserta]

✅ 16 Julai 2023 (Ahad), 12:00 pm – 2:00 pm [30 peserta]

✅ 20 Ogos 2023 (Ahad), 10:30 am – 12:30 pm [persembahan]

Selain daripada tarikh-tarikh di atas, Kavyan juga mengendalikan sesi latihan secara dalam talian (online) menerusi Google Meet dari semasa ke semasa. Misalnya, perbincangan di kediaman Ezhilarasi (Cheras) pada 23 April 2023.

16 April 2023 (Ahad), 10:00 am – 12:00 pm

Peserta

Penyertaan bagi bengkel lakonan pentas dibuka kepada warganegara Malaysia berumur minimum enam (6) tahun yang mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia dan berminat mendalami asas lakonan pentas serta mahu terlibat dalam menjayakan persembahan drama pentas yang dirancang. Rata-rata peserta yang hadir pada 16 April 2023 merupakan murid/pelajar VK Ezhilarasi Velautham. Maka, beliau dilantik menjadi penyelaras program.

21 Mei 2023 (Ahad), 10:30 am – 12:30 pm

Skop dan Bidang Penyertaan

Selain daripada pelakon, diperlukan juga ramai tenaga belakang tabir seperti pengurus pentas, jurusolek, pereka pakaian, pereka alatan lakon (props), pengurus muzik, pengurus kesan khas, pembantu skrip, jurulatih, pengarah seni, pegawai promosi, jurufoto, dan sebagainya.

18 Jun 2023 (Ahad), 3:00 pm – 5:00 pm

Jumlah Peserta

Peserta terdiri daripada 30 kanak-kanak, remaja, dan dewasa (golongan ibu) yang dicari, dikesan dan dikumpul oleh VK Ezhilarasi selaku pembimbing dan penyelaras projek ini.

16 Julai 2023 (Ahad), 12:00 pm - 2:00 pm

20 Ogos 2023 [lebih banyak foto]

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Uthaya menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952.