27 Aug 2019

Pertemuan Santai Penulis Malaysia


Pengenalan
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sentiasa berusaha menjalin hubungan antara penulis pelbagai kaum, pelbagai bahasa, dan pelbagai latar belakang. Sebagaimana dinyatakan dalam Dewan Sastera (Jun 2017), sejak diasaskan pada tahun 1999, Kavyan menjadi jambatan bagi menghubungkan khalayak pembaca pelbagai kaum; mengeratkan silaturahim antara penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Tamil, dan Inggeris; serta hubungan antara penulis pelbagai kaum. Antara program yang dianjurkan adalah Pertemuan Penulis Kaum India Malaysia (1 November 2015), Baca Karya Penulis Malaysia (20 Disember 2015), Baca Karya Penulis Malaysia II (11 Jun 2017), dan Bicara Karya Penulis Malaysia (21 April 2018). Kesemua program Kavyan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia dan terbuka kepada khalayak pelbagai kaum. Pertemuan kali ini merupakan kesinambungan kepada siri pertemuan dan program yang diadakan selama ini.

Matlamat Pertemuan
● Mengeratkan silaturahim antara penulis pelbagai kaum, pelbagai bahasa, dan pelbagai latar belakang.
● Perkongsian mengenai perkembangan diri dalam bidang penulisan.
● Sesi membaca karya dan bercerita tentang proses kreatif.
● Membincangkan usaha bagi program susulan.

Tarikh
14 September 2019 (Sabtu)

Masa
9:00 pagi — 11:30 pagi

Tempat (Waze)
Tasik Taman Jaya, Jalan Timur, Petaling Jaya
(Bertentangan AmCorp Mall; berdekatan Stesen LRT Taman Jaya)

Peserta
● Penulis pelbagai kaum yang menghasilkan karya pelbagai bahasa
● Peminat karya sastera pelbagai bahasa

Pendaftaran
Sila sahkan kehadiran dengan menghantar maklumat diri (nama penuh) ke WhatsApp 011 – 114 119 52 (Uthaya Sankar SB).

Rangka Atur Cara
Peserta/hadirin diminta patuh pada jadual dan atur cara bagi memastikan program berjalan lancar.

9:00 pagi — Ketibaan dan sesi berkenal-kenalan secara tidak rasmi
9:30 pagi — Setiap peserta memperkenalkan diri, mempromosi buku, dan membaca petikan karya selama 5 minit (susunan mengikut urutan ketibaan)
10:30 pagi — Membincangkan program susulan, sambil berkongsi makanan
11:30 pagi — Lawatan ke kedai buku di AmCorp Mall (acara sampingan) dan bersurai

Penutup
Program ini diharap mencapai matlamat serta mendapat sokongan para penulis dan khalayak pembaca pelbagai kaum dan latar belakang.