9 May 2024

Temasya Bahasa di SJKT

Pengenalan

Penguasaan Bahasa Malaysia iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi adalah sesuatu yang amat penting bagi setiap individu. Jumlah masa dan peluang bagi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk terlibat dalam aktiviti Bahasa Malaysia mungkin kurang dan terhad. Dalam situasi ini, Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) yang diasaskan pada tahun 1999 terlibat mengendalikan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia di SJKT seluruh negara sejak tahun 2004 (Utusan Malaysia, 30 Mac 2024). Persatuan Kebajikan Idayakkani pula antara lain bermatlamat membantu kanak-kanak keluarga miskin dan susah (B40) dalam hal-hal berkaitan pendidikan.

 

Program

Idayakkani dan Kavyan merangka program khas yang dinamakan “Temasya Bahasa di SJKT” untuk membantu meningkatkan kecintaan dan penguasaan Bahasa Malaysia serta memupuk minat membaca dan menulis karya Bahasa Malaysia dalam kalangan murid SJKT. Pendekatan didik hibur (edutainment) yang diguna pakai oleh Kavyan sejak tahun 2004 diterapkan dalam merangka dan melaksanakan program ini. Kelulusan rasmi sudah diperoleh daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terbabit.

Objektif

1. Memupuk minat membaca karya Bahasa Malaysia

2. Berkongsi panduan (tips) memilih bahan bacaan yang sesuai

3. Menggalakkan peserta menjadikan membaca sebagai aktiviti sekeluarga

4. Mengendalikan aktiviti didik hibur (edutainment) berasaskan buku

5. Mencungkil bakat terpendam dalam kalangan murid

 

Penganjur Bersama

Persatuan Kebajikan Idayakkani

Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)

Tarikh

Mei – Julai 2024 (lapan sesi di lapan lokasi)

 

Peserta

1. Murid Tahap 2 dari 19 buah SJKT di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak

2. Guru yang berminat

3. Ibu bapa dan penjaga yang berminat

Senarai Sekolah

Senarai sekolah terbabit dan jumlah peserta akan dikemas kini di sini dari semasa ke semasa.

Tarikh: 11 Mei 2024

Tempat: SJKT Ladang Getah Taiping, Trong, Perak

Peserta: 47 murid dan 4 guru dari SJKT Ladang Getah Taiping, SJKT Ladang Temerloh, dan SJKT Ladang Allagar.

Foto: [di sini] [di sini] [di sini]

Video: [di sini] [di sini]

Wawancara: [di sini]

Tarikh: 14 Mei 2024

Tempat: SJKT Kamunting, Kamunting, Perak

Peserta: 65 murid Tahun 4, 5, dan 6

Foto: [di sini] [di sini] [di sini] [di sini]

Video: [di sini] [di sini

Wawancara: [di sini]


Tarikh: 24 Mei 2024

Tempat: SJKT YMHA, Taiping, Perak

Peserta: 43 murid, 5 guru, dan 2 ibu

Foto: [di sini] [di sini]

Video: [di sini]

Wawancara: [di sini]

Tarikh: 4 Jun 2024

Tempat: SJKT St. Theresa’s Convent, Taiping, Perak

Peserta: 48 murid dan 1 guru

Foto: [di sini]

Video: [di sini]

Tarikh: 21 Jun 2024

Tempat: SJKT Selama, Selama, Perak

Peserta: 50 murid dan 2 guru SJKT Selama; 4 murid, 2 guru, dan 1 ibu dari SJKT Ladang Malaya; serta 7 murid dan 1 guru dari SJKT Ladang Stoughton

Foto: [di sini]

Video: [di sini]

Tarikh: 22 Jun 2024

Tempat: SJKT Ladang Lauderdale, Simpang, Perak

Peserta: 33 murid dan 8 ibu dari SJKT Ladang Lauderdale; 6 murid, 1 guru, dan 4 ibu dari SJKT Kampung Jebong Lama; 11 murid, 1 guru, dan 1 penjaga dari SJKT Kampong Baru Batu Matang; 6 murid dan 2 guru dari SJKT Ladang Matang; serta 2 guru dari SJKT Ladang Selinsing

Foto: [di sini]

Video: [di sini]

Tarikh: 13 Julai 2024

Tempat: SJKT Ladang Sin Wah, Kamunting, Perak

Peserta: 39 murid, 3 guru dan 6 ibu dari SJKT Ladang Sin Wah; 1 guru dan 5 murid dari SJKT Ulu Sepetang, 5 murid dari SJKT Pondok Tanjung, serta 2 guru dan 9 murid dari SJKT Ladang Yam Seng

Foto: [di sini] [di sini] [di sini] [di sini]

Video: [di sini]

Tarikh: 27 Julai 2024

Tempat: SJKT Ladang Holyrood, Taiping, Perak

Peserta: 22 murid dan 4 guru

Foto: [di sini]

Video: [di sini]

 

Sijil Penyertaan

Sijil penyertaan program Temasya Bahasa hanya bagi peserta berdaftar yang menyertai program sepenuhnya.

 

Hadiah Buku Untuk Peserta Terbaik

Sumbangan buku (1 set = 5 buku) akan dihadiahkan kepada lima peserta terbaik dan paling aktif di setiap lokasi program. Maknanya, 40 murid akan menerima hadiah buku. Kos 1 set buku ialah RM50 (harga diskaun). Jika sesiapa sudi menyumbang, hubungi Uthaya. Nama penyumbang akan diumum semasa majlis penyampaian hadiah. [Nota: Sumbangan hanya diterima bagi program pertama. Bagi program seterusnya, Uthaya menampung kos hadiah buku bagi peserta terbaik.]

(Utusan Malaysia, 1 Jun 2024)

Pengendali Program

Uthaya Sankar SB ialah pengasas Kavyan dan aktif dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia sejak tahun 1991. Beliau menerima Anugerah Duta Keamanan (Korea Selatan, 2008) dan Anugerah Tokoh Saraswati (India, 2023) atas sumbangan terhadap keamanan, persefahaman, dan perpaduan melalui penulisan. Antara karya beliau ialah Bhagavad Gita (2021), Suvarna Bhumi (2022), The Painted Cat (2023), dan Dewi Pertiwi (2024).

 

Maklumat Lanjut

Sila hubungi Uthaya menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan.