1. Pengenalan
1.1. Antologi karya penulis Malaysia
yang berjaya diterbitkan oleh Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)
ialah Vanakam (2002), Busana Bahasa (2019), Landasan
Hidup (2020), Peluru
Aksara (2020), Lakaran
Diri (2022), dan Seruling
Malam (2024).
1.2. Bagi antologi Lakaran Diri, para penulis menerima honorarium. Bagi projek antologi cerpen baharu ini
juga, penulis akan menerima honorarium mengikut kadar standard antarabangsa.
2. Cerpen Penulis Malaysia
2.1. Antologi yang dicadangkan ini
bakal memuatkan cerpen (cerita pendek) yang dihasilkan oleh penulis pelbagai kaum di Malaysia –
termasuk cerpen Tamil, Mandarin (Cina), dan Inggeris yang diterjemah kepada Bahasa Malaysia.
2.2. Penulis lama dan baharu diberi
peluang sama rata.
2.3. Cerpen yang sudah tersiar
(kecuali dalam bentuk buku/antologi) dan belum tersiar juga diberi peluang sama
rata.
2.4. Penulis mana-mana kaum (asalkan warganegara Malaysia) dan
penulis mana-mana bahasa (asalkan
karya diterjemah kepada Bahasa Malaysia) turut diberi peluang sama rata.
2.5. Para penulis akan dibayar
honorarium apabila buku (antologi) terbit.
3. Kategori Cerpen Yang Diterima
3.1. Karya (cerpen, cerita pendek,
cereka, fiksyen) mestilah karya asli tanpa ada sebarang unsur yang menjadikan
karya itu tidak asli.
3.2. Cerpen bahasa Tamil, Mandarin, Inggeris,
dan sebagainya yang sudah diterjemah kepada Bahasa Malaysia.
3.3. Tema adalah bebas tetapi tidak
menyentuh isu-isu sensitif dan hal-hal yang melanggar Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan 1984 (Akta 301).
3.4. Panjang manuskrip cerpen ialah
antara 1,600 dan 2,000 perkataan.
3.5. Manuskrip cerpen hanya akan
disunting secara minimum.
3.6. Penulis bertanggungjawab
melakukan semakan dan pembetulan tatabahasa, tanda baca, ejaan, dan sebagainya
sebelum manuskrip dikirim kepada penyelanggara.
4. Cerpen Yang Sudah Tersiar
4.1. Cerpen Bahasa Malaysia yang
sudah tersiar di media cetak (seperti akhbar, majalah, jurnal) atau media
elektronik (portal dalam talian) boleh dikirim untuk antologi ini.
4.2. Jangan kirim versi yang sudah
disunting oleh editor (media cetak, media elektronik) kerana hak penerbitan versi
itu milik penerbit berkenaan.
4.3. Sila kirim versi asal kepada
penyelenggara antologi kerana hak cipta dan hak moral manuskrip versi asal itu milik
penulis – tidak perlu meminta izin media cetak atau media elektronik berkenaan.
4.4. Walau bagaimanapun, wajib
menyebut nama media cetak atau media elektronik terbabit, serta tarikh siaran
pada hujung cerpen sebagai tanda penghargaan.
4.5. Penulis bertanggungjawab
melakukan semakan dan pembetulan tatabahasa, tanda baca, ejaan, dan sebagainya
sebelum manuskrip dikirim kepada penyelanggara.
4.6. Panjang manuskrip cerpen ialah
antara 1,600 dan 2,000 perkataan.
5. Cerpen Yang Belum Tersiar
5.1. Cerpen Bahasa Malaysia yang
tidak pernah disiarkan di mana-mana juga boleh dikirim untuk antologi ini.
5.2. Penulis digalakkan menyerahkan
manuskrip cerpen kepada minimum tiga orang rakan untuk disemak dan dibetulkan
sebelum manuskrip itu dikirim kepada penyelenggara.
5.3. Penulis bertanggungjawab
melakukan semakan dan pembetulan tatabahasa, tanda baca, ejaan, dan sebagainya
sebelum manuskrip dikirim kepada penyelanggara.
5.4. Panjang manuskrip cerpen ialah
antara 1,600 dan 2,000 perkataan.
6. Cerpen Dalam Buku atau Antologi
6.1. Cerpen Bahasa Malaysia yang
sudah terbit dalam bentuk buku atau antologi – bercetak atau elektronik – tidak
boleh dikirim untuk antologi ini.
7. Cerpen Terjemahan
7.1. Cerpen dalam bahasa Inggeris,
Tamil, Mandarin, dan sebagainya oleh penulis Malaysia boleh diterjemah kepada Bahasa Malaysia untuk
dikirim bagi projek antologi ini.
7.2. Cerpen asal itu mestilah sudah
pernah tersiar di media cetak (seperti akhbar, majalah, jurnal) atau media
elektronik (portal dalam talian).
7.3. Pada hujung cerpen, wajib dinyatakan
nama media cetak atau media elektronik terbabit, serta tarikh siaran sebagai
tanda penghargaan.
7.4. Cerpen boleh diterjemah sendiri
oleh penulis asal atau menggunakan khidmat penterjemah.
7.5. Nama penterjemah wajib
dinyatakan pada manuskrip cerpen.
7.6. Kos terjemahan ditanggung sepenuhnya
oleh penulis itu sendiri.
7.7. Jika penterjemah yang berminat
dengan projek antologi ini, sila berbincang dengan penulis asal karya berkenaan.
Karya terjemahan tidak boleh dikemukakan tanpa pengetahuan dan izin penulis
asal.
7.8. Penulis asal bertanggungjawab
melakukan semakan dan pembetulan tatabahasa, tanda baca, ejaan, dan sebagainya
sebelum manuskrip dikirim kepada penyelanggara.
7.9. Panjang manuskrip cerpen ialah antara 1,600 dan 2,000 perkataan.
8. Jumlah Cerpen dan Penulis
8.1. Jumlah cerpen yang disasarkan
ialah 20 buah. Misalnya, 5 cerpen asli Bahasa Malaysia, serta masing-masing 5
cerpen bahasa Inggeris, Tamil, dan Mandarin yang diterjemah kepada Bahasa
Malaysia.
8.2. Jumlah penulis yang disasarkan ialah
20 orang. Misalnya, 5 penulis kaum India, 5 penulis kaum Cina, 5 penulis kaum
Melayu, serta 5 penulis Bukan Islam dari Sabah/Sarawak.
8.3. Sekiranya tidak mencapai sasaran
20 penulis, barulah penulis yang sudah terlibat diberi peluang mengemukakan
cerpen kedua untuk projek antologi ini.
9. Penyelenggara
9.1. Uthaya Sankar SB bertindak sebagai
penyelenggara.
10. Penerbit
10.1. Antologi ini akan diterbitkan
di bawah Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) selaras matlamat yang terkandung
dalam Perlembagaan
Pertubuhan.
11. Honorarium
11.1. Sebagaimana dilakukan dalam
projek antologi Lakaran Diri (2022),
setiap cerpen dibayar honorarium mengikut kadar standard antarabangsa.
11.2. Biasanya honorarium akan dibahagikan
antara penyelenggara dan para penulis. Tetapi bagi projek antologi ini, penyelenggara
tidak mengambil honorarium. Maknanya, keseluruhan honorarium dibahagikan kepada
para penulis mengikut jumlah cerpen.
11.3. Sebagai contoh, andaikan harga jualan antologi ini ialah RM20 dan sejumlah 500
naskhah dicetak.
11.4. Honorarium standard antarabangsa
ialah 10% iaitu RM20 x 500 naskhah x
10% = RM1,000.
11.5. Andaikan ada 20 cerpen dalam antologi ini. Maka, RM1,000 ÷ 20
cerpen = RM50 bagi sebuah cerpen.
11.6. Jika seorang penulis ada dua cerpen termuat dalam antologi ini,
maka honorarium diterima ialah RM50 x 2 cerpen = RM100.
11.7. Honorarium akan dibayar dalam
masa sebulan selepas buku terbit.
11.8. Honorarium akan dibayar kepada
penulis asal. Terpulang kepada penulis asal dan penterjemahmenguruskan pembahagian
yang sesuai.
11.9. Jika buku diulang cetak, para penulis
akan menerima honorarium pada kadar sama.
11.10. Para penulis tidak menerima naskhah percuma tetapi boleh membeli buku (antologi) pada harga diskaun, sebagaimana diterangkan di bawah.
12. Membeli Naskhah Pada Harga
Diskaun
12.1. Penulis yang cerpennya termuat
dalam antologi ini boleh membeli 10 atau 20 atau 30 atau 40 atau 50 naskhah pada
harga diskaun 50%.
12.2. Misalnya, jika harga pasaran ialah RM20, maka peserta antologi
boleh membeli 10 naskah pada harga RM20 x 50% x 10 buku = RM100.
12.3. Jika seorang penulis ada
sebuah cerpen sahaja dalam antologi ini, maka wajib membeli minimum 10
buku (pada harga diskaun 50%).
12.4. Jika seorang penulis ada dua buah
cerpen dalam antologi ini, maka wajib
membeli minimum 20 buku (pada harga diskaun 50%).
12.5. Bayaran bagi pembelian pada
harga diskaun ini perlu dibuat selewat-lewatnya pada 31 Disember 2025.
12.6. Hasil kutipan daripada bayaran
itu akan digunakan untuk menampung sebahagian kos cetak bagi sekitar 200
naskhah.
12.7. Baki kos cetak bagi sekitar
300 naskhah ditanggung oleh Uthaya.
12.8. Kos penghantaran buku kepada
para penulis juga ditanggung oleh Uthaya.
12.9. Apabila buku terbit, para
penulis boleh menjual antologi ini pada harga pasaran yang tercatat pada buku.
13. Tarikh Tutup Pendaftaran
13.1. Penulis yang berminat menyertai
projek antologi ini perlu mendaftar nama selewat-lewatnya pada 30 September
2025.
13.2. Pendaftaran ditutup lebih awal jika sudah ada 20
penulis.
13.3. Biodata boleh dikirim menerusi
e-mel atau WhatsApp.
13.4. Penulis yang berminat juga perlu mengirim biodata (100-150 perkataan) semasa mendaftar. Rujuk contoh [biodata di sini] sebagai panduan.
14. Tarikh Hantar Manuskrip
14.1. Manuskrip bersih perlu dikirim
kepada penyelenggara selewat-lewatnya pada 30 November 2025.
14.2. Manuskrip wajib dikirim
sebagai lampiran (attachement)
menerusi e-mel bagi tujuan dokumentasi dan rujukan.
14.3. Kiriman manuskrip menerusi WhatsApp tidak dibenarkan.
14.4. Manskrip yang tidak memenuhi
syarat atau ada terlalu banyak kesilapan ejaan dan tanda baca akan ditolak.
15. Tarikh Membuat Bayaran
15.1. Bagi pembelian buku pada harga
diskaun 50%, peserta perlu membuat bayaran selewat-lewatnya pada 31 Disember
2025.
15.2. Bayaran ini akan digunakan untuk
menampung sebahagian kos cetak.
16. Sasaran Tarikh Terbit
16.1. Antologi ini disasarkan terbit
selewat-lewatnya pada Mac 2026.
16.2. Bagaimanapun, semuanya
bergantung kepada sambutan daripada penulis, komitmen peserta, serta kualiti
manuskrip cerpen yang dikemukakan.
17. Pertanyaan
17.1. Jika ada sebarang pertanyaan,
sila baca semula semua maklumat di atas kerana jawapan bagi pertanyaan itu
sudah ada jawapannya di sana.
17.2. Jika masih ada pertanyaan, sila
baca semula segala maklumat di atas dengan lebih teliti sehingga jawapan yang
dicari berjaya ditemui.
18. Pendaftaran Peserta
18.1. Hubungi Uthaya menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 30 September 2025.