Aktiviti
Bengkel Deklamasi
Kavyan
Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Tarikh
28
November 2015 (Sabtu)
Masa
9:30
pagi – 3:30 petang
Tempat
Rumah Kavyan, Taman Sri Muda, Shah Alam
[Waze – Jalan Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri
Muda, Shah Alam]
Sebarang panggilan
telefon atau kiriman SMS pada 27-28 November 2015 untuk bertanya panduan jalan tidak akan dilayan! [RUJUK PETA]
Pengenalan
Kavyan
menganjurkan Bengkel Penulisan Puisi pada 15 Ogos 2015 bagi
memberikan pendedahan mengenai penulisan puisi tradisional (khususnya pantun)
dan puisi moden (sajak). Susulan daripada aktiviti berkenaan, Bengkel Deklamasi Kavyan dicadangkan bagi
membuka ruang dan peluang kepada peminat puisi pelbagai kaum mempelajari teknik
mendeklamasi puisi. Peserta akan dibimbing cara-cara menyampaikan, membacakan
serta mendeklamasikan puisi tradisional dan puisi moden bagi acara di pentas.
Objektif
1 Mencungkil bakat baru deklamasi puisi dalam
kalangan belia, remaja dan pelajar pelbagai kaum
2 Memberi pendedahan awal mengenai teknik deklamasi puisi
(sajak dan pantun) kepada peserta yang masih baharu dalam bidang ini
3 Mempersiapkan peserta bagi menyampaikan puisi secara
berkesan di pentas pada acara anjuran Kavyan dan pihak luar
4 Memupuk minat dan kecintaan terhadap puisi Bahasa Malaysia dalam kalangan belia
dan remaja pelbagai kaum
Peserta
Maksimum
12 peserta pelbagai kaum berumur minimum 15 tahun yang berminat mempelajari teknik mendeklamasi atau
menyampaikan puisi secara berkesan di pentas. Individu yang belum ada
pengalaman mendeklamasi puisi juga boleh menjadi peserta. Kanak-kanak tidak dibenarkan menyertai bengkel ini. Individu
yang tidak mampu menyertai bengkel sepenuhnya (100%) diingatkan supaya tidak
mendaftar!
Bahasa Pengantar
Bengkel
dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Individu yang tidak
tahu bercakap Bahasa Malaysia diberi amaran awal supaya tidak menyertai
mana-mana aktiviti anjuran Kavyan.
Yuran Penyertaan
Bagi
memastikan hanya individu yang benar-benar berminat dan komited menyertai
bengkel ini, peserta dikenakan bayaran (“pengeras”) seperti berikut:
a - Bukan Ahli Berdaftar
Kavyan: RM10.00
seorang
b - Ahli Berdaftar Kavyan
tetapi belum membayar yuran tahunan bagi 2015: RM10.00 seorang
c - Ahli Berdaftar Kavyan
dan sudah membayar yuran tahunan bagi 2015: RM5.00 seorang
Bayaran
ini perlu dibuat sebelum mengisi borang penyertaan. Borang yang diisi tanpa
membuat bayaran pendaftaran tidak dilayan
sama sekali. Bayaran tidak dikembalikan jika peserta tidak hadir atau
menarik diri. Maklumat keahlian Kavyan – RUJUK DI SINI.
Cara Pembayaran
Bayaran
perlu dibuat menerusi salah satu cara berikut:
A
-
Deposit ke akaun Kavyan – CIMB – 8600 5655 47
B
-
Deposit ke akaun Uthaya – Maybank – 11221 40 42 611
C - Bayaran tunai – kepada Shahrulnizam (penyelaras) SAHAJA
Permohonan
penyertaan tidak dilayan jika bayaran belum dibuat. Sila isi borang hanya selepas bayaran dibuat.
Pendaftaran Peserta
Individu yang berminat menyertai bengkel ini perlu
melakukan pendaftaran awal menggunakan Borang Pendaftaran Dalam Talian.
Pendaftaran adalah mengikut konsep “yang dahulu didahulukan” kerana jumlah
peserta adalah terhad. [BORANG PENDAFTARAN]
Etika
di Rumah Kavyan
Semua peserta wajib
berpakaian sopan. Rumah Kavyan adalah tempat larangan merokok. Para peserta
diingatkan supaya menumpukan sepenuh perhatian sepanjang bengkel berlangsung.
Pengunjung dilarang meletakkan kenderaan di sepanjang Jalan Hikmat Dua 25/82B, Taman Sri Muda kerana akan mengganggu
jiran-tetangga. Pengunjung dilarang naik ke tingkat atas rumah teres. Segala
kemudahan tersedia di tingkat bawah. Tidak ada orang gaji di Rumah Kavyan.
Maka, para pengunjung perlu mencuci sendiri pinggan-mangkuk serta menjaga
kebersihan pada setiap masa. Sila patuhi segala syarat, peraturan, amaran dan
arahan di Rumah Kavyan. [MAKLUMAT LANJUT]
Telefon Bimbit dan Telefon Pintar
Peserta
boleh membawa telefon bimbit, telefon pintar dan peralatan canggih lain. Foto
boleh dirakam untuk kenangan dan untuk dimuatkan di media sosial. Bagaimanapun,
peserta diberi amaran awal supaya memastikan segala peralatan itu tidak
digunakan semasa bengkel berlangsung sehingga
mengganggu perjalanan bengkel. Jika peserta tidak dapat hidup tanpa telefon
bimbit, SMS, Facebook, WhatsApp, Twitter dan sebagainya, sila jangan menyertai sebarang aktiviti Kavyan. Peserta yang melanggar syarat ini
akan dihalau keluar tanpa belas kasihan! [Maklumat lanjut – Kekasihku, Telefon Pintar]
Alat Tulis dan Buku Nota
Peserta
wajib membawa buku nota dan alat tulis. Bahan-bahan berkenaan tidak disediakan. Individu yang
berminat menimba ilmu pasti akan mengambil inisiatif membawa buku nota dan alat
tulis apabila menyertai sebarang bengkel anjuran Kavyan.
Teks Puisi
Teks
pantun (puisi tradisional) disediakan oleh pembimbing. Para peserta diminta
mencetak dan membawa sekurang-kurangnya 5 sajak (puisi moden) yang diminati
untuk dijadikan teks bacaan. Sajak yang dipilih boleh jadi karya sendiri atau
karya pemuisi lain. Sajak Bahasa Tamil/Inggeris/Mandarin dibenarkan hanya jika
terjemahan Bahasa Malaysia turut disediakan. Sajak yang dipilih perlulah sesuai
untuk persembahan di pentas.
Pembimbing
Uthaya Sankar SB
mempunyai
pengalaman luas mengendalikan bengkel penulisan kreatif di seluruh negara sejak
1993. Graduan Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Media (BA Hons) ini antara lain pernah bertugas
sebagai Penyunting Berita Bahasa Malaysia di RTM (TV1), Penyunting Kandungan
Berita di Bernama Radio24 dan Penolong
Editor akhbar Sinar Harian serta
penyelia Unit Bencana RTM, sebelum menjadi penulis sepenuh masa mulai 2011. Beliau terlibat dalam bidang deklamasi
puisi sejak sekolah rendah; serta sering diundang membuat persembahan di
pentas.
Penyelarasan
Persiapan,
penyelarasan dan perjalanan bengkel diuruskan dan dikendalikan sepenuhnya oleh
Jawatankuasa Kavyan yang berpengalaman menjayakan aktiviti Kavyan sejak 1999.
Penyelaras bagi bengkel ini ialah Shahrulnizam Abd Hamid (Shahrul Rock).
Rangka
Atur Cara
Berikut
rangka atur cara bagi Bengkel Deklamasi
Kavyan:
9:30 pagi
Ketibaan peserta dan pengesahan pendaftaran
Sarapan tidak disediakan
10:00 pagi [Waktu Kavyan]
Sesi Pertama: Berkenalan dengan Puisi
Tradisional
Teknik Penyampaian Pantun Secara Berkesan
11:30 pagi
Sesi Kedua: Berkenalan dengan Puisi
Moden (Sajak)
Persiapan Awal Sebelum Naik ke Pentas
12:30 tengah hari
Makan tengah hari, solat, rehat
[Peserta wajib memaklumkan semasa mengisi borang pendaftaran jika ada sebarang
pantang atau syarat dalam pemakanan]
1:30 petang
Sesi Ketiga: Memukau Khalayak
Menerusi Sajak
Latihan Deklamasi Sajak
3:00 petang
Penyampaian sijil penyertaan
Sesi fotografi berkumpulan
Minum petang tidak disediakan
Bersurai
Maklumat Lanjut
Orang ramai boleh menghubungi infokavyan@yahoo.com.my jika ada
sebarang pertanyaan atau jika mahu mendapatkan maklumat lanjut. Harap maklum bahawa pertanyaan menerusi
SMS tidak dilayan sama sekali.
[Disediakan
oleh Jawatankuasa Kavyan pada 19 Oktober 2015]