10 Dec 2025

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kavyan (Disember 2025)


Tarikh          : 9 Disember 2025 (Selasa)

Masa            : 9.00 malam

Pelantar       : Google Meet


1. Ucapan Pengerusi – Mahendran mengalu-alukan para AJK.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat AJK (6 September 2025) – Uthaya membentangkan minit mesyuarat. Anuradha dan Malini mengesahkan minit mesyuarat itu.

3. Permohonan keahlian baharu – Uthaya memaklumkan bahawa tidak ada permohonan baharu.

4. Pembentangan Penyata Kewangan (1 September 2025 – 30 November 2025) – Malini membentangkan penyata kewangan. Disahkan oleh Uthaya dan Anuradha.

5. Laporan Aktiviti (1 September 2025 – 8 Disember 2025).

5.01 Aktiviti: Bicara Nayagi dan Pameran Solo Sai Vijay

Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)

Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields, Kuala Lumpur

Pengisian: Acara membaca petikan cerpen “Nayagi” dalam pelbagai bahasa, pelancaran pameran lukisan berdasarkan cerpen “Nayagi”, serta sesi perkongsian berkaitan cerpen itu. Maklumat terperinci [di sini].

5.02 Aktiviti: Sesi Permukiman Penulis

Tarikh: 4-5 Oktober 2025 (Sabtu-Ahad)

Tempat: Taman Gemilang, Bentong, Pahang

Pengisian:  Setiap orang menghasilkan dua buah karya dalam masa dua hari.

5.03 Aktiviti: Portal Sastera Kavyan

Tarikh: Oktober-November 2025

Tempat: ekavyan.blogspot.com

Pengisian: Portal ini kembali aktif pada Oktober 2025. Boleh diakses [di sini].

5.04 Aktiviti: Menyiarkan Karya Pelajar di Media Sosial

Tarikh: Oktober 2025

Tempat: Taman Gemilang, Bentong, Pahang

Pengisian: Mengenal pasti pelajar berpotensi untuk menulis karangan. Menunjuk ajar cara-cara menulis sebuah karangan yang sesuai dengan umur mereka.

5.05 Aktiviti: Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu Keempat

Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)

Tempat: Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur

Penganjur: Pejabat Urus Setia Perdana Menteri Ke-9

Pengisian: Perbincangan berkaitan Bahasa Indonesia serta Bahasa Melayu (Malaysia, Brunei, Thailand, Korea Selatan, Kemboja). Peluang untuk mempromosi Kavyan dan Sasterawan Kavyan sebagai pejuang dan pencinta bahasa.

5.06 Aktiviti: Pertemuan Penulis Pelbagai Kaum – Sesi 1

Tarikh: 25 Oktober 2025 (Sabtu)

Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields, Kuala Lumpur

Pengisian: Peserta (penulis) memperkenalkan diri, membaca petikan karya, dan membincangkan aktiviti yang boleh dijalankan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan penulis pelbagai kaum dan pelbagai bahasa. Maklumat lanjut [di sini].

5.07 Aktiviti: Sesi Perbincangan Cerpen (Sesi Bina Insan)

Tarikh: 21 November 2025 (Jumaat)

Tempat: SMJK Khai Mun, Chammang, Bentong, Pahang

Pengisian:  Membaca cerpen. Soal jawab diselang-selikan semasa pembacaan.

5.08 Aktiviti: Pertemuan Penulis Pelbagai Kaum – Sesi 2

Tarikh: 29 November 2025 (Sabtu)

Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields, Kuala Lumpur

Pengisian: Setiap penulis memperkenalkan diri dan bercakap tentang penglibatan dalam bidang penulisan. Kemudian, membacakan petikan karya masing-masing dan berkongsi pengalaman menghasilkan karya itu. Maklumat lanjut [di sini].

5.09 Aktiviti: Seminar Kesusasteraan Melayu dan Falsafah

Tarikh: 30 November 2025 (Ahad)

Tempat: Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Selangor

Sempena: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF)

Pengisian: Seminar ini menampilkan pembentangan 10 topik oleh 10 individu. Topik yang dibentangkan oleh Uthaya ialah “Falsafah dan Budaya India dalam Sastera Kebangsaan: Pengalaman Sasterawan Kavyan”.

5.10 Aktiviti: Sesi Permukiman Penulis

Tarikh: 6 dan 7 Disember 2025 (Sabtu dan Ahad)

Tempat:  Taman Gemilang, Bentong, Pahang

Pengisian:  Setiap orang menghasilkan dua buah karya dalam masa dua hari.

5.11 Aktiviti: Sesi Pertemuan Penulis

Tarikh: 7 Disember 2015 (Ahad)

Tempat: Taman Anggerik, Bentong, Pahang

Pengisian:  Berbincang mengenai dunia penulisan Bahasa Malaysia dan Tamil. Berkongsi pengalaman serta berbincang mengenai proses penulisan masing-masing serta rancangan projek akan datang.

6. Hal-hal Lain

6.01. Uthaya sedang menyunting sebuah kumpulan cerpen oleh penulis lain dan akan diterbitkan di bawah Kavyan. Kavyan juga telah membantu dua individu mendaftar sebagai penerbit swaterbit. Ini antara usaha berterusan Kavyan membantu penulis yang berminat menerbitkan karya dalam mana-mana bahasa.

6.02. Mahendran sedang dalam proses menterjemah 12 cerpen bahasa Tamil oleh 12 penulis Tamil tempatan. Buku (antologi) ini akan diterbitkan oleh Kavyan pada 2026.

6.03. Uthaya memaklumkan bahawa program Temasya Bahasa di Taiping, Perak mungkin dapat diaktifkan semula pada 2026.

7. Penangguhan Mesyuarat – Mesyuarat AJK seterusnya akan diadakan pada Mac 2026 manakala Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada April 2026. Mahendran menangguhkan mesyuarat pada 10:00 malam.

(Nota: Apa yang dipaparkan di sini adalah sedutan minit mesyuarat. Minit mesyuarat yang lengkap ada dalam simpanan Kavyan.)