Program
Sesi Penulisan Intensif V Sasterawan Kavyan
Tarikh
9 – 10 November 2019 (Sabtu – Ahad)
[Dua hari, satu malam]
Masa
Bermula — 2:00 petang (Sabtu)
Berakhir — 6:00 petang (Ahad)
Tempat
Shah Alam, Selangor
Penganjur
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya
Pengenalan
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sentiasa berusaha membimbing
dan melahirkan penulis baharu pelbagai kaum, dengan tumpuan khusus kepada
golongan penulis kaum India. Istilah “Sasterawan Kavyan” yang digunakan sejak
tahun 2004 merujuk kepada penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Jumlah Sasterawan Kavyan tidak
ramai dan usaha drastik perlu diambil segera bagi melahirkan lebih ramai
penulis kelompok ini; termasuk penulis remaja. Individu bukan kaum India juga
boleh menjadi peserta kerana penyertaan terbuka kepada semua.
Rasional
Penganjuran Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan pada
15 – 16 Disember 2018 di Shah Alam dengan kerjasama Bahagian Pengembangan
Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membuktikan
kejayaan di mana para peserta menghasilkan manuskrip yang dibengkelkan,
dibedah, dibincang dan disunting sebelum terus dikirim kepada editor
majalah-majalah DBP; khususnya Dewan
Budaya, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Dewan
Masyarakat dan Dewan Sastera. Sesi Penulisan Intensif II Sasterawan Kavyan
berlangsung pada 23 – 24 Mac 2019 dengan dengan kerjasama Bahagian
Pembinaan Bakat dan Kepakaran DBP. Sepuluh peserta menghasilkan karya yang
dibengkelkan, dibedah, dibaiki, disunting dan terus dikirim kepada editor
majalah-majalah DBP untuk dipertimbangkan bagi siaran. Sesi
Penulisan Intensif III Sasterawan Kavyan pula
berlangsung pada 2 Jun 2019 di Ruang Aktiviti, Pusat Mencuci Kereta LS, Setia
Alam. Karya peserta sudah mula tersiar di majalah-majalah terbitan DBP,
akhbar-akhbar arus perdana, serta media dalam talian. Sesi
Penulisan Intensif IV Sasterawan Kavyan pada 10-11 Ogos
2019 di Shah Alam menyaksikan peserta dibimbing sehingga berjaya menghasilkan
sejumlah karya (sajak, cerpen, esei) yang terus dinilai, disunting, dibaiki dan
dikirim kepada editor majalah-majalah DBP, Cukaria
dan Eksentrika.
Objektif
● Memberi
pendedahan dan panduan lengkap mengenai format, syarat dan teknik penulisan
puisi, cerpen dan rencana bagi majalah-majalah DBP.
● Memberi
peluang Sasterawan Kavyan dan penulis remaja berbincang, mengadakan sesi
sumbang saran, perkongsian idea, bedah karya dan semakan manuskrip secara
berkumpulan mengikut konsep “rakan sebaya”.
● Memastikan
setiap peserta menghasilkan sekurang-kurangnya dua buah karya sebelum sesi
tamat.
● Menyalurkan
karya bermutu ke majalah, akhbar dan media dalam talian.
● Memperkaya
Sastera Kebangsaan menerusi karya Sasterawan Kavyan.
Keunikan
Para peserta pelbagai kaum (dewasa dan remaja) akan terlibat
bersama-sama dalam perbincangan, perkongsian pengalaman, sumbang saran (brainstorming), penulisan, bedah karya,
semakan manuskrip dan sebagainya menggunakan konsep “rakan sebaya”. Peserta
akan mendapat bimbingan berkumpulan dan bimbingan peribadi daripada pembimbing
berpengalaman.
Antologi Karya 2020
Karya-karya yang dihasilkan, dibengkelkan, dikomen, dan
disunting dalam Sesi Penulisan Intensif (Disember 2018 – November 2019) akan
dipertimbangkan untuk dimuatkan dalam antologi karya yang dirancang untuk
diterbitkan pada Mac 2020. [Maklumat di Sini]
[Lihat juga — Busana Bahasa]
[Baca — Komen Peserta Lalu]
[Baca — Pengalaman
Peserta]
Pembimbing
Uthaya Sankar SB berpengalaman menulis
untuk majalah-majalah DBP sejak 1992, mengendalikan bengkel penulisan di
seluruh negara sejak 1994, mengasaskan Kavyan pada 1999, dan menerbitkan buku
sejak 2002. Beliau juga merancang, melaksanakan serta membimbing peserta Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan (15 – 16
Disember 2018), Sesi Penulisan Intensif II Sasterawan Kavyan
(23 – 24 Mac 2019), Sesi Penulisan Intensif III Sasterawan Kavyan
(2 Jun 2019), dan Sesi Penulisan Intensif IV Sasterawan Kavyan
(10 – 11 Ogos 2019).
Peserta
Jumlah maksimum peserta (pelbagai kaum) bagi bengkel “dua
hari, satu malam” ini adalah sepuluh (10) orang sahaja, iaitu:
Sekitar lima (5) peserta adalah Sasterawan Kavyan yang sudah ada
pengalaman menulis dan sudah ada karya tersiar di akhbar/majalah.
Sekitar lima (5) peserta adalah golongan penulis baharu
yang belum ada karya tersiar di akhbar/majalah tetapi berminat menjadi
penulis.
Individu yang memohon menjadi peserta mestilah berminat untuk
menghasilkan karya secara prolifik
dan konsisten; khususnya untuk
disalurkan ke majalah-majalah terbitan DBP.
Individu yang berpura-pura
tidak tahu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia diharamkan
menyertai mana-mana program Kavyan.
Peserta tidak
dibenarkan menghadiri sebahagian sesi sahaja, atau memohon untuk mengirim
manuskrip karya di luar daripada waktu sesi berlangsung. Bagi peserta yang tiba
lewat atau pulang awal, manuskrip yang dihasilkannya tidak akan dibincangkan.
Skop Karya
Peserta akan menghasilkan karya seperti puisi (sajak,
pantun), cerpen, esei dan kritikan yang sesuai untuk siaran majalah-majalah
terbitan DBP. Peserta juga boleh mensasarkan karya untuk akhbar, majalah atau
media siaran lain; misalnya Berita Harian,
Utusan Malaysia, Eksentrika dan Cukaria. Hari Pertama — Penulisan Cerpen. Hari Kedua — Penulisan Rencana.
Bayaran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) dan bayaran ini tidak dikembalikan jika peserta menarik diri atau gagal hadir. Bayaran
tidak boleh dipindahkan kepada peserta lain. Peserta
yang tidak bermalam di inap desa (homestay)
tetap perlu membayar yuran penuh.
Maklumat Akaun Bank
Bayaran penyertaan perlu dimasukkan ke akaun bank AmBank — Mahendran Mathavarayan — 0570020040087.
Permintaan untuk membayar pada hari program tidak
akan dilayan.
Pengesahan Pendaftaran
Kirim maklumat diri (nama penuh dan alamat e-mel) serta
bukti bayaran (tarikh, masa, jumlah) ke WhatsApp
016-9612085 (M. Mahendran) selepas bayaran dibuat.
Pengangkutan dan Makan-minum
Kos makan-minum dan pengangkutan ditanggung sepenuhnya oleh
para peserta sendiri. Makan-minum tidak
disediakan. Minum petang (hari pertama dan kedua) disediakan.
Tarikh Tutup
Tarikh akhir untuk mengesahkan penyertaan dan membuat bayaran penyertaan adalah
pada 30 September 2019. HARAP MAKLUM BAHAWA PENDAFTARAN SUDAH DITUTUP. Bayaran tidak dikembalikan jika peserta menarik diri atau gagal
hadir.
Maklamat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011–11411952. Layari Blog Kavyan
dari semasa ke semasa untuk maklumat pelbagai program bahasa, sastera,
kebajikan, seni dan budaya.