Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama
Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping (Sangam) menjalankan Projek
Komuniti Kavyan di Dewan Sangam, Aulong Lama sejak Jun
2016 dalam usaha memperkasakan masyarakat akar umbi, khasnya kanak-kanak,
remaja, belia, dan wanita kaum India di kawasan berkenaan. Mulai Oktober 2019, Projek Pembangunan Kapasiti dijalankan
secara lebih terancang di Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong dengan kerjasama Persatuan
Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping. Skop
dan capaian dijangka lebih meluas, serta dijalankan dengan gabungan tenaga yang
lebih kukuh dan profesional. Peserta juga dipilih secara lebih teliti bagi
memastikan penyertaan adalah berterusan, sekurang-kurangnya bagi tempoh
setahun. Langkah ini bagi memudahkan kerja-kerja menilai keberkesanan projek.
Sesi pengenalan diatur bagi menjelaskan keseluruhan pengisian, objektif, serta
hal-hal berkaitan kepada para peserta dan petugas.
Program
Tenaga Kolektif Ke Arah Pembangunan Kapasiti
Tarikh
12 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa
9:00 pagi — 1:00 petang
Tempat
Kuil Sri Maha Sivalayam, Lorong 9, Aulong, 34000 Taiping
(Waze — Kovil Sri Maha Sivalayam Aulong)
Objektif
● Menjelaskan
tujuan dan pengisian projek
● Mengenal
pasti peserta yang benar-benar komited
● Sumbang
saran dan perancangan aktiviti
● Mengumpul
data dan maklumat peserta projek
● Mengumpul
data dan maklumat mengenai komuniti
Peserta
Para peserta mestilah bersedia untuk menyertai Projek Pembangunan Kapasiti secara
berkala dan penuh komited. Keutamaan bagi peserta yang tinggal di Aulong dan
Aulong Lama. Jumlah peserta bagi sesi pada Oktober 2019:
Kategori A — 20
orang kanak-kanak (7 – 13 tahun sahaja)
Kategori B — 20
orang remaja (14 – 19 tahun sahaja)
Kategori C — 20
orang belia (20 – 30 tahun, dan masih bujang)
Kategori D — 20
orang dewasa (lebih 30 tahun, atau sudah
berkahwin dan ada anak)
Peserta wajib tiba tepat pada masa [Waktu Kavyan] dan menyertai program
sepenuhnya. Individu yang gagal hadir sepenuhnya tidak akan dibenarkan
menyertai program susulan di bawah Projek
Pembangunan Kapasiti.
Penguasaan Bahasa
Program dikendalikan dalam Bahasa Malaysia, Tamil, dan
Inggeris. Pembentangan peserta dalam
Bahasa Malaysia, Tamil, atau Inggeris. Borang-borang perlu diisi sendiri oleh peserta menggunakan
Bahasa Malaysia atau Inggeris.
Pendaftaran Peserta
Harap maklum bahawa pendaftaran bagi setiap kategori akan
ditutup apabila sudah cukup 20 peserta. Sila hubungi Vanitha Murugan (016-5555453) atau Ramanathan (012-7116928) dan berikan maklumat berikut: 1 — Nama Penuh
dan 2 —
Kategori A/B/C/D.
Yuran Penyertaan
Peserta tidak dikenakan sebarang yuran. Bagaimanapun,
peserta yang mendaftar tetapi tidak hadir, maka tidak dibenarkan menyertai
program susulan di bawah Projek
Pembangunan Kapasiti.
PEMBIMBING
Program dikendalikan sepenuhnya oleh Uthaya Sankar SB yang merupakan pengasas Kumpulan
Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan jurulatih bertauliah Pembangunan Sumber Manusia
Berhad (HRDF).
Atur Cara
Jadual dan atur cara adalah seperti berikut. Setiap peserta
diminta mematuhi masa [Waktu Kavyan] supaya program dapat
dijalankan secara berkesan. Individu yang lewat tidak dibenarkan mengambil bahagian.
9:00 pagi —
Ketibaan peserta, pengesahan kehadiran, dan sarapan
9:30 pagi —
Ucapan perasmian (Surendran Govindasamy)
9:45 pagi —
“Tujuan dan Pengisian Projek”
10:30 pagi —
Mengumpul data dan maklumat peserta projek
11:30 pagi — Aktiviti
berkumpulan
12:30 tengah
hari — Pembentangan berkumpulan
1:00 petang — Makan
tengah hari dan bersurai
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Projek Pembangunan Kapasiti, sila hubungi Surendran Govindasamy (012-2873859), Vanitha Murugan (016-5555453), atau Ramanathan (012-7116928). Untuk maklumat berkaitan aktiviti Kavyan,
sila layari Blog Kavyan
atau hubungi Uthaya Sankar SB
(011-11411952).