28 Mar 2012

Bengkel Cereka UPSR: Panduan Menulis Karangan

Pengenalan

Salah satu cabaran yang dihadapi guru sekolah rendah adalah memberi panduan dan latihan penulisan cereka, iaitu karangan tidak berformat bagi tujuan UPSR. Kursus intensif jangka pendek berbentuk ceramah dan bengkel ini direka khas untuk memberi panduan lengkap kepada murid Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam mengenai cara-cara menulis karangan cereka (autobiografi, biografi, menyambung cerita dan sebagainya) bermutu berdasarkan format terkini UPSR.


Penganjur


Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)


Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya


Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)


Majalah e-baca (Kumpulan Media Karangkraf)


Tarikh


21 April 2012 (Sabtu)


Masa


10:00 pagi – 1:00 petang (Waktu Kavyan)


Tempat


Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam


Peserta


Maksimum 40 murid Tahun Enam, Tahun Lima dan Tahun Empat. Konsep “yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan” akan digunakan dalam pendaftaran peserta.


Tarikh Tutup


Penyertaan ditutup pada 13 April 2012 (Jumaat)


Bayaran


Yuran RM10.00 dikenakan bagi menampung kos.


Rangka Kandungan Bengkel adalah seperti berikut:


Pengenalan


Menjelaskan kepentingan subjek Bahasa Malaysia pada peringkat UPSR dan juga selepas itu (PMR, SPM). Turut ditekankan keperluan Bahasa Malaysia di luar bidang akademik seperti dalam kehidupan seharian. Aspek minat membaca akhbar, majalah dan buku juga akan ditekankan sebagai cara terbaik dan paling berkesan dalam menguasai Bahasa Malaysia.


Kertas Satu


Format Kertas 1 (Tatabahasa)


Menjelaskan topik-topik tatabahasa yang biasa diuji dalam UPSR. Panduan mudah akan diberi bagi membantu murid menguasai aspek tatabahasa. Latihan berkumpulan dan aktiviti yang menyeronokkan akan dilakukan supaya murid dapat berhibur sambil belajar. Panduan tatabahasa yang diberikan akan membina keyakinan dalam diri murid bahawa tidak sukar untuk menguasai Bahasa Malaysia.


Ceramah


Pembimbing menceritakan serba sedikit pengalaman mengenai cara-cara menguasai Bahasa Malaysia dan minat terhadap pembacaan buku cerita.


Kertas Dua I


Format Kertas 2 – Bahagian A (Membina Ayat)


Panduan mudah bagi menguasai kemampuan membina ayat berdasarkan gambar yang diberi. Latihan berkumpulan juga diadakan bagi menjadikan topik ini menyeronokkan.


Kertas Dua II


Format Kertas 2 – Bahagian C (Mengulas Nilai)


Panduan mudah bagi menguasai kemampuan mengulas nilai dan pengajaran berdasarkan teks yang diberikan. Latihan berkumpulan diadakan bagi menjadikan topik ini menyeronokkan serta membolehkan murid bekerjasama dan berkongsi idea.


Kertas Dua III


Format Kertas 2 – Bahagian B (Menulis Karangan)


Penjelasan ringkas mengenai karangan berformat seperti laporan, syarahan, berita, wawancara, dialog, ceramah, ucapan dan surat rasmi yang biasanya sudah diajar dengan baik oleh guru.


Tumpuan utama diberi kepada karangan tidak berformat seperti autobiografi, biografi, menyambung cerita, peribahasa, gambarkan, keperihalan dan cerita rekaan. Karangan-karangan dalam format ini amat kurang diajar di sekolah sedangkan karangan cereka mampu membuktikan penguasaan bahasa sebenar seorang individu.


Panduan bagi menulis karangan cereka yang disiarkan menerusi ruangan “Cereka UPSR” di majalah e-baca (Mei 2010 – April 2011) akan diberi kepada murid sebagai nota berguna.


Kandungan bengkel termasuk membincangkan dan menghuraikan ciri-ciri cereka yang baik serta panduan menghasilkan cereka yang lebih baik dan bermutu.


Secara keseluruhan, bengkel berkaitan penulisan cereka dapat menyediakan murid untuk menulis karangan bermutu pada peringkat lebih tinggi serta kemampuan menghasilkan karya kreatif seperti cerpen untuk siaran di media.


Aktiviti Interaktif


Peserta akan dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan perlu terlibat dalam beberapa aktiviti interaktif yang dikendalikan. Antara aktiviti yang boleh/akan dilaksanakan:


1) Membaca petikan cereka yang ditulis


2) Membuat peta minda bagi isi karangan


3) Membina plot bagi cereka


4) Bercerita secara spontan


Sesi Dialog


Peluang untuk peserta bertanya soalan kepada pembimbing. Sesi ini membuka ruang dan peluang berinteraksi secara langsung dan terbuka bagi peserta mengemukakan apa-apa pertanyaan yang berkaitan.


Hadiah Galakan


Hadiah berupa bahan bacaan dan alat tulis sumbangan Kavyan, e-baca dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan diberikan kepada peserta yang terlibat secara aktif.


Catatan kepada peserta


Pengangkutan tidak disediakan.


Makan-minum tidak disediakan.


Peserta wajib membawa alat tulis.


Pakaian yang sopan dan sesuai kerana bilik sejuk.


Hanya peserta yang mendaftar awal dibenarkan hadir.


Maklumat Lanjut dan Pendaftaran


Hubungi infokavyan@yahoo.com.my sebelum 13 April 2012.