29 Mar 2012

Bengkel Penulisan Makalah Budaya

Nama Program
Bengkel Penulisan Makalah Budaya

Penganjur Bersama
Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Pengenalan
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) berpengalaman menganjurkan beberapa bengkel penulisan untuk golongan pelajar, remaja, belia dan umum sejak tahun 1999. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan di mana telah lahir beberapa bakat muda dalam kalangan peserta bengkel anjuran Kavyan. Sebagai kesinambungan kepada usaha itu, Kavyan bercadang menganjurkan siri Bengkel Penulisan Makalah Budaya dengan kerjasama Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Objektif
1 Mencungkil bakat baru penulis makalah dalam kalangan belia, remaja dan pelajar pelbagai kaum.
2 Memberi pendedahan awal mengenai teknik penulisan kepada peserta yang masih baru dalam penulisan makalah.
3 Menyediakan peserta bagi menghasilkan makalah untuk siaran di media cetak perdana (akhbar dan majalah).

Tarikh
19 Mei 2012 (Sabtu)

Masa
9:00 pagi – 4:00 petang

Tempat
Menara DBP, Kuala Lumpur

Pembimbing
Uthaya Sankar SB dan wakil Kavyan

Bahasa
Bengkel akan dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia.

Penyelarasan
Program akan diselaraskan dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Kavyan secara terancang, sistematik dan profesional dengan bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan pengalaman menyelaras dan mengendalikan Bengkel Cerpen Kavyan sejak tahun 1999.

Peserta
Maksimum 25 pelajar, remaja, belia dan dewasa pelbagai kaum yang berminat untuk mempelajari teknik penulisan makalah berkaitan budaya pelbagai etnik dan kaum di Malaysia. [Nota: Apabila pendaftaran ditutup pada 30 April 2012, sejumlah 28 peserta sudah mendaftar dan disahkan/diluluskan penyertaan.]

Bayaran Penyertaan
Percuma bagi pendaftaran sebelum 30 April 2012.

Cara Pendaftaran
Individu yang berminat perlu mendaftar di http://kavyanregistrationbeta.yolasite.com/bengkelmakalah.php sebelum 30 April 2012. Pendaftaran lewat berkemungkinan besar ditolak.

Panduan Umum bagi Peserta
1) Penyertaan terbuka kepada individu berumur minimum 18 tahun.
2) Bengkel ini khusus bagi peserta yang berminat sahaja.
3) Peserta tidak semestinya mempunyai pengalaman menulis makalah atau rencana.
4) Peserta akan dibimbing oleh Uthaya Sankar SB yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan.
5) Bengkel akan dikendalikan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
6) Pengangkutan dan penginapan tidak disediakan.
7) Jawatankuasa Kavyan tidak akan membantu menyediakan pengangkutan.
8) Peserta dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan efektif supaya tiba di tempat yang betul pada masa yang tepat.
9) Bengkel akan dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia.
10) Peserta diingatkan supaya tidak mencampur-adukkan bahasa.
11) Mana-mana individu yang tidak tahu membaca, menulis dan bercakap Bahasa Malaysia diingatkan supaya tidak menyertai bengkel ini.
12) Peserta wajib mengesahkan penyertaan dan membuat bayaran penyertaan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh bengkel.
13) Hanya 25 peserta terawal yang mendaftar akan dipilih menyertai bengkel ini.
14) Individu yang berminat wajib mendaftar nama di http://kavyanregistrationbeta.yolasite.com/bengkelmakalah.php sebelum 30 April 2012.
15) Keputusan penganjur terhadap senarai peserta adalah muktamad.
16) Peserta perlu mengikuti sepenuhnya bengkel; iaitu dari 9:00 pagi hingga 4:00 petang.
17) Mana-mana peserta yang tidak dapat mengikuti sepenuhnya bengkel ini diingatkan supaya tidak mengemukakan permohonan sejak awal.
18) Mana-mana peserta yang terpilih menyertai bengkel ini tetapi kemudian menarik diri atau tidak hadir, akan disenaraihitam oleh penganjur (Kavyan).
19) Peserta dinasihatkan supaya membawa alat tulis ke bengkel.
20) Peserta diwajibkan membawa sekurang-kurangnya satu naskhah majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau akhbar Bahasa Malaysia yang menyiarkan makalah atau rencana sebagai bahan rujukan.
21) Peserta boleh menggunakan komputer riba (laptop) asalkan tidak mengganggu perjalanan bengkel.
22) Peserta boleh membawa kamera jika mahu mengambil foto.
23) Penggunaan telefon bimbit adalah dilarang sepanjang bengkel.
24) Peserta hanya dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa waktu rehat.
25) Peserta perlu patuh pada peraturan dan larangan sedia ada di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
26) Peserta diingatkan supaya tidak membicarakan/mengungkitkan isu-isu yang sensitif dan berbentuk perkauman dalam penulisan mahu pun dalam perbincangan bengkel.
27) Mana-mana peserta yang tidak patuh pada syarat, peraturan dan arahan akan diminta meninggalkan tempat bengkel; dan dianggap sebagai menarik diri.
28) Peserta wajib berpakaian sopan dan selesa sepanjang bengkel.
29) Peserta perlu terlibat secara aktif sepanjang bengkel.
30) Peserta akan diberi latihan praktikal menulis contoh makalah berdasarkan beberapa topik yang dikemukakan oleh pembimbing.
31) Peserta diingatkan supaya mengemukakan segala pertanyaan dan persoalan kepada pembimbing bengkel dan bukan kepada peserta lain semasa bengkel berlangsung.
32) Peserta yang mengganggu perjalanan bengkel dengan apa cara sekalipun akan diarah keluar.
33) Peserta perlu patuh pada jadual waktu yang ditetapkan.
34) Peserta yang lewat dan/atau tidak patuh pada masa akan diarah keluar.
35) Mana-mana peserta yang diarah keluar adalah dianggap sebagai telah menarik diri daripada menyertai bengkel ini.
36) Pada akhir bengkel, peserta akan diminta mengisi borang komentar dan borang ini mestilah diisi sendiri secara penuh ikhlas dan jujur oleh setiap peserta.
37) Hanya peserta yang mengikuti sepenuhnya bengkel ini dengan penuh minat dan menunjukkan hasil yang memberangsangkan akan dipertimbangkan untuk menyertai bengkel susulan pada masa hadapan.
38) Hanya peserta yang mengikuti sepenuhnya bengkel ini dengan penuh minat dan terlibat secara aktif akan diberikan sijil penyertaan bengkel.
39) Maklumat bengkel boleh juga dirujuk di blog Kavyan.

Penutup
Bengkel Penulisan Makalah Budaya yang dicadangkan ini pasti dapat dilaksanakan dengan jaya serta mencapai objektif jika ada kerjasama padu antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Bengkel ini dijangka akan mampu melahirkan lebih ramai penulis muda dalam penulisan makalah bermutu.

Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 22 Mac 2012
Diluluskan oleh Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP pada 29 Mac 2012
Sila KLIK DI SINI untuk membaca laporan aktiviti.