Acara
Tarikh
30
Januari 2016 (Sabtu)
[Pendaftaran peserta ditutup pada 28 Januari 2016, jam 9:00 malam]
[Pendaftaran peserta ditutup pada 28 Januari 2016, jam 9:00 malam]
Masa
Tempat
27
Jalan Hikmat Dua 25/82B
Taman Sri Muda, Shah Alam
Taman Sri Muda, Shah Alam
Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Kumpulan
esei Malaiur Manikam (2015) terbitan
DuBook Press memuatkan 25 esei (makalah) tulisan Uthaya Sankar SB. [RUJUK KANDUNGAN DI SINI] Sebaik terbit, terdapat
pihak yang menyelar buku berkenaan kerana kononnya berciri anti-Melayu dan
memutarbelitkan sejarah Melayu.
Malah, sekumpulan orang yang berkongsi pandangan di laman The Patriots mendesak supaya buku ini diharamkan oleh Kementerian
Dalam Negeri (KDN) dan Uthaya Sankar SB diambil tindakan undang-undang – MAKLUMAT DI SINI. Umum mengetahui Uthaya Sankar SB penulis yang berani bersuara mewakili kelompok
minoriti terpinggir dan tertindas dalam masyarakat. Kesemua makalah di dalam
buku ini pula secara terang-terangan meneliti pelbagai isu yang mungkin
dianggap menyentuh sensitiviti kaum/agama dan mengganggu keamanan/keharmonian
masyarakat. Memandangkan buku ini sudah berada dalam pasaran sejak 21 November 2015, tentu ramai yang
sudah berpeluang membaca kandungan Malaiur
Manikam sepenuhnya serta bersedia untuk berbahas, berdialog dan memperkatakan
kandungan buku ini dalam suatu majlis ilmu yang dianjurkan khusus bagi tujuan perbahasan. Isu mengenai Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pula menjadi hangat selepas beberapa kekurangan didedahkan oleh Uthaya Sankar SB menerusi sebuah makalah pada 12 Januari 2016 - BACA DI SINI. Isu SJKT akan turut dibahaskan pada majlis ilmu ini.
Definisi
Konsep
“bahas” dalam konteks majlis ilmu ini merujuk kepada aktiviti mengupas,
membincangkan, bertukar-tukar fikiran, berkongsi pandangan, berhujah, menyokong
atau membantah, berdebat, berdialog, mengkritik dan seumpamanya yang dijalankan
dalam suasana terkawal, harmoni dan ilmiah. Serangan peribadi dan perbuatan
menghina mana-mana individu tidak dibenarkan. Setiap peserta (yang mengisi borang penyertaan sahaja) berhak mengemukakan
pandangan secara bebas dalam Perbahasan
Malaiur Manikam. Pandangan yang dikemukakan para peserta mungkin dipetik
untuk dimuatkan dalam laporan, berita atau makalah susulan.
Peserta
Penyertaan
Perbahasan Malaiur Manikam terbuka kepada
sesiapa sahaja yang berminat untuk terlibat dalam sesi perbahasan, dialog dan
perbincangan berkaitan esei-esei yang termuat dalam buku Malaiur Manikam. Peserta pelbagai kaum, pelbagai latar belakang dan
pelbagai profesion diundang menyertai majlis ilmu ini. Orang ramai yang sudah
membaca Malaiur Manikam dialu-alukan
menyertai acara ini. Orang ramai yang belum berpeluang membaca buku ini juga diundang
mendaftar sebagai peserta. Setiap individu yang berminat diwajibkan mengisi borang penyertaan selewat-lewatnya pada 28 Januari 2016, jam 9:00 malam. Tiada bayaran dikenakan tetapi majlis ilmu ini
adalah acara tertutup untuk para peserta berdaftar sahaja. Hanya peserta
berdaftar boleh terlibat dalam cabutan bertuah (maklumat di bawah).
Wartawan
dan wakil media konvensional dan alternatif diundang hadir membuat liputan Perbahasan Malaiur Manikam. Wakil media
digalakkan mengisi borang penyertaan untuk tujuan rekod dan
cabutan bertuah. Setiap wartawan dan wakil media yang hadir membuat liputan
majlis ilmu ini akan menerima cenderamata buku Malaiur Manikam; dengan syarat tiba dan
mendaftar di Rumah Kavyan sebelum jam 3:30 petang pada
30 Januari 2016. Tiada
bayaran dikenakan.
Bahasa
Majlis
ilmu ini dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Penggunaan Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin
dibenarkan mengikut keperluan. Sesiapa yang berpura-pura tidak tahu
berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia diingatkan supaya tidak menghadiri Perbahasan Malaiur Manikam.
Para
hadirin (peserta, wartawan dan wakil media) diingatkan supaya memakai pakaian
yang sopan dan sesuai dengan majlis ilmu yang diadakan di Rumah Kavyan.
Cabutan
Bertuah
Hanya
para peserta, wartawan dan wakil media yang mengisi borang penyertaan selewat-lewatnya pada 28 Januari 2016, jam 9:00 malam, serta tiba
dan mendaftar di Rumah Kavyan sebelum jam 3:30 petang pada 30 Januari 2016 layak mengambil
bahagian dalam cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berupa bahan bacaan.
Atur
Cara
Berikut
rangka perjalanan majlis Perbahasan
Malaiur Manikam:
3:00 petang
Minum petang (layan diri)
Pendaftaran ditutup (untuk cabutan bertuah)
Ucapan wakil DuBook Press Sdn Bhd
Ucapan wakil Kavyan @ moderator (Shahrulnizam Abd Hamid)
Sesi Perbahasan Malaiur
Manikam
(Cabutan bertuah dibuat semasa sesi perbahasan)
5:30 petang
Fotografi berkumpulan
Sesi penulis/penerbit bersama wartawan dan wakil media
Bersurai
Maklumat
Lanjut
Sekiranya
orang ramai memerlukan maklumat lanjut, atau jika ada sebarang pertanyaan, sila
hubungi infokavyan@yahoo.com.my selewat-lewatnya pada 29 Januari 2016, jam 5:00 petang.
Sebarang panggilan telefon, mesej, SMS, pesanan WhatsApp dan sebagainya pada 30 Januari 2016 tidak akan dilayan.