22 Apr 2017

Pertandingan Menulis Sajak Bertema Hinduisme


HADIAH
Hadiah UtamaRM500 x 5 sajak = RM2,500 (jika diputuskan layak oleh juri)
Hadiah SaguhatiRM100 x 5 sajak = RM500 (jika diputuskan layak oleh juri)

PENGANJUR
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

PENAJA
Hadiah ditaja secara peribadi oleh Amir Muhammad.

PESERTA
1. Mestilah warganegara Malaysia.
2. Bukan ahli atau penyokong mana-mana kumpulan/individu pengganas.

KARYA
1. Mestilah asli; bukan terjemahan, padanan atau apa-apa tindakan lain yang menjadikan karya itu tidak asli.
2. Karya yang dikirim untuk pertandingan belum pernah disiarkan di mana-mana (termasuk media sosial).
3. Memenuhi syarat dan ciri-ciri sajak atau puisi moden.
4. Perlu ada unsur-unsur puisi. (Jangan jadikan “puisi pagi jumaat” Mufti Perlis sebagai panduan.)
5. Ditulis menggunakan Bahasa Malaysia.
6. Istilah-istilah selain Bahasa Malaysia dibenarkan hanya jika tiada kata sepadan dalam Bahasa Malaysia.
7. Bertema Hinduisme dan bernada positif.
8. Tidak sesekali menghina mana-mana kaum atau agama.
9. Sajak perlu sesuai untuk bacaan masyarakat pelbagai kaum dan agama, ke arah membantu pemahaman lebih positif tentang Hinduisme.
10. Panjang minimum 15 baris, panjang maksimum 50 baris.
11. Setiap peserta boleh mengirim maksimum 3 sajak, tetapi hanya layak menang satu hadiah.
12. Sajak yang dikirim bagi pertandingan ini tidak boleh disiarkan di mana-mana (termasuk media sosial) sehingga keputusan diumumkan.

CARA MENGIRIM
1. Sajak ditaip menggunakan Microsoft Word.
2. Simpan (save) menggunakan judul sajak.
3. Sertakan maklumat penulis (nama penuh, nombor MyKad, telefon, e-mel dan alamat) pada hujung sajak. (Maklumat penulis akan dikeluarkan sebelum manuskrip diserahkan kepada juri.)
4. Hantar secara lampiran (attachment) ke infokavyan@yahoo.com.my tetapi jangan kirim e-mel kosong!
5. Setiap penyertaan yang diterima akan dimaklumkan menerusi e-mel. (Jika tiada balasan dalam masa 48 jam, maknanya e-mel tidak diterima.)

TARIKH TUTUP
30 April 2017 (Ahad), pukul 7:00 malam (waktu Malaysia)

KEPUTUSAN
1. Akan diumum selewat-lewatnya pada 13 Mei 2017. Pemenang juga akan dihubungi menerusi e-mel atau telefon. [LIHAT KEPUTUSAN]
2. Keputusan juri dan penganjur adalah muktamad.
3. Sajak yang menang akan didokumentasi di blog Kavyan.

PERTANYAAN
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my sebelum 30 April 2017.