Program
Semarak Bahasa & Sastera Kebangsaan
Anjuran Bersama
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Persatuan Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping
Tarikh
19 Mei 2019 (Ahad)
Masa
8:30 pagi – 2:30 petang
Tempat
Kuil Sri Maha Sivalayam
Lot 3796, 860-D, Lorong 9, Aulong
34000 Taiping, Perak
Panduan Waze
Kovil Sri Maha Sivalayam Aulong
Pengenalan
Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sering bekerjasama mengendalikan program bahasa dan sastera melibatkan komuniti India di beberapa tempat. Bagi tahun 2019, program “Temasya Bahasa” dicadangkan di sebuah kuil. Langkah ini bagi memberi kesedaran bahawa penguasaan, kecintaan dan penggunaan Bahasa Malaysia boleh dilakukan di mana-mana, termasuk di perkarangan rumah ibadat. Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong juga berminat untuk bekerjasama menjayakan program ini demi manfaat komuniti setempat.
Rasional
Kavyan yang diasaskan pada 22 Ogos 1999 menjalankan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya di seluruh negara dengan melibatkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum, etnik dan agama sebagai usaha mengangkat Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa ilmu, dan bahasa komunikasi. Kavyan juga sentiasa bekerjasama dengan DBP dan pelbagai pihak lain untuk memperkasakan komuniti akar umbi menerusi aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya. Temasya Bahasa: Semarak Bahasa & Sastera Kebangsaan dirancang khusus untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak, remaja, belia dan golongan dewasa kaum India beragama Hindu di Aulong, Aulong Lama dan kawasan sekitar Taiping, Perak mengenai keindahan Bahasa Malaysia. Aktiviti santai yang dirancang dan dilaksanakan pasti mencapai objektif seperti diimpikan.
Objektif
1. Mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap Bahasa Malaysia
2. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan Bangsa Malaysia menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan
3. Melahirkan generasi masa depan Bangsa Malaysia yang berbangga dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar ilmu dan pembina tamadun bangsa
4. Menyerlah fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan tamadun bangsa dan negara
5. Membuktikan bahasa program bahasa dan sastera boleh juga dijalankan di rumah ibadat seperti kuil
Jumlah Peserta
Penyertaan terbuka kepada 50 penduduk pelbagai kaum dan agama berumur minimum 7 tahun di Aulong, Aulong Lama dan kawasan sekitar Taiping, Perak. Peserta perlu boleh bercakap Bahasa Malaysia asas. Keutamaan diberi kepada peserta yang mahu mengambil bahagian dalam permainan bahasa, persembahan kebudayaan, dan sesi baca puisi/cerpen. Pendaftaran peserta diuruskan oleh Jawatankuasa Persatuan Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong dengan bantuan wakil Kavyan.
Sijil Penyertaan
Sijil penyertaan diberikan kepada 50 peserta yang mendaftar lebih awal serta mengikuti program ini sepenuhnya.
Yuran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran RM3 dan yuran penyertaan ini perlu diserah bersama-sama borang penyertaan kepada Jawatankuasa Pengurusan selewat-lewatnya pada 5 Mei 2019. Yuran tidak dikembalikan jika peserta menarik diri atau tidak hadir.
Jawatankuasa Pengurusan
Bagi memudahkan perancangan dan pelaksanaan program, Kavyan akan dibantu sejumlah belia dan pemimpin komuniti di Taiping.
Pengarah —
Pendaftaran —
Publisiti —
Teknikal —
Makanan —
Kebersihan —
Pengacara Majlis —
Penyambut Tetamu —
Pengisian Aktiviti
Berikut adalah rangka atur cara bagi program yang dicadangkan. Pengisian dan pengendalian aktiviti ini menerusi pendekatan didik-hibur merangkumkan secara holistik visi, misi, objektif, rasional strategi dan sasaran program.
8:30 pagi – 9:00 pagi
Pengesahan kehadiran peserta berdaftar; Sarapan
9:00 pagi – 10:30 pagi
Permainan Bahasa; Lukisan Kolem dan sebagainya
10:30 pagi – 11:30 pagi
Persembahan kebudayaan
11:30 pagi – 1:00 petang
Acara Baca Cerpen dan Puisi
1:00 petang – 2:00 petang
Ucapan Wakil DBP
Penyampaian sijil penyertaan
Penyampaian sijil penyertaan
Makan tengah hari
Sesi fotografi berkumpulan
Penutup dan Harapan
Temasya Bahasa di Kuil Sri Maha Sivalayam diyakini mampu menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha memupuk kecintaan terhadap Bahasa Malaysia dalam kalangan kanak-kanak, remaja, belia dan golongan dewasa di Aulong, Aulong Lama dan sekitarnya dengan cara yang menghiburkan dengan menjadikan rumah ibadat (kuil) sebagai lokasi program.
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my, WhatsApp 011-11411952 atau sila berhubung dengan Jawatankuasa Pengurusan di Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong.