Program
Projek Komuniti Kampung Chetti
Pengenalan
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) menyertai Pesta Ponggol (Januari 2007), Kunjungan
Perpaduan Kavyan (15 Disember 2013), Solidariti
Kampung Chetti (29 Disember 2013), Sambutan
Ponggol (14 Januari 2014), dan Tinjauan
Kampung Chetti (16 November 2014). Sekitar 300 orang daripada sekitar 30
keluarga Chetti Melaka tinggal di sekitar 20 buah rumah di perkampungan warisan
ini yang terletak di Gajah Berang, Melaka. Hasil kunjungan pihak Kavyan, beberapa
makalah, berita dan kenyataan media ditulis, dan kini didokumentasikan di blog Solidariti
Kampung Chetti. Kavyan juga sentiasa berkomunikasi dengan
wakil penduduk Kampung Chetti untuk mengetahui perkembangan semasa. Dua esei
berkaitan keunikan budaya masyarakat Chetti Melaka dimuatkan dalam buku Mandala Bicara (2016). Malah, semasa Bicara
Budaya Kaum India (13 November 2016) di Pusat Kebudayaan
India, Brickfields, persembahan tarian Chetti Melaka diadakan. Hasil
perbincangan antara Uthaya Sankar SB dan beberapa wakil
golongan belia di Kampung Chetti, persetujuan dicapai untuk mengadakan pertemuan
susulan pada Disember 2016 bagi merancang dan melaksanakan siri aktiviti di
bawah Projek Komuniti Kampung Chetti.
Rasional
Kavyan berusaha menggalakkan serta membimbing generasi muda
Chetti Melaka supaya tampil memelihara, memulihara dan mempromosikan keunikan
budaya masyarakat Chetti Melaka menerusi aktiviti penulisan, seni dan budaya.
Rujuk makalah “Kehilangan di Kampung Chetti” untuk
sedikit maklumat. Kavyan yang berpengalaman mengendalikan bengkel penulisan di
seluruh negara sejak 1999 bercadang mengadakan pertemuan, berbincangan dan
merancang cara-cara mempromosikan kaum Chetti Melaka dan Kampung Chetti kepada
khalayak umum menerusi penulisan. Penulisan yang dimaksudkan termasuk (tetapi tidak terhad kepada) makalah,
berita, kenyataan media, wawancara, media sosial, blog, dan kewartawanan foto.
Aktiviti
Program Memperkasakan Belia Kampung Chetti
Tarikh
11 Disember 2016 (Ahad)
Masa
2:00 – 6:00 petang
Tempat
Bilik Bacaan Kampung Chetti Melaka
Peserta
Selain daripada wakil Kavyan dan wakil media (jika ada),
peserta Program Memperkasakan Belia
Kampung Chetti terdiri daripada golongan remaja dan belia (13-40 tahun)
Chetti Melaka yang tinggal di Kampung Chetti atau berasal dari kampung
berkenaan. Para peserta mestilah berminat untuk mendalami keunikan budaya
Chetti Melaka, serta mahu terlibat dalam usaha memelihara, memulihara dan
mempromosikan keunikan budaya masyarakat Chetti Melaka menerusi aktiviti
penulisan, seni dan budaya. Penyertaan dibuka kepada sekitar 15 individu
sahaja. Peserta wajib menyertai kesemua aktiviti yang dijalankan.
Pendaftaran Peserta
Belia dan remaja (13-40 tahun) yang berminat menyertai
program ini perlu mengesahkan penyertaan dengan menghubungi Sithambaram Pillay
(012-3629991) sebelum 4 Disember 2016.
Maklumat diri yang diperlukan adalah nama penuh, nombor telefon bimbit, dan nombor kad pengenalan. Penyertaan
dibuka kepada sekitar 15 individu sahaja.
Peralatan
Para peserta perlu membawa buku catatan, alat tulis dan
sebagainya. Alat tulis diperlukan untuk mencatat nota, dan semasa membuat
pembentangan berkumpulan. Peserta juga diminta membawa telefon bimbit yang ada
kemudahan merakam foto.
Berikut cadangan perjalanan aktiviti. Para peserta diminta
menepati masa.
11:00 pagi
Wakil Kavyan bertolak dari Shah
Alam, Selangor
1:00 petang
Makan tengah hari
2:00 petang [Waktu Kavyan]
Ucapan pengacara majlis
Ucapan wakil komuniti Chetti Melaka
Ucapan wakil Kumpulan Sasterawan
Kavyan (Kavyan)
Sesi memperkenalkan diri (3-5 minit
seorang) – wajib
3:00 petang
Aktiviti berkumpulan – wajib
Membincangkan keunikan Kampung
Chetti
Membincangkan keunikan budaya
Chetti Melaka
Membincangkan cara-cara
mempromosikan keunikan ini
Membincangkan peranan remaja dan
belia dalam usaha ini
Pembentangan berkumpulan
Komen wakil Kavyan
4:00 petang
Aktiviti berkumpulan – wajib
Lawatan ke rumah penduduk Kampung
Chetti
Memahami keunikan budaya Chetti
Melaka
Mewawancara penduduk/penghuni
Mencatatkan nota/maklumat
Merakam foto/dokumentasi
5:00 petang
Perkongsian pengalaman – wajib
Pembentangan berkumpulan
Perkongsian maklumat di media
sosial
Komen wakil Kavyan
6:00 petang
Bersurai
Penutup
Program Memperkasakan Belia Kampung Chetti diyakini mampu menarik
minat golongan remaja dan belia Chetti Melaka untuk terlibat dalam usaha memelihara,
memulihara dan mempromosikan keunikan budaya masyarakat Chetti Melaka menerusi
aktiviti penulisan, seni dan budaya. Aktiviti susulan juga akan dijalankan oleh
Kavyan menerusi Projek Komuniti Kampung
Chetti dengan melibatkan para penduduk kampung warisan berkenaan. Hubungi infokavyan@yahoo.com.my jika ada sebarang
pertanyaan.