Program
Penghayatan dan
Dokumentasi Budaya Chetti Melaka
Tarikh
Akan dimaklumkan
Tempat
Gajah Berang, Melaka [di sebuah inap desa]
Penganjur
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Pengenalan
Komuniti Chetti di Melaka
merupakan suatu kelompok masyarakat yang amat istimewa dan unik. Kumpulan
Sasterawan Kavyan (Kavyan) mengadakan kunjungan ke sana sejak tahun 2006 serta
mengusahakan dokumentasi menerusi penulisan rencana dan puisi. Antaranya adalah
rencana fokus di majalah Dewan Budaya
keluaran Mac 2007 dan Mac 2015. Beberapa rencana juga dimuatkan dalam buku Mandala Bicara (2016). [Rujuk — Blog
Kampung Chetti]
Komuniti Chetti Melaka beragama Hindu dan bahasa ibunda mereka adalah bahasa Melayu. Sayang sekali
kerana belum ada wakil komuniti yang tampil menulis esei, rencana dan puisi
mengenai keunikan budaya dan warisan mereka. Komuniti tempatan kelihatan lebih
banyak terlibat (atau dilibatkan) dalam persembahan tarian dan nyanyian untuk
tontonan awam.
Kita masih terpaksa bergantung kepada “orang luar”
(bukan Chetti Melaka) untuk melakukan kajian, penulisan dan dokumentasi. Selain
daripada usaha Kavyan, Samuel S. Dhoraisingam dari Singapura muncul dengan buku
sulung mengenai komuniti Chetti Melaka berjudul Peranakan Indians of Singapore and Melaka (2006). [Tonton Video — Dokumentari Suria TV]
Kavyan pernah berusaha menggalakkan serta membimbing
generasi muda Chetti Melaka supaya tampil memelihara, memulihara dan
mempromosikan keunikan budaya masyarakat Chetti Melaka menerusi aktiviti
penulisan, seni dan budaya. Malangnya, “Projek
Komuniti Kampung Chetti” yang dimulakan pada Disember 2016 tidak dapat diteruskan selepas
Pesta Ponggol pada Februari 2017 berikutan perubahan dalam kepimpinan
komuniti tempatan. [Baca juga — Huru-hara di Kampung Chetti]
Kini, Kavyan merancang mengendalikan sesi khas bagi
membimbing golongan penulis pelbagai kaum — termasuk belia komuniti Chetti — menghayati
keunikan budaya dan warisan komuniti Chetti Melaka, dan seterusnya menulis
rencana, puisi dan cerpen berkaitan seni, warisan dan budaya komuniti
berkenaan. Karya-karya ini akan disalurkan ke majalah-majalah terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP).
Rasional
Penganjuran Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan pada
15–16 Disember 2018 di Shah Alam membuktikan kejayaan di mana para peserta
menghasilkan manuskrip yang dibengkelkan, dibedah, dibincang dan disunting
sebelum terus dikirim kepada editor majalah-majalah DBP. Program khas ini pula
bertujuan membantu golongan penulis memahami keunikan seni, budaya dan warisan
komuniti Chetti Melaka, dan seterusnya mengungkapkan keunikan itu dalam bentuk
karya seperti puisi, cerpen dan rencana.
Objektif
● Mengangkat keunikan seni, budaya dan warisan
komuniti Chetti Melaka dalam karya.
● Memberi pendedahan dan panduan lengkap mengenai
format, syarat dan teknik penulisan puisi, cerpen dan rencana bagi
majalah-majalah DBP.
● Memberi peluang peserta berbincang, mengadakan sesi
sumbang saran, perkongsian idea, bedah karya dan semakan manuskrip secara
berkumpulan mengikut konsep “rakan sebaya”.
● Menyalurkan karya bermutu ke majalah-majalah DBP.
● Memperkaya Sastera Kebangsaan menerusi karya
berkaitan komuniti Chetti Melaka.
Keunikan
Para penulis yang menyertai
program ini akan terlibat bersama-sama dalam perbincangan, perkongsian
pengalaman, sumbang saran (brainstorming),
penulisan, bedah karya, semakan manuskrip dan sebagainya menggunakan konsep
“rakan sebaya” tanpa campur tangan pihak luar yang mungkin menyebabkan wujud
jurang komunikasi dan tiada keterbukaan. Belia Chetti Melaka pula boleh menjadi
sumber rujukan mengenai seni, budaya dan warisan komuniti mereka.
[Lihat juga — Bengkel Penulisan Sehari di Setia Alam]
Peserta
Sepuluh penulis pelbagai kaum
yang sudah ada pengalaman menulis dan berminat untuk menghasilkan karya berkaitan
seni, budaya dan warisan komuniti Chetti Melaka. Belia Chetti Melaka juga akan
menjadi peserta. Peserta perlu bermalam di inap desa yang menjadi tempat sesi
penulisan berlangsung. Promosi dan pendaftaran peserta diuruskan oleh Kavyan.
Pembimbing
Uthaya Sankar SB
berpengalaman menulis untuk majalah-majalah DBP sejak 1992, mengendalikan
bengkel penulisan di seluruh negara sejak 1994, mengasaskan Kavyan pada 1999,
dan menerbitkan buku sejak 2002. Beliau juga merancang, melaksanakan dan
membimbing peserta Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan
pada 15 – 16 Disember 2018.
Pengangkutan dan Makan-minum
Pengangkutan disediakan dari
Shah Alam, Selangor ke Gajah Berang, Melaka, di mana para peserta terbabit
berkongsi kos tol dan petrol. Kos makan-minum ditanggung sendiri oleh para
peserta.
Yuran Penyertaan
Peserta luar dikenakan
yuran penyertaan RM100 seorang manakala komuniti Chetti Melaka dikenakan yuran
penyertaan RM50 seorang. Yuran ini tidak
dikembalikan jika peserta menarik diri atau gagal hadir. Pengesahan penyertaan
dan yuran penyertaan wajib dilakukan selewat-lewatnya pada 20
Mac 2019.
Maklumat Akaun Bank
Yuran penyertaan perlu dimasukkan
ke akaun bank CIMB — Sasterawan Kavyan —
8600565547 pada Mac 2019 dan kemudian mengisi borang penyertaan di bawah.
Borang Penyertaan
Maklumat
dalam borang penyertaan ini — KLIK DI SINI — hanya diisi selepas
bayaran yuran penyertaan sudah dibuat. Sila pastikan borang penyertaan diisi selewat-lewatnya
pada 20 Mac 2019.
Tarikh Tutup
Tarikh akhir untuk
mengesahkan kehadiran dan membayar
yuran penyertaan adalah pada 20 Mac 2019. Penyertaan mungkin ditutup lebih
awal jika sudah ada jumlah peserta yang mencukupi. Konsep “yang dahulu
didahulukan” digunakan tanpa sebarang prejudis.
Maklamat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada sebarang pertanyaan,
hubungi infokavyan@yahoo.com.my
atau WhatsApp 011–11411952. Layari Blog Kavyan
untuk maklumat program semasa.