24 Dec 2015

Persembahan Lakonan Kavyan

Aktiviti
Bengkel Lakonan Kavyan
Persembahan Lakonan Kavyan
Bengkel Lakonan Pentas - KLIK DI SINI 
(Program Memartabatkan Bahasa Malaysia)

Penganjur Bersama
Pusat Kebudayaan India (ICC), Brickfields
Tarikh
28 Februari 2016 (Ahad) - Bengkel Lakonan Kavyan
27 Mac 2016 (Ahad) - Persembahan Lakonan Kavyan

Masa
9:00 pagi – 2:00 petang

Tempat
Pusat Kebudayaan India (ICC), Tingkat 17, Sentral Vista, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur – Terletak tidak jauh dari KL Sentral, NU Sentral, Stesen Monorel Tun Sambanthan dan Kompleks MAB Brickfields. (Rujuk peta)

Klik peta untuk besarkan

Pengenalan
Kavyan yang diasaskan pada tahun 1999 mengendalikan aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya di seluruh negara, antara lain, bagi menanam kecintaan terhadap Bahasa Malaysia, memupuk minat membaca, dan menggalakkan penulisan kreatif dan non-kreatif dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Kempen “Memartabatkan Bahasa Malaysia” dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha murni menggalakkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid-murid dan pelajar di dalam dan di luar waktu pembelajaran mata pelajaran teras berkenaan.

Kavyan menerusi Baca Cerpen Kavyan (2003) memulakan kempen menggalakkan orang ramai membaca teks cerpen di pentas untuk tontonan umum. Teks cerpen, novel dan cerita rakyat dipersembahankan dengan penuh gaya. Bengkel juga diadakan dari semasa ke semasa untuk membimbing orang ramai mempersembahkan baca cerpen dengan penuh gaya.

Kini, bengkel lakonan pentas dikendalikan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa mengembangkan bakat dan kreativiti dalam bidang lakonan pentas. Bengkel Lakonan Kavyan dirangka secara ringkas tetapi menyeluruh bagi memastikan para peserta pelbagai umur dapat sama-sama berhibur sambil mengembangkan bakat lakonan.

Objektif
1. Membimbing orang ramai mengenali asas lakonan pentas.
2. Menimbulkan minat dan kecintaan masyarakat terhadap Bahasa Malaysia.
3. Menggalakkan orang ramai menonjolkan bakat dalam lakonan pentas.
4. Membuka ruang kepada orang ramai mengolah skrip mudah, membuat persiapan dan membuat persembahan drama pentas.
5. Mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan kanak-kanak dan remaja pelbagai kaum.

Bahasa
Bengkel akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Penggunaan Bahasa Inggeris hanya jika ada peserta bukan warganegara Malaysia. Persembahan pada 27 Mac 2016 dijangka menggabungkan pelbagai bahasa.

Peserta
Penyertaan terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum (kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa) berumur minimum 7 tahun. Peserta wajib mampu berkomunikasi (membaca, menulis, bercakap) menggunakan Bahasa Malaysia. Ibu bapa digalakkan menyertai bengkel ini bersama anak-anak. (Pengecualian Bahasa Malaysia hanya jika bukan warganegara Malaysia.) Persembahan pada 27 Mac 2016 dijangka menggabungkan pelbagai bahasa.

Pakaian Peserta/Pelakon
Para peserta dinasihatkan supaya memakai pakaian yang sopan dan selesa. Semasa bengkel, peserta mungkin perlu duduk bersila di lantai. Peserta juga perlu menjalani latihan berlakon, serta berlakon di pentas. Sila pilih pakaian yang sesuai dan selesa.

Barangan Keperluan Pelakon
Para peserta diminta membawa alat tulis; serta digalakkan membawa pensel warna dan peralatan lain yang difikirkan sesuai untuk membuat topeng.

Persembahan Lakonan Kavyan (Untuk 27 Mac 2016)
Berikut rangka atur cara:


9:00 pagi – 9:30 pagi
Pendaftaran (pengesahan kehadiran)
Peserta baru boleh turut serta.
Sarapan TIDAK disediakan.

9:30 pagi – 11:30 pagi
Ucapan Pengarah ICC, Encik YL Rao
Latihan berkumpulan.
Persiapan terakhir setiap kumpulan.
Ketibaan penonton (orang ramai)
Ketibaan Pesuruhjaya Tinggi India

11:30 pagi – 12:30 tengah hari
Persembahan Lakonan Kavyan
(Setiap kumpulan diberikan masa 15 minit - termasuk untuk menyiapkan pentas)

12:30 tengah hari – 1:00 petang
Ucapan Pesuruhjaya Tinggi India, Encik TS Tirumurti
Penyampaian hadiah
Sesi fotografi berkumpulan

1:00 petang – 1:30 petang
Makan tengah hari

Penutup dan Harapan
Bengkel Lakonan Kavyan di bawah Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dijangka menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha mencapai objektif yang disenaraikan. Usaha ini juga bagi memastikan generasi muda pelbagai kaum mencintai serta menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Bakat lakonan yang dikesan dalam kalangan peserta kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa akan diberikan bimbingan berterusan untuk membuat persembahan di tempat-tempat terpilih. Sebagai susulan kepada bengkel ini, Persembahan Lakonan Kavyan akan berlangsung pada 27 Mac 2016 (Ahad). Orang ramai dijemput hadir untuk turut berlakon, atau sebagai penonton. [Seterusnya - Bengkel Lakonan Pentas]

Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 24 Disember 2015