15 Sept 2023

Perbincangan Meja Bulat Penulis Malaysia


Pengenalan

Pusat Kebudayaan India Netaji Subhash Chandra Bose (NSCBICC) di bawah Suruhanjaya Tinggi India (High Commision of India) menganjurkan pertemuan dan perbincangan pada 1 November 2015 melibatkan penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Tamil, dan Inggeris. Susulan daripada itu, tiga lagi pertemuan diatur pada 20 Disember 2015, 11 Jun 2017, dan 21 April 2018 melibatkan penulis pelbagai kaum (India, Cina, Melayu, dll) yang menghasilkan karya pelbagai bahasa (Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, Cina, dll). Selepas pandemik Covid-19, Pertemuan Penulis Malaysia dianjurkan pada 14 Mei 2023 dan 16 Julai 2023 untuk membincangkan pelbagai topik berkaitan Sastera Malaysia.

 

Perbincangan Meja Bulat

Dalam Persidangan Antarabangsa Warisan India-Malaysia (19 Ogos 2023), Uthaya Sankar SB memperkatakan topik “Sastera India dan Sastera Malaysia” (Indian-Malaysian Literature). Persembahan Drama Megha Duta yang menunjukkan penghayatan karya klasik Sanskrit di Malaysia pula berlangsung pada 20 Ogos 2023 sempena Hari Sanskrit Sedunia. Sebagai susulan daripada program ini, Suruhanjaya Tinggi India dan NSCBICC bersetuju dengan cadangan menganjurkan Perbincangan Meja Bulat Penulis Malaysia (Malaysian Writers’ Roundtable Discussion) untuk membincangkan beberapa topik berkaitan secara lebih mendalam. Maklumat asas tentang konsep dan cara perbincangan meja bulat dikendalikan boleh dibaca sini: [Roundtable Discussion], [What Is A Roundtable Discussion], [How To Run A Roundtable Discussion], dan [A Meaningful Roundtable Discussion].

Objektif

Peserta perlu hadir dengan persediaan, pemahaman, dan menumpukan perhatian kepada usaha menyertai perbincangan meja bulat bagi mencapai objektif berikut:

1. Mempertemukan penulis Malaysia yang menghasilkan karya pelbagai bahasa

2. Memperkatakan situasi karya pelbagai bahasa di Malaysia

3. Membincangkan karya luar negara (asli/terjemahan/multimedia) di Malaysia

4. Mencadangkan cara-cara memperkenalkan karya Malaysia kepada khalayak di India dan negara-negara lain (asli/terjemahan/multimedia)

 

Maklumat Acara

Perbincangan Meja Bulat Penulis Malaysia dijadualkan seperti berikut:

 

Tarikh: 14 Oktober 2023 (Sabtu)

Masa: 3.00 petang – 6.00 petang [Waktu Kavyan]

Tempat: Tingkat 17, Menara Sentral Vista, Brickfields

Waze: Menara Sentral Vista

 

Bahasa Pengantar

Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa komunikasi utama. Namun begitu, penggunaan bahasa Inggeris, Tamil, dan Cina dibenarkan mengikut keperluan dan keselesaan.

 

Penyelaras

K. Pragalath menyelaras sesi perbincangan meja bulat ini di bawah Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan).  

Pemudah Cara

Uthaya Sankar SB bertindak sebagai pemudah cara (moderator) bagi memastikan perbincangan meja bulat berjalan lancar mengikut perancangan dan mencapai objektif yang ditetapkan. 

Biodata Peserta (sehingga 13 Oktober 2023)

K. Pragalath lahir di Perak, membesar di Kedah, dan kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau berkecimpung dalam dunia kewartawanan; bermula di Malaysiakini sebagai wartawan bahasa Inggeris dan pernah berkhidmat di beberapa laman berita lain. Kini, Pragalath di Harapan Daily sebagai penyunting berita Bahasa Malaysia. Dalam bidang kesusasteraan, beliau berjinak dengan penulisan cerpen dan sudah menghasilkan beberapa cerpen. “Dana dan Darah” diterbitkan di Eksentrika. Pragalath turut berkecimpung dalam bidang penterjemahan. Karya terjemahan pertama ialah “An Epic Ride” yang diterbitkan dalam kumpulan cerpen The Painted Cat (2023). - [Video Bacaan]

Anuradha Chelliah berasal dari Banting, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Banting. Beliau meneruskan pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Pembangunan Manusia dan seterusnya Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Anuradha aktif menulis sejak 2016 dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Karya beliau boleh dibaca di The Star, Iris Magazine, Anak Sastra, Shakti – The Epitome of Power, dan ALS 2021: Anthology of Poems (2021). Karya Anuradha juga termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), Peluru Aksara (2020), dan Lakaran Diri (2022).  Cerpen beliau turut termuat dalam Meredah Kabus (2021), Serpihan Memorabilia 2020 - Suara (2021), Patah Tumbuh (2021), Kisah Musim Wabak (2021), dan Anekdot Peribahasa Yang Tersurat Yang Tersirat (2022). Puisi beliau boleh dibaca dalam Antologi 3S Hari Guru Hatiki Terharu (2021), Antologi Sajak Momen,  Antologi Sajak Siluet Cinta Ayah Bonda (2022), dan Siri Warisan Budaya - Teluk Belanga dan Periuk Belanga (2023). Anuradha merupakan bendahari Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan). Beliau juga seorang jurulatih yoga bertauliah yang mengendalikan kelas yoga untuk kanak-kanak dan orang dewasa. - [Video Bacaan]

Shih-Li Kow is the author of two short story collections and a novel. Ripples and Other Stories is a collection of 25 Malaysian stories and was shortlisted for the 2009 Frank O’Connor International Short Story Award. Her second book, The Sum of Our Follies, is about life in an imaginary small town in Perak. This was translated into Italian, French, and Bulgarian. The French edition (translated by Frederic Grellier) won the 2018 Prix du Premier Roman Etranger or the prize for the first foreign novel. Shih-Li Kow writes fiction in English and her work has also been published widely in journals and magazines. This year, her short story was shortlisted for the Commonwealth Short Story Prize. Her second collection of stories, Bone Weight and Other Stories, is scheduled for release in November 2023. - [Video Bacaan]

Malini Lakshmi Bai lahir dan membesar di Kuala Lumpur. Pada tahun 2012, beliau menyambung pengajian tinggi dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Inggeris di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar. Beliau meminati bidang kesusasteraan sejak bangku sekolah. Pada tahun 2009, Malini mewakili sekolah dan daerah dalam beberapa forum pelajar, pertandingan debat, dan syarahan. Kini, beliau berkerjaya sebagai guru Bahasa Inggeris dan penyelia di sebuah pusat pembelajaran bahasa. Malini juga menggalas jawatan penolong setiausaha dalam Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan). Hasil karya beliau termuat dalam antologi Lakaran Diri (2022) dan di portal Sastera Kavyan. Karya bahasa Inggeris pula diterbitkan di laman Eksentrika. - [Video Bacaan]

Chiew Ruoh Peng (周若) is a Malaysian Chinese writer who writes primarily in Chinese. Apart from writing, he is also a regular spoken word poetry performer and comedian. He helms Mentor Publishing Sdn. Bhd. Chiew Ruoh Peng has won several literary awards including Hua Zong Literary Award (Malaysia) and Outstanding Young Poet Award (Taiwan). Three compilations have been published under the titles Lovesick, Speedread, and Vanilla. Besides writing poetry, he is also a columnist for China Press (Malaysia), Nanyang, The Interview, and New Life Post. Chiew Ruoh Peng is the deputy president of The Writers Association of Chinese Medium. He blogs at Peng’s Blog. - [Video Bacaan]

Chia Chen Eng dilahirkan di Muar, Johor. Beliau menamatkan pengajian Sarjana Muda Bahasa Asing (Kepujian) Bahasa Cina di Universiti Putra Malaysia (UPM), Sarjana Linguistik di Universiti Malaya (UM), dan Doktor Falsafah di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Chia Chen Eng meraih hadiah utama dalam Pertandingan Hua Zong (kategori prosa), tempat kedua dalam Pertandingan Prosa Bahasa Cina Antarabangsa Singapura, serta Anugerah Khas Pilihan Cerpen Pendek dari Taiwan United Daily News. Puisi kanak-kanak beliau terpilih untuk dimuatkan dalam antologi Membawa Banyak Beg ke Pantai: Kumpulan Puisi Kanak-Kanak Malaysia (2022) sementara cerpen mikro dimuatkan dalam antologi Pilihan Cerpen Mikro Malaysia Kontemporari (2010). - [Video Bacaan]

Hoo Ching Dew berketurunan Hockchew dan lahir di Sitiawan, Perak. Graduan Sarjana Muda Sains, Komputer dan Pendidikan serta Sarjana Sains Matematik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini bertugas sebagai Naib Presiden Rantau Asia Pasifik di sebuah syarikat Amerika Syarikat. Beliau juga Timbalan Presiden Persatuan Penulis-penulis Aliran China Malaysia. Sebagai seorang penyair bebas, Hoo Ching Dew menerbit dua buku sajak dalam Bahasa Cina bertajuk A City Deploys Systematic Traps To Carry Out Cruel Betrayals dan Map of Flying Cities. Karya-karya beliau turut diterbitkan di China, Taiwan, Hong Kong, Eropah dan negara-negara ASEAN. Hoo Ching Dew menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Sastera Bahasa Cina Kolej (kategori sajak), Anugerah Cun Cao Xin (kategori sajak) oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, serta Anugerah Penerbitan Buku (kategori sajak) oleh Persatuan Hokkien Kuala Lumpur dan Selangor. - [Video Bacaan]

Lalita Sinha is a literary scholar, translator, and critic. During her service with Universiti Sains Malaysia (USM) and Wawasan Open University, Lalita’s works were published in Malaysia (Universiti Sains Malaysia Press, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan & Buku Malaysia), the United Kingdom (Cambridge Scholarly Publications, Routledge, Taylor & Young), the United States of America (World Wisdom Books), and Canada (Sacred Web). She received the Best Academic Publication Award (Arts) from the Malaysian Association of Academic Publishers and the Best Thesis Award from USM for her Ph.D. research in mystical symbolism. Specialising in the field of Comparative Literature, Lalita’s works cover a range of disciplines, from mysticism and literary translation to children’s literature. Since her retirement in 2006, Lalita has been an active freelance translator. In 2022, in collaboration with several local universities, she completed a UNESCO-funded project, Kids of Malaysia Initiative for Covid-19 Stories (KOMICS). Lalita continues to publish academic articles and has also ventured into creative writing. - [Video Bacaan]

Uthaya Sankar SB lahir dan membesar di Taiping, Perak sebelum berpindah ke Klang, Selangor dan kini menetap di Shah Alam. Beliau terlibat dalam bidang penulisan karya Bahasa Malaysia sejak tahun 1991. Uthaya sudah menghasilkan lebih daripada 25 buah buku kanak-kanak, remaja, dan dewasa berkaitan topik bahasa, sastera, budaya, politik, sejarah, dan agama. Beliau turut aktif mengendalikan program bahasa dan sastera serta kempen galakan membaca di seluruh negara sejak tahun 1994. Sumbangan Uthaya kepada perkembangan Sastera Kebangsaan menerima pengiktirafan menerusi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97, 1998/99), Anugerah Duta Keamanan (2008), dan Anugerah Saraswati Samman (2023). Beliau pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). - [Video Bacaan]

Atur Cara

Para peserta/penulis diminta mematuhi Waktu Kavyan bagi memastikan sesi perbincangan meja bulat dapat dikendalikan secara profesional. Peserta tidak dibenarkan masuk selepas pukul 3:15 petang. Peserta/penulis juga diminta tidak keluar topik perbincangan kerana tindakan itu hanya membazir masa dan menunjukkan sisi buruk individu terbabit; malah pemudah cara terpaksa memberi amaran keras dan mengarahkan individu terbabit berhenti bercakap.

Utusan Malaysia, 21 Oktober 2023


Masa

Pengisian

3:00 petang

Ketibaan peserta berdaftar

(Individu yang tidak berdaftar tidak dibenarkan hadir)

3:15 petang

Pengenalan tentang Suruhanjaya Tinggi India dan Pusat Kebudayaan India (NSCBICC)

3:30 petang

Peserta membaca petikan karya sendiri

(Karya dalam mana-mana bahasa dibenarkan)

4:00 petang

Topik 1

Sastera Malaysia: Realiti, cabaran, dan harapan karya pelbagai bahasa oleh penulis pelbagai kaum

(Sila luahkan isi hati secara terbuka kerana itulah tujuan perbincangan ini diadakan)

4:30 petang

Topik 2

Karya Klasik dan Moden dari India/China/Barat: Pengaruhnya kepada penulis dan pembaca Malaysia

(Tumpuan kepada aspek bagaimana karya luar mempengaruhi penulis dan pembaca di Malaysia)

5:00 petang

Topik 3

Memperkenalkan Karya Malaysia kepada khalayak antarabangsa

(Contoh: Terjemahan, pertemuan penulis dalam talian, acara sastera Malaysia-India dalam talian, dll)

5:30 petang

Penyampaian cenderamata (buku) kepada peserta

Sesi fotografi berkumpulan

Minum petang

 

Pendaftaran Peserta

Penyertaan dibuka kepada maksimum sembilan belas (19) penulis pelbagai kaum yang menghasilkan karya pelbagai bahasa mengikut cadangan pecahan berikut:

 

 

KAUM INDIA

KAUM CINA

KAUM MELAYU

LAIN-LAIN

BAHASA MALAYSIA

2

2

2

1

BAHASA INGGERIS

2

2

2

1

BAHASA TAMIL

2

 

 

 

BAHASA CINA

 

2

 

 

LAIN-LAIN

 

 

 

1

Nota: Istilah “Lain-lain” digunakan semata-mata bagi memudahkan urusan dan menjimatkan ruang; tiada agenda lain.

Para penulis Malaysia yang berminat menjadi peserta sesi perbincangan meja bulat ini wajib mendaftar dengan mengemukakan:

(a) nama penuh,

(b) nombor telefon,

(c) alamat e-mel,

(d) foto yang sesuai, dan

(e) biodata ringkas dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris sekitar 100-150 perkataan [lihat contoh].

[Lebih banyak foto - di sini]

Tarikh Tutup

Pendaftaran peserta (penulis) dan pemerhati (bukan penulis) ditutup secara muktamad pada 10 Oktober 2023 (9:00 malam), atau ditutup lebih awal jika sudah cukup 19 peserta.

 

Pertanyaan

Untuk pendaftaran, maklumat lanjut, dan pertanyaan, sila hubungi WhatsApp 011-11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com sebelum 13 Oktober 2023. Sebarang pertanyaan selepas itu tidak dilayan.