Nama Acara
Baca Karya Penulis Malaysia
Tema
Raikan Kepelbagaian, Pupuk
Perpaduan
Penganjur Bersama
Pusat Kebudayaan India (ICC), Brickfields
Tarikh
20
Disember 2015 (Ahad)
Masa
9:00
pagi – 1:00 petang
Tempat
Pusat Kebudayaan India (ICC), Tingkat 17, Sentral Vista, Jalan Sultan Abdul Samad,
Brickfields, Kuala Lumpur – Terletak tidak jauh dari KL Sentral, NU Sentral,
Stesen Monorel Tun Sambanthan dan Kompleks MAB Brickfields.
Pengenalan
Pertemuan
melibatkan kelompok penulis kaum India di Malaysia yang menghasilkan karya
pelbagai bahasa berlangsung di Pusat Kebudayaan India (ICC) pada 1 November
2015 atas inisiatif Kumpulan Sasterawan Kavyan. Hasil
daripada Pertemuan Penulis Kaum India Malaysia, maka Kumpulan
Penulis Kaum India Malaysia dibentuk bagi merangka aktiviti susulan iaitu Baca Karya Penulis Malaysia. Acara ini
bertujuan mengumpulkan para penulis pelbagai kaum (warganegara Malaysia) yang
menghasilkan karya (fiksyen dan bukan fiksyen) pelbagai bahasa. Bahasa yang
dimaksudkan tidak hanya terhad kepada Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan
Mandarin. Sebaliknya, turut merangkumi mana-mana bahasa yang digunakan oleh
para penulis terbabit untuk berkarya. Syarat wajib adalah bahawa penulis
terbabit mestilah warganegara Malaysia. [Baca juga: Sastera Kaum dan Bahasa yang Terpisah]
Definisi
Istilah
“penulis Malaysia” yang digunakan dalam konteks program ini merujuk khusus
kepada warganegara Malaysia; tidak termasuk pemastautin tetap. Aspek agama, kaum,
keturunan, etnik, kepercayaan, ideologi politik, bahasa ibunda dan sebagainya
tidak diambil kira semasa mendefinisikan “penulis Malaysia” dalam konteks ini.
Karya termasuk fiksyen (puisi, cerpen, novel, cerita rakyat dan seumpamanya)
dan bukan fiksyen (memoir, esei, rencana, kritikan dan seumpamanya).
Objektif
1 Mengumpulkan
pembaca dan penulis Malaysia yang menghasilkan karya kreatif dan bukan kreatif
2 Mengumpulkan
pembaca dan penulis Malaysia yang menghasilkan karya dalam pelbagai bahasa
3 Memupuk
perpaduan dan mengeratkan silatulrahim dalam kalangan pembaca dan penulis pelbagai
kaum di Malaysia
4 Menyediakan
ruang bagi penulis Malaysia mempromosikan karya melalui sesi pembacaan karya di
pentas
5 Memperkenalkan
ICC dan aktivitinya kepada khalayak Malaysia
Sasaran Peserta
Sekitar 30 penulis Malaysia (warganegara) yang menghasilkan karya kreatif (fiksyen)
dan bukan kreatif (non-fiksyen) dalam mana-mana bahasa. Para pembaca yang
berminat untuk bertemu serta mendengar pembacaan teks oleh para penulis
Malaysia juga diundang ke acara ini. Penulis yang membacakan karya di pentas
wajib warganegara Malaysia. Pembaca atau peminat yang mendaftar sebagai
penonton terbuka kepada sesiapa, tanpa mengira kewarganegaraan.
Biodata Penulis
Setiap
penulis yang mengambil bahagian wajib
mengemukakan biodata ringkas (maksimum 50 perkataan) semasa mengisi borang pendaftaran. Sila tulis biodata
pada ruangan “BIODATA 50 PERKATAAN” di borang berkenaan. Biodata
wajib menggunakan Bahasa Malaysia. Biodata ini mungkin
dimuatkan di blog bagi tujuan promosi. Penonton tidak perlu mengemukakan biodata.
Pendaftaran
Para
penulis yang berminat menyertai acara ini wajib mengisi BORANG PENDAFTARAN sebelum 16 Disember 2015. Penulis yang tidak mengisi borang tidak dibenarkan naik ke pentas untuk
membaca petikan teks pada tarikh acara, serta tidak dibenarkan mempromosikan/menjual buku mereka pada acara ini.
Hanya pembaca (penonton) yang mengisi borang pendaftaran sebelum 19 Disember 2015 boleh menyertai
cabutan bertuah semasa acara ini.
Meja
akan disediakan di tempat acara untuk memudahkan para penulis (peserta berdaftar sahaja!) mempamerkan
dan menjual buku masing-masing. Harap maklum bahawa penulis bertanggungjawab
sepenuhnya menguruskan jualan. Penganjur tidak
menyediakan pembantu. Penulis yang berminat menjual buku digalakkan hadir
seawal 9:00 pagi.
Cabutan Bertuah
Cabutan
bertuah yang menawarkan hadiah buku akan dibuat sepanjang acara berlangsung.
Penulis dan pembaca yang sudah mengisi borang pendaftaran sahaja layak mengambil
bahagian dalam cabutan bertuah ini. Pada tarikh acara (20 Disember 2015),
peserta (penulis dan pembaca) perlu berada di tempat acara selewat-lewatnya
pukul 9:30 pagi untuk mengesahkan kehadiran serta menulis nama pada kertas
undi. Jumlah cabutan bertuah bergantung kepada jumlah sumbangan buku yang
berjaya dikumpul oleh penganjur.
Bahasa
Selaras
usaha memartabatkan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi,
acara akan dikendalikan oleh pengacara majlis menggunakan Bahasa Malaysia. Biodata
peserta juga akan dibacakan dalam Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, para
penulis dibenarkan menggunakan mana-mana bahasa semasa mempersembahkan
(membacakan) karya di pentas.
Teks Bacaan dan Masa 5-10 Minit
Hanya
penulis yang mengisi borang pendaftaran – berserta biodata
ringkas – sebelum 16 Disember 2015 layak membaca teks di pentas pada acara ini.
Karya
mestilah karya sendiri. Setiap penulis diperuntukkan masa 5-10 minit sahaja
di pentas. Masa 5-10 minit itu termasuk masa yang mahu dibazirkan oleh penulis untuk
mengatur peralatan di pentas serta menyampaikan ucapan yang membosankan. Para
penulis dinasihatkan TIDAK berucap atau mengulas karya atau
menceritakan pengalaman menulis atau mengucapkan terima kasih kepada sesiapa.
Biodata ringkas (yang disertakan semasa mengisi borang pendaftaran) akan
dibacakan oleh pengacara sebelum mengundang penulis ke pentas. Penulis bebas memilih mana-mana karya sendiri untuk disampaikan. Harap maklum
bahawa ada karya yang sesuai dipersembahkan (dibacakan) di pentas, dan ada
karya yang hanya sesuai dibaca seorang diri secara senyap. Penulis diharap
bijak memilih karya untuk dipersembahkan di pentas. Penulis bertanggungjawab
sepenuhnya jika karya yang dibaca menyentuh sensitiviti, melanggar undang-undang
dan sebagainya.
Atur Cara
Berikut adalah rangka
atur cara bagi melicinkan perjalanan acara. Para penulis dan pembaca (peserta)
diminta mematuhi Waktu Kavyan, iaitu masa sebagaimana dinyatakan dan bukannya sejam lewat!
9:00 pagi
Ketibaan dan pengesahan
kehadiran di meja pendaftaran
Sarapan (layan diri)
untuk peserta berdaftar
Meja jualan buku
(diuruskan para penulis sendiri)
Meja pendaftaran ditutup secara muktamad pada 9:40 pagi
Meja pendaftaran ditutup secara muktamad pada 9:40 pagi
Ucapan alu-aluan oleh pengacara
majlis
Ucapan perasmian oleh Pengarah Pusat Kebudayaan India (ICC)
Ucapan sambutan oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said
Ucapan sambutan oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said
Persembahan tarian/muzik
oleh ICC (10 minit)
10:15 pagi
Acara Baca Karya Penulis Malaysia bermula
Urutan membaca adalah
mengikut undian
Permintaan untuk menukar
giliran tidak dilayan!
Setiap peserta hanya
diperuntukkan 5-10 minit
Cabutan bertuah akan
dikendalikan semasa acara
12:30 tengah hari
Makan tengah hari (untuk
peserta berdaftar sahaja)
Pengacara: Nizha Periaswamy dan Salma Dhineswary
Penutup
Kerjasama daripada persatuan
penulis, penggiat sastera, pencinta bahasa, wartawan, media, individu, penulis,
peminat buku, penerbit, pengedar buku, kedai buku, masyarakat, pengamal media
sosial, institusi pendidikan dan sebagainya pasti membantu menjayakan acara
ini. Sekiranya mendapat sambutan hangat daripada pihak terbabit, Baca Karya Penulis Malaysia boleh dijadikan
acara dwitahunan atau tahunan.
[Disediakan
oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan bagi pihak Kumpulan Penulis Kaum India Malaysia pada 1 November 2015]