Pengenalan
Kavyan dengan kerjasama Pusat Kebudayaan India (NSCBICC) pernah mengendalikan bengkel lakonan pentas pada Februari 2016, persembahan lakonan pentas pada Mac 2016, serta satu lagi bengkel lakonan pentas pada Jun 2016. Peserta kanak-kanak, remaja, dan dewasa teruja dan seronok mengikuti sesi berkenaan. Maka, hasil perbincangan dengan Puan Ramya Hiriyannaiah (Pengarah NSCBICC) pada 1 April 2023, keputusan dicapai untuk mengendalikan siri bengkel lakonan bagi tujuan pementasan.
Megha Duta oleh Kalidasa
Puisi
Sanskrit ini merupakan karya malar yang terkenal dan diraikan di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, ia kurang dikenali dan dihayati di Malaysia. Buku Thirukkural dan Megha Duta (2018) membantu
khalayak Malaysia mengetahui kandungan puisi Megha Duta. Peserta pada 16 April 2023 menerima buku berkenaan sebagai hadiah. Versi ringkas cerita itu akan diolah dan diubah suai
menjadi skrip drama pentas dalam Bahasa Malaysia untuk dipersembahkan pada 31
Ogos 2023 sempena Hari Sanskrit Sedunia. [Kemas kini: Pada 31 Julai 2023, keputusan dibuat untuk mengadakan persembahan pada 20 Ogos 2023. Rujuk maklumat lanjut di bawah.]
Persembahan Drama Pentas Megha Duta
Seramai 30 kanak-kanak, remaja, dan sekumpulan ibu terlibat dalam persembahan drama pentas berasaskan puisi Sanskrit karya penyair agung, Kalidas @ Kalidasa.
Tarikh: 20 Ogos 2023 (Ahad)
Masa: 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan NSCBICC, Brickfields
Waze: Menara Sentral Vista
PENTING! Persembahan tertutup ini hanya bagi 20 penonton yang benar-benar berminat
dan mendaftar nama.
Rangka Atur Cara
10:30 pagi – Sarapan
11:15 pagi – Persembahan
11:45 pagi – Sesi perbincangan
12:15 tengah hari – Sesi fotografi
Sesiapa yang berminat hadir menyaksikan persembahan drama pentas amatur ini wajib mendaftar lebih awal. Sila kirim nama penuh ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Tarikh tutup: 15 Ogos 2023 (9:00 malam)
1 Julai 2023 (Sabtu), 3:00 pm – 5:00 pm |
Bengkel dan Latihan
Bengkel
lakonan pentas dikendalikan di Dewan NSCBICC, Tingkat 17, Sentral Vista,
Brickfields, Kuala Lumpur.
✅ 16 April 2023 (Ahad), 10:00 am – 12:00 pm [19 peserta]
✅ 21 Mei 2023 (Ahad), 10:30 am – 12:30 pm [24 peserta]
✅ 18 Jun 2023 (Ahad), 3:00 pm – 5:00 pm [22 peserta]
✅ 1 Julai 2023 (Sabtu), 3:00 pm – 5:00 pm [28 peserta]
✅ 16 Julai 2023 (Ahad), 12:00 pm – 2:00 pm [30 peserta]
✅ 20 Ogos 2023 (Ahad), 10:30 am – 12:30 pm [persembahan]
Selain
daripada tarikh-tarikh di atas, Kavyan juga mengendalikan sesi latihan secara
dalam talian (online) menerusi Google Meet dari semasa ke semasa. Misalnya, perbincangan di kediaman Ezhilarasi (Cheras) pada 23 April 2023.
16 April 2023 (Ahad), 10:00 am – 12:00 pm |
Peserta
Penyertaan bagi
bengkel lakonan pentas dibuka kepada warganegara Malaysia berumur minimum enam
(6) tahun yang mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia dan berminat mendalami
asas lakonan pentas serta mahu terlibat dalam menjayakan persembahan drama
pentas yang dirancang. Rata-rata peserta yang hadir pada 16 April 2023 merupakan murid/pelajar VK Ezhilarasi Velautham. Maka, beliau dilantik menjadi penyelaras program.
21 Mei 2023 (Ahad), 10:30 am – 12:30 pm |
Skop dan Bidang Penyertaan
Selain
daripada pelakon, diperlukan juga ramai
tenaga belakang tabir seperti
pengurus pentas, jurusolek, pereka pakaian, pereka alatan lakon (props), pengurus muzik, pengurus kesan
khas, pembantu skrip, jurulatih, pengarah seni, pegawai promosi, jurufoto, dan
sebagainya.
18 Jun 2023 (Ahad), 3:00 pm – 5:00 pm |
Jumlah Peserta
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Uthaya menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952.