24 Aug 2025

Bicara Nayagi dan Pameran Solo Sai Vijay di Anak Baba

Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)

Masa: 3.00 petang [Waktu Kavyan]

Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields, Kuala Lumpur

Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields

Anjuran: Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)

 

Pengenalan

Cerpen “Nayagi” ditulis oleh Uthaya Sankar SB pada usia 20 tahun iaitu pada Februari 1992 dan dikirim ke majalah Dewan Siswa – tetapi tidak tersiar. Kemudian, dihantar dan menang tempat pertama Hadiah Cerpen Maybank-DBP 1992, lalu dimuatkan dalam antologi Menara 5 (1993). Cerpen asal dalam Bahasa Malaysia turut termuat dalam Siru Kambam (1996 & 1997), Yang Aneh-aneh (1997), Nayagi (2000), dan Kisah dari Siru Kambam (2013). Cerpen ini yang menggunakan latar masa tahun 1950 di Tanah Melayu diterjemah kepada bahasa Tamil oleh M. Balachandran untuk siaran akhbar Shanti (4 & 11 September 1994); malah dijadikan drama radio (Radio Enam @ MinnalFM). Versi terjemahan bahasa Inggeris oleh Lalita Sinha dengan judul “Nayagi, Mistress of Destiny” dimuatkan dalam antologi Sea of Rainbows (2009) manakala versi terjemahan yang lebih tepat dan berkualiti dimasukkan dalam The Painted Cat (2023). Seterusnya, terpilih menjadi salah sebuah cerpen bagi subjek Literature in English 920 (STPM) lalu dimuatkan dalam antologi Malaysian Mosaic (2025). Sai Vijay pula seorang pelukis muda yang menggunakan cerpen “Nayagi” sebagai inspirasi untuk menghasilkan satu siri lukisan, lalu diketengahkan pada pameran solo pertama beliau sempena acara ini. [Baca sinopsis cerita]

 

Bicara Nayagi dan Pameran Solo Sai Vijay di Anak Baba

Susulan kejayaan sesi Bicara Tagore di Anak Baba (27 Julai 2025) dan Bicara Bharati di Anak Baba (23 Ogos 2025), Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) mengatur sesi Bicara Nayagi dan Pameran Solo Sai Vijay di Anak Baba bagi meraikan cerpen “Nayagi”, serta meraikan bakat Sai Vijay sebagai seorang pelukis. Program dikendalikan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, dan Tamil serta terbuka secara eksklusif kepada sesiapa yang berminat (tetapi wajib mendaftar lebih awal). Pameran Solo Sai Vijay pula akan berlangsung selama sebulan di Restoran Anak Baba.

 

Biodata Penulis

Uthaya Sankar SB lahir di Taiping, Perak pada 10 Jun 1972. Beliau mendapat pendidikan di SRK Convent Aulong, SM Darul Ridwan dan SM King Edward VII, Taiping sebelum mengikuti pengajian sarjana muda dan sarjana sastera di Universiti Malaya. Uthaya kini tinggal di Shah Alam, Selangor dan merupakan penulis sepenuh masa. Anugerah yang diterima termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97, 1998/99), Anugerah Duta Keamanan (2008), dan Anugerah Tokoh Saraswati (2023). [Baca biodata penuh]

 

Biodata Pelukis

Sai Vijay @ Vijay a/l R. Pragash dilahirkan di Kajang, Selangor pada 6 Mei 2000. Beliau melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Visual dengan Kepujian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Kini beliau menetap di Semenyih, Selangor dan bekerja sebagai pelukis dengan mengusahakan jenamanya, AV Arts Studio sejak tahun 2019. Sai Vijay menyertai pelbagai pameran seni lukis berkumpulan sejak tahun 2015 selain terlibat dalam bidang perfileman. [Baca biodata penuh]


(Utusan Malaysia, 30 Ogos 2025 - baca di sini)

 

Atur Cara dan Pengisian

Berikut tentatif sesi Bicara Nayagi dan Pameran Solo Sai Vijay di Anak Baba

 

2:00 petang

Persiapan ruang acara dan pameran lukisan

Ketibaan tetamu, peserta, dan hadirin berdaftar

Makanan ringan disediakan

Orang ramai boleh membeli makanan/minuman di kaunter

 

3:00 petang [Waktu Kavyan]

“Menikmati Cerpen Nayagi dalam Pelbagai Bahasa”

Persembahan petikan cerpen “Nayagi” dalam pelbagai bahasa.

Pengacara: Uthaya Sankar SB

Tonton VIDEO bacaan cerpen [di sini]

Petikan Satu:

Bahasa Malaysia – Jeeva Kasthuri Anamalay

Bahasa Tamil – M. Mahendran

Bahasa Inggeris – Mahi Ramakrishnan

Bahasa Malayalam – Bibulal Sadasiva Panicker

Petikan Dua:

Bahasa Malaysia – Anuradha Chelliah

Bahasa Tamil – Vasudevan Letchumanan

Bahasa Inggeris – Jeeva Kasthuri Anamalay

Bahasa Malayalam – Bibulal Sadasiva Panicker

Petikan Tiga:

Bahasa Malaysia – Anuradha Chelliah

Bahasa Tamil – M. Mahendran

Bahasa Inggeris – Mahi Ramakrishnan

Bahasa Malayalam – Bibulal Sadasiva Panicker

Petikan Empat:

Bahasa Malaysia – M. Mahendran

Bahasa Tamil – Vasudevan Letchumanan

Bahasa Inggeris – Jeeva Kasthuri Anamalay

Bahasa Malayalam – Bibulal Sadasiva Panicker

Petikan Lima:

Bahasa Malaysia – Anuradha Chelliah

Bahasa Tamil – Vasudevan Letchumanan

Bahasa Inggeris – Mahi Ramakrishnan

Bahasa Malayalam – Bibulal Sadasiva Panicker

“Pelancaran Pameran Solo Pertama Sai Vijay”

Pengacara majlis: Satdhanaselvi Nantha Kumar

Ucapan alu-aluan: Sai Vijay

Ucapan perasmian: Puan Muniammal Ellapan

Simbolik perasmian pameran solo

Penyampaian cenderamata

“Nayagi dan Saya: Sesi Perkongsian”

Pemudah Cara: Uthaya Sankar SB

Panel 1: Sai Vijay

Panel 2: Vasudevan Letchumanan

Panel 3: Jeeva Kasthuri Anamalay

Panel 4: M. Mahendran

Peserta/hadirin boleh mengemukakan pertanyaan kepada panelis pada sesi perkongsian ini.

Hadirin melawat pameran dan mendapatkan penerangan daripada Sai Vijay.


Sesi menggunakan Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, Malayalam, dan sebagainya mengikut kesesuaian dan keselesaan para peserta/hadirin.

 

Rakaman Foto dan Video

Para hadirin dialu-alukan merakam foto dan video sepanjang sesi berlangsung. Harap maklum bahawa semua foto dan video yang dirakam oleh Uthaya sepanjang sesi adalah untuk dokumentasi Kavyan dan tidak akan diberi kepada sesiapa. Rakaman video oleh Uthaya mungkin disunting untuk disiarkan di YouTube. Foto pula untuk paparan di media sosial seperti Facebook, Twitter (X) dan Instagram.


[Tonton – Video Promosi]


Pendaftaran Peserta/Hadirin/Penonton

Sesi Bicara Nayagi dan Pameran Solo Sai Vijay di Anak Baba dikendalikan dalam kumpulan kecil (eksklusif) dan dihadkan kepada 20 orang yang mendaftar lebih awal. Untuk mendaftar, sila hantar nama penuh dan nombor telefon ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Keutamaan bagi peserta yang mahu terlibat dalam sesi soal-jawab semasa sesi perkongsian. Pendaftaran ditutup pada 20 September 2025 (10:00 malam), atau mungkin ditutup lebih awal jika sudah ada maksimum 20 peserta/hadirin. [Kemas kini pada 16 September 2025: Sudah ada 24 orang dan pendaftaran ditutup.]

Senarai Hadirin

  1. Sai Vijay (Vijay R. Pragash)
  2. Suriya R. Pragash
  3. Muniammal Ellapan
  4. Sangaran Selvaraja
  5. Aran Thirushan
  6. Aswin Kumar Venugopal
  7. Puganeswaran Boghinaidu
  8. Karthigeyan Arumugam
  9. Rajesh Kumar Muruga
  10. Satdhanaselvi Nantha Kumar
  11. Mohd Nizam Radzaly
  12. Nor Azwa Mohammad
  13. Yeswarkant Nantha Kumar
  14. Malini Lakshmi Bai
  15. Uthaya Sankar SB
  16. Mahi Ramakrishnan
  17. M. Mahendran
  18. Bibulal Sadasiva Panicker
  19. Vasudevan Letchumanan
  20. Jeeva Kasthuri Anamalay
  21. Anuradha Chelliah

Terima kasih kepada para hadirin dan peserta yang menjadikan acara lebih bermakna.

 

Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Uthaya Sankar SB menerusi WhatsApp 011-11411952. Harap maklum bahawa sebarang pertanyaan dan mesej berkaitan Bicara Nayagi dan Pameran Solo Sai Vijay di Anak Baba tidak akan dilayan dan tidak akan dibalas selepas 25 September 2025 (10:00 malam).