Pengenalan
Sesi Penulisan Intensif sudah dianjurkan sebanyak lima kali —
rujuk
di sini. Karya peserta mendapat tempat di majalah-majalah
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di portal dalam talian seperti Cukaria dan Eksentrika, selain termuat dalam antologi Busana
Bahasa (2019) dan Landasan
Hidup (2020). Peserta lepasan Sesi Penulisan Intensif
juga menyertai Minggu Penulis Remaja (MPR), dan Bengkel
Sayembara Penulisan Cerpen Menara (14-15 Mac 2020),
selain muncul dalam wawancara di radio dan televisyen.
Program
Sesi Penulisan Intensif VI
Tarikh
Mei 2020 (Jumaat–Sabtu) [Terkini — Rujuk Maklumat]
Masa
1 Mei 2020: 2.00 petang hingga 11.00 malam
2 Mei 2020: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
(Aktiviti selepas 7:00 malam pada 1 Mei 2020 hanya bagi peserta yang bermalam di tempat berbengkel)
(Aktiviti selepas 7:00 malam pada 1 Mei 2020 hanya bagi peserta yang bermalam di tempat berbengkel)
Tempat
Seksyen 20, Shah Alam, Selangor
Yuran
RM90 jika peserta mahu bermalam di tempat berbengkel
RM70 jika peserta tidak mahu bermalam di tempat berbengkel
(Yuran tidak
dikembalikan jika peserta menarik diri atau gagal untuk hadir)
Pengisian
Pada Sesi Penulisan Intensif VI, peserta akan dibimbing
secara khusus untuk menghasilkan cerpen yang sesuai dan layak dipertimbangkan
bagi Antologi Cerpen Kebangsaan 2021, serta
karya yang sesuai dan layak bagi Antologi Karya Penulis Baharu. Tahap
kualiti karya-karya DBP akan digunakan sebagai penanda aras bagi memastikan
peserta mampu menghasilkan karya Sastera Kebangsaan yang bermutu tinggi.
Bengkel penulisan ini menggabungkan ceramah/panduan daripada pembimbing,
latihan intensif menulis cerpen, sesi bedah karya berkumpulan, bimbingan secara
individu, dan penyuntingan karya. [Komen peserta lalu] [Pengalaman
peserta]
Peserta
Penyertaan terbuka kepada maksimum lapan (8) orang warganegara Malaysia berumur minimum 18 tahun dan
berminat menghasilkan cerpen Bahasa Malaysia. Individu yang baru
mula menulis atau individu yang sudah lama menulis boleh sama-sama menyertai
Sesi Penulisan Intensif untuk meningkatkan mutu karya. Peserta perlu menghadiri
sesi pada kedua-dua hari. Peserta boleh memilih sama ada mahu bermalam di
tempat berbengkel, atau berulang-alik.
Tarikh Tutup
Pendaftaran dibuka sehingga 29 Mac 2020 tetapi akan ditutup lebih awal jika sudah ada 8 peserta.
Tarikh Tutup
Pendaftaran dibuka sehingga 29 Mac 2020 tetapi akan ditutup lebih awal jika sudah ada 8 peserta.
Pembimbing
Sesi Penulisan Intensif dikendalikan oleh Uthaya Sankar SB yang berpengalaman membimbing
peserta bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994.
Kos Makan-minum dan
Pengangkutan/Perjalanan
Yuran yang dikutip adalah untuk menampung kos sewa tempat.
Peserta perlu menanggung sendiri segala kos makan-minum, pengangkutan,
perjalanan dan sebagainya.
Pengesahan Penyertaan
Individu yang berminat dan komited untuk menyertai Sesi
Penulisan Intensif VI perlu mengirim maklumat diri (nama
penuh, nombor telefon, dan alamat e-mel) menerusi WhatsApp 011–11411952 (Uthaya).
Pendaftaran ditutup sebaik lapan (8)
individu mengesahkan penyertaan dengan membayar yuran.