Pengenalan
Pertubuhan
Sasterawan Kaum India (Kavyan) yang terdiri daripada
sekumpulan penulis kaum India dan menghasilkan karya Bahasa Malaysia tetap pendapat
bahawa karya sastera bahasa Tamil oleh penulis
tempatan, khususnya cerpen, wajar diterjemah kepada Bahasa Malaysia. Langkah ini supaya
kandungan dan keunikan karya penulis Tamil tempatan boleh dinikmati dan dihayati
seluruh rakyat Malaysia. Perihal pentingnya terjemahan karya Tamil sering
diperkatakan wakil Kavyan, misalnya dalam Kavya Sastra (2021), Suvarna Bhumi (2022), dan Dewi
Pertiwi (2024), serta dalam sesi pertemuan Kavyan dengan
penulis Tamil tempatan, misalnya pertemuan dengan Persatuan Penulis-penulis Tamil Malaysia
(Utusan Malaysia, 11 Oktober 2025) dan
Pertemuan
Penulis Pelbagai Kaum (25 Oktober 2025). Rujuk juga
rencana “Penulis Tamil dan Usaha Terjemahan” (Utusan
Malaysia, 2 Oktober 2021) dan “Terjemahan Masih Penting” (Utusan Malaysia, 31 Disember 2022).
Antologi Cerpen Terjemahan
Penulis Tamil
Terdapat
ramai penulis Tamil di Malaysia yang sudah menghasilkan karya (cerpen) bermutu
sejak puluhan tahun dahulu. Walaupun menggunakan bahasa Tamil, cerpen-cerpen
ini tetap merupakan karya kreatif yang menggambarkan realiti hidup di Malaysia,
khususnya gambaran masyarakat kaum India di negara ini. Cerpen mereka
wajar diterjemah kepada Bahasa Malaysia supaya dapat dinikmati khalayak
pelbagai kaum. Usaha ini juga sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan para
penulis Tamil tempatan. Antologi Seruling di Persimpangan (1999) berjaya
diusahakan dengan kerjasama M. Balachandran, manakala M. Mahendran menterjemah kumpulan cerpen penulis Tamil veteran, M. Ramaiah, dan terbit
dengan judul Mimpi dan Impian (2013).
Projek antologi ini merupakan kesinambungan kepada usaha seperti itu.
Sepuluh Penulis, Sepuluh Cerpen,
Dua Bahasa
Pengerusi
Kavyan, M. Mahendran dan Setiausaha Kavyan, Uthaya Sankar SB akan memilih sepuluh penulis Tamil untuk
projek antologi cerpen terjemahan ini. Sebuah cerpen terbaik daripada setiap penulis
dipilih untuk projek terjemahan ini. Kavyan akan mendapatkan izin (kebenaran) bertulis
daripada penulis terbabit. Kesemua sepuluh cerpen akan diterbitkan dalam sebuah
buku dwibahasa, iaitu gabungan karya asal (bahasa Tamil) dan terjemahan (Bahasa
Malaysia). Penulis Tamil yang berminat boleh menghubungi M. Mahendran menerusi WhatsApp 016-9612085 untuk maklumat lanjut. Harap maklum bahawa hanya 10
penulis Tamil boleh terlibat dalam projek ini.
Garis Masa Projek
Berikut cadangan garis masa (timeline) bagi memastikan projek antologi cerpen dwibahasa ini dapat dilaksanakan secara profesional.
|
Tarikh |
Perkara |
|
November 2025 |
Kenal pasti 10 penulis Tamil tempatan yang
berminat untuk terlibat dalam projek ini. Menyediakan manuskrip 10 cerpen dalam format MicrosoftWord (.doc). Menetapkan penterjemah dan penyunting. Memulakan promosi menerusi blog, media
sosial, dan media konvensional. Mencari penaja dan penyumbang bagi menampung
kos penerbitan buku dengan bantuan G.
Surendran. |
|
Disember 2025 |
Menyerahkan manuskrip 10 cerpen Tamil kepada
Kavyan. Menyediakan foto dan biodata 10 penulis untuk
promosi. Melakukan terjemahan. Membuat promosi 10 penulis di blog dan media
sosial. Meneruskan kerja-kerja mencari penaja dan
penyumbang bagi menampung kos penerbitan buku dengan bantuan G. Surendran. |
|
Januari 2026 |
Mengatur acara atau sesi wawancara melibatkan
10 penulis Tamil untuk promosi dan dokumentasi (YouTube). Penyuntingan manuskrip terjemahan 10 cerpen. Menguruskan “Pengantar” (Preface) buku. Menguruskan “Prakata” (Foreword) buku. |
|
Februari 2026 |
Menguruskan reka letak (layout) reka kulit buku. Menguruskan ISBN dengan Perpustakaan Negara
Malaysia (PNM) Membaca pruf buku. |
|
Mac 2026 |
Mencetak buku. Menyerahkan 5 naskhah kepada PNM (wajib). Mempromosi buku secara lebih giat. Mempromosi majlis pelancaran buku. Majlis pelancaran buku. |
|
April 2025 |
Meneruskan jualan dan pengedaran buku ke
seluruh negara. |
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Penulis
Tamil yang berminat boleh menghubungi M.
Mahendran menerusi WhatsApp 016-9612085 atau Uthaya
Sankar SB menerusi WhatsApp 011-11411952 untuk maklumat lanjut.

No comments:
Post a Comment