26 Apr 2025

Pertandingan Menulis Cerpen Kavyan


Pengenalan

Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) sentiasa menyokong usaha penghasilan karya Sastera Kebangsaan oleh penulis pelbagai kaum di Malaysia. Walaupun dianggotai individu kaum India, kesemua aktiviti Kavyan terbuka kepada umum tanpa mengira kaum, agama, dan latar belakang. Pada tahun 2017, Kavyan menganjurkan “Pertandingan Menulis Sajak Bertema Hinduisme”.

 

Pertandingan Menulis Cerpen Kavyan

Pertandingan ini dianjurkan untuk menggalakkan kelahiran lebih banyak cerpen (cerita pendek), cereka (cerita rekaan), dan fiksyen yang mengangkat watak utama kaum India, selain menampilkan unsur budaya kaum India dalam karya Sastera Kebangsaan.

 

Hadiah

Maksimum dua puluh (20) penulis akan menerima satu set buku-buku berikut sebagai hadiah:

1. Cerpen (2024)

2. Seruling Malam (2024)

3. Lakaran Diri (2022)

4. Peluru Aksara (2020)

5. Putaria (2020)

Hadiah akan dikirim melalui pos ke mana-mana alamat sah di Malaysia. Hadiah buku tidak boleh ditukar dengan wang.

 

Peserta

1. Mestilah warganegara Malaysia.

2. Umur minimum 17 tahun.

3. Bukan ahli atau penyokong mana-mana individu/kumpulan pengganas atau ekstremis.

 

Karya

1. Merupakan karya fiksyen berbentuk cereka (cerita rekaan) dan cerpen (cerita pendek).

2. Mestilah asli. Bukan terjemahan, padanan, atau apa-apa tindakan lain yang menjadikan karya itu tidak asli.

3. Karya yang dikirim untuk pertandingan belum pernah disiarkan di mana-mana (termasuk di media sosial dan blog).

4. Memenuhi syarat dan ciri-ciri sebuah cerpen.

5. Menampilkan watak utama kaum India. Tetapi jangan pula hanya nama India, sedangkan perwatakan seperti Melayu-Islam! Watak kaum India juga tidak semestinya keturunan Tamil semata-mata.

6. Menampilkan unsur budaya India mengikut kesesuaian cerita. Tetapi jangan jadikan seperti sebuah rencana berkaitan budaya kaum India!

7. Ditulis menggunakan Bahasa Malaysia.

8. Istilah-istilah selain Bahasa Malaysia dibenarkan jika sesuai, perlu, dan wajar.

9. Tidak sesekali menghina mana-mana kaum atau agama.

10. Cerpen perlu sesuai untuk bacaan khalayak pelbagai kaum dan agama, ke arah membantu pemahaman lebih positif tentang realiti hidup kaum India di Malaysia.

11. Boleh juga menulis cerpen yang disasarkan khas kepada pembaca kanak-kanak, remaja, atau bacaan umum (dewasa).

12. Panjang minimum 500 perkataan dan maksimum 800 perkataan.

13. Setiap peserta dibenarkan mengirim sebuah (1) cerpen sahaja.

14. Semak manuskrip berulang kali bagi memastikan tiada kesalahan bahasa, kesalahan ejaan, dan kesalahan tanda baca.

15. Cerpen yang dikirim bagi pertandingan ini tidak boleh disiarkan di mana-mana (termasuk media sosial dan blog) sehingga keputusan diumum.

 

Penyiaran Karya Pemenang

1. Cerpen para pemenang mungkin dipertimbangkan untuk disunting dan dihantar ke salah satu media penyiaran berikut:

a. Pelantar Cukaria (tema semasa)

b. Majalah Melur (cerpen kanak-kanak)

c. Portal Sastera Kavyan (penulis kaum India)

2. Hanya cerpen yang sesuai akan dipertimbangkan untuk disalurkan ke media penyiaran di atas.

3. Penganjur (Kavyan) tidak memberi jaminan bahawa cerpen yang dihantar ke media penyiaran itu pasti tersiar.

 

Cara Mengirim Karya

1. Cerpen ditaip menggunakan Microsoft Word.

2. Gunakan fon Arial saiz 12.

3. Gunakan langkau dua (double spacing).

4. Sertakan maklumat penulis (nama penuh, nombor telefon, e-mel, dan alamat pos) pada hujung cerpen. (Maklumat penulis akan dikeluarkan sebelum manuskrip diserah kepada juri/penilai.)

5. Manuskrip yang tidak mematuhi format di atas tidak akan dilayan.

6. Hantar secara lampiran (attachment) ke uthayasb@gmail.com tetapi jangan kirim e-mel kosong. Tulislah sesuatu!

7. Cerpen yang dikirim ke mana-mana tempat selain e-mel uthayasb@gmail.com tidak akan dipertimbangkan.

8. Setiap penyertaan yang diterima akan dimaklumkan menerusi e-mel. (Jika tiada balasan dalam masa 48 jam, maknanya e-mel tidak diterima.)

 

Tarikh Tutup

31 Mei 2025 (Sabtu), pukul 10:00 malam (Waktu Kavyan)

 

Keputusan

1. Akan diumum selewat-lewatnya pada 30 Jun 2025. Pemenang juga akan dihubungi menerusi e-mel atau WhatsApp.

2. Keputusan juri dan penganjur adalah muktamad.

 

Pertanyaan

Hubungi M. Mahendran menerusi e-mel johnmahendraprabhu@gmail.com atau WhatsApp 016-9612085; atau Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 28 Mei 2025 (10:00 malam).