18 Apr 2025

Temasya Bahasa di Daerah Kerian, Perak

Pengenalan

Penguasaan Bahasa Malaysia (bahasa Melayu) iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi adalah sesuatu yang amat penting bagi setiap individu. Jumlah masa dan peluang bagi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk terlibat dalam aktiviti Bahasa Malaysia mungkin kurang dan terhad. Dalam situasi ini, Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) yang diasaskan pada tahun 1999 terlibat mengendalikan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia di SJKT seluruh negara sejak tahun 2004 (Utusan Malaysia, 30 Mac 2024). Persatuan Kebajikan Idayakkani yang diasaskan pada Februari 2024 pula antara lain bermatlamat membantu kanak-kanak keluarga miskin dan susah (B40) dalam hal-hal berkaitan pendidikan.

Program

Idayakkani dan Kavyan merangka program khas yang dinamakan Temasya Bahasa di SJKT untuk membantu meningkatkan kecintaan dan penguasaan Bahasa Malaysia serta memupuk minat membaca dan menulis karya Bahasa Malaysia dalam kalangan murid SJKT. Pendekatan didik hibur (edutainment) yang diguna pakai oleh Kavyan sejak tahun 2004 diterapkan dalam merangka dan melaksanakan program ini. Program Temasya Bahasa dimulakan di Daerah Larut, Matang dan Selama pada Mei 2024 [maklumat di sini] dan dikembangkan ke Daerah Kerian, Perak pada April 2025.

 

Objektif

1. Memupuk minat membaca karya Bahasa Malaysia

2. Berkongsi panduan (tips) memilih bahan bacaan yang sesuai

3. Menggalakkan peserta menjadikan membaca sebagai aktiviti sekeluarga

4. Mengendalikan aktiviti didik hibur (edutainment) berasaskan buku

5. Mencungkil bakat terpendam dalam kalangan peserta

 

Kelulusan

Kelulusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Perak menerusi surat bertarikh 22 Ogos 2024 dengan Ruj. JPNPk.SPS.USJK.100-3.Jld.21(46) dan kelulusan daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kerian dengan Ruj. PPD.KRN. 100-1/5/1 Jld.4 (8) bertarikh 24 Mac 2025.

 

Penganjur

Persatuan Kebajikan Idayakkani

Dengan Kerjasama

Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)

Pejabat Pendidikan Daerah Kerian, Perak

Persatuan Guru Besar SJKT Kerian

Tarikh

16 dan 17 April 2025 (Rabu dan Khamis)

 

Masa

8:00 pagi – 1:00 tengah hari

 

Tempat

Dewan Kerian Sejahtera, PPD Kerian, Parit Buntar, Perak

 

Peserta

1. Murid Tahun 6 dari SJKT di Daerah Kerian, Perak

2. Guru yang berminat juga boleh menjadi peserta dengan syarat sedia terlibat sepenuhnya dalam program

3. Murid dan guru berdaftar perlu menyertai program sepenuhnya pada kedua-dua hari iaitu 16-17 April 2025

 

Sijil Penyertaan

Sijil penyertaan program Temasya Bahasa hanya bagi peserta berdaftar (murid dan guru) yang menyertai program sepenuhnya pada kedua-dua hari (16-17 April 2025).

 

Pengendali Program “Temasya Bahasa”

Uthaya Sankar SB ialah pengasas Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) dan aktif dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia sejak tahun 1991. Beliau menerima pengiktirafan seperti Hadiah Cerpen Maybank-DBP, Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Duta Keamanan, dan Anugerah Tokoh Saraswati. Antara karya beliau ialah Siru Kambam (1996), Nari! Nari! (2015), Vetalam dan Vikramaditya (2020), Bhagavad Gita (2021), Suvarna Bhumi (2022), The Painted Cat (2023), Dewi Pertiwi (2024), dan Rani di Kuil Bhagavati (2025). [Baca biodata penuh]

 

Rangka Atur Cara

Harap maklum bahawa semua program yang melibatkan Kavyan dijalankan mengikut “Waktu Kavyan” iaitu masa seperti dinyatakan.

 

16 APRIL 2025 (RABU)

 

8:00 pagi

Ketibaan peserta dan pengesahan kehadiran di meja pendaftaran

Peserta menerima buku Nari! Nari! (2024)

[Foto di sini– [Video di sini]

8:30 pagi

Sesi 1: Rasa Sayang dan Pantun Tradisional

[Foto di sini] – [Video di sini]

 

9:30 pagi

Sesi 2: Nyanyian Lagu Kanak-kanak

[Foto di sini] – [Video di sini]

10:30 pagi

Sarapan

 

11:00 pagi

Sesi 3: Membaca Petikan Cerita

[Foto di sini] – [Video di sini]

 

12:00 pagi

Sesi 4: Pengenalan Lakonan Pentas

 

1:00 tengah hari

Tamat program hari pertama

 

17 APRIL 2025 (KHAMIS)

 

8:00 pagi

Ketibaan peserta dan pengesahan kehadiran di meja pendaftaran

Peserta menerima majalah Melur

[Foto di sini] – [Video di sini]

 

8:30 pagi

Sesi Motivasi dan Perkongsian Pengalaman

          Encik Sivasankar a/l Narayanan

Pengerusi Persatuan Kebajikan Idayakkani

[Foto di sini] – [Video di sini]

 

9:00 pagi

Sesi 5: Latihan Lakonan Pentas (Berkumpulan)

[Foto di sini] – [Video di sini]

10:30 pagi

Sarapan

 

11:00 pagi

Sesi 5: Latihan Lakonan Pentas (Sambungan)

Kehadiran tetamu dan ibu bapa/penjaga

 

11:30 pagi

Sesi 6: Persembahan Lakonan Pentas (Berkumpulan)

[Foto di sini] – [Video di sini]

12:00 tengah hari

Ucapan Pengerusi Persatuan Kebajikan Idayakkani

[Foto di sini] – [Video di sini]

Ucapan Pengerusi Persatuan Guru Besar SJKT Daerah Kerian

[Foto di sini] – [Video di sini]

Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kerian

[Foto di sini] – [Video di sini]

Penyampaian sijil penyertaan (guru dan murid)

Penyampaian sijil penghargaan dan hadiah buku kepada Guru Besar (14 buah SJKT)

Penyampaian sijil penghargaan dan hadiah buku kepada Pegawai PPD Kerian

[Foto di sini] – [Video di sini]

1:00 tengah hari

Tamat program

 

Pertanyaan

Hubungi Uthaya Sankar SB menerusi WhatsApp 011-11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com jika ada sebarang pertanyaan.

No comments: