18 May 2024

Seruling Malam — Antologi Cerpen Penulis Malaysia


Judul Buku: Seruling Malam

Kategori: Cerpen (cerita pendek, fiksyen)

Bahasa: Bahasa Malaysia

ISBN: 978-629-99562-0-4 [didaftar pada 28 Mei 2024]

Penyunting: Uthaya Sankar SB

Penerbit: Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)

Reka Letak: Gemilang Publishing Sdn Bhd

 

Tarikh Terbit: 30 Jun 15 Jun 11 Jun 2024

Tebal: 192 halaman

Kandungan: [rujuk di sini]

Harga Pasaran: RM25.00

 

Projek antologi ini adalah sebagai lanjutan kepada projek antologi Vanakam (2002), Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), dan Lakaran Diri (2022). Sila rujuk maklumat projek [di sini].

Sebahagian cerpen dalam antologi ini terhasil menerusi Bengkel Penulisan Intensif (Disember 2023 dan Mac 2024). Sejumlah cerpen pula diterjemah daripada karya bahasa Cina (Mandarin) khusus bagi projek ini.

Sejumlah sebelas (11) penulis dan seorang penterjemah terlibat dalam projek ini. Sejumlah 26 buah cerpen termuat dalam antologi ini. Buku akan dicetak dalam jumlah terhad. Orang ramai digalakkan membeli terus daripada penulis terbabit sebagai tanda sokongan.

Maklumat ringkas para penulis seperti berikut:

Anuradha Chelliah terlibat dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia dan Inggeris sejak tahun 2014. Karya beliau tersiar di The Star, The Malaysian Indian Anthology, Iris Magazine, Anak Sastra, Eksentrika, Dewan Budaya, dan portal Sastera Kavyan.

Chia Chen Eng terlibat dalam bidang penulisan bahasa Cina sejak tahun 1999. Karya beliau tersiar di akhbar Sin Chew Daily dan China Press selain puisi termuat dalam antologi Membawa Banyak Beg ke Pantai: Kumpulan Puisi Kanak-Kanak Malaysia (2022).

Duola @ Lim Guat See seorang penulis dan pelukis profesional serta sudah menerbitkan 52 buah buku serta sudah menganjurkan 26 pameran solo lukisan dan lebih daripada 60 kali pameran lukisan bersama pelukis lain.

VK Ezhilarasi Velautham Krishnan suka menulis cerpen dan rencana berkaitan golongan remaja kurang bernasib baik.  Antara karya awal beliau ialah rencana di majalah Dewan Budaya (April 2016) dan cerpen di majalah Dewan Siswa (Februari 2020).

Jeffry Solomon Victor menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang sumber manusia dan kini menjadi tenaga pengajar di Dyslexia Genius Malaysia. Karya Jeffry tersiar di portal Sastera Kavyan.

Kamalah Suppiah [OKU cacat penglihatan] mula menulis cerpen dan puisi moden Tamil pada tahun 1981 dan seterusnya menceburi bidang penulisan cerpen Bahasa Malaysia. Buku persendirian Kamalah berjudul Illaiyoor Kathaigal (2012), Yha (2021) dan Moodrezhutil (2023).

Lai Choy @ Lai Yoke Choy terlibat dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia dan Cina sejak usia remaja. Antara buku persendirian beliau ialah Migrasi ke Selatan (1997), Menjejaki Sastera Melayu (2015), Kepingan Mozek (2016), dan Ada Padang Ada Belalang (2024).

Liumx @ Liew Meng Seng tamat pengajian sarjana muda kejuruteraan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan sarjana sastera di Universiti Zhejiang, China. Beliau menterjemah dua cerpen Duola untuk projek antologi ini.

M. Mahendran berkecimpung dalam bidang penulisan cerpen Bahasa Malaysia dan Tamil sejak tahun 1987. Karupaya (2018) ialah kumpulan cerpen sulung Mahendran dalam Bahasa Malaysia manakala Thalaivar (2021) kumpulan cerpen Tamil.

Malini Lakshmi Bai mengikuti pengajian sarjana muda bahasa dan linguistik Inggeris di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak. Beliau terlibat dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia dan Inggeris sejak tahun 2021. Karya tersiar di portal Sastera Kavyan dan Eksentrika.

Thivyajayanthi Nair tamat pengajian sarjana muda teknologi maklumat dari Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka dan sedang meneruskan pengajian ijazah kedua dalam bidang psikologi. Beliau memenangi tempat keempat dalam pertandingan menulis cerpen bahasa Tamil anjuran Koperasi Permodalan Tanah NLFCS (2014).

Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia sejak tahun 1992. Karya tersiar di pelbagai akhbar, majalah, dan portal dalam talian selain termuat dalam puluhan antologi sejak tahun 1993.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi penulis yang terlibat dalam projek antologi ini.