Nama Program
Bengkel Penulisan Makalah Budaya
Penganjur
Kumpulan Sasterawan
Kavyan (Kavyan)
Pusat Kebudayaan India (NSCBICC)
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Pengenalan
Makalah merujuk kepada rencana, esei atau artikel yang ditulis dalam
bentuk karangan mengenai sesuatu topik. Kavyan sudah beberapa kali menganjurkan
bengkel khas bagi penulisan makalah budaya; misalnya dengan kerjasama Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 19 Mei 2012 –MAKLUMAT DI SINI. Bengkel juga diadakan di Rumah Kavyan pada 27 April 2014. Hasilnya, beberapa makalah yang dihasilkan
peserta bengkel berjaya diterbitkan dalam majalah Dewan Budaya terbitan
DBP, dan media dalam talian (online media).
Rasional
Malaysia yang terdiri daripada penduduk pelbagai kaum, etnik
dan agama kaya dengan pelbagai adat, seni dan
budaya yang wajar dijadikan bahan penulisan makalah. Bengkel ini bertujuan
membimbing peserta mengenai cara-cara mengumpulkan bahan, menyusun bahan, dan
menghasilkan makalah budaya yang bermutu. Makalah-makalah yang memenuhi syarat
akan disalurkan ke majalah Dewan Budaya dan media lain yang
sentiasa membuka ruang penyiaran makalah budaya.
Tarikh
4 Disember 2016 (Ahad)
Masa
10:00 pagi – 3:00 petang [Waktu Kavyan]
Tempat
Dewan Netaji Subhash Chandra
Bose, Pusat Kebudayaan India (ICC), Tingkat 17, Sentral
Vista, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur – Terletak
tidak jauh dari KL Sentral, NU Sentral, Stesen Monorel Tun Sambanthan dan Kompleks MAB Brickfields. (Rujuk peta)
Waze – Menara Sentral
Vista
Pembimbing
Peserta akan dibimbing oleh Uthaya Sankar SB yang
berpengalaman menulis sejak tahun 1992. Beliau adalah penulis sepenuh masa dan
presiden Kavyan. Esei-esei jurulatih bertauliah ini termuat dalam Malaiur Manikam dan Mandala
Bicara. [BIODATA PENUH]
Peserta
Bengkel ini terbuka kepada masyarakat pelbagai
kaum yang berumur minimum 15 tahun. Peserta berumur 14 tahun dan
ke bawah tidak diterima sama sekali.
Jumlah Peserta
Penyertaan hanya dibuka kepada 20
peserta yang mengisi borang penyertaan rasmi. Bagi mana-mana
peserta yang mendaftar tetapi gagal hadir, maka tidak dibenarkan menyertai
mana-mana bengkel anjuran Kavyan sepanjang tahun 2017.
Bahasa Pengantar
Bengkel dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Individu yang tidak tahu – atau tidak
mahu – bercakap Bahasa Malaysia diberi amaran awal supaya tidak menyertai
mana-mana aktiviti anjuran Kavyan.
Bayaran Penyertaan
Peserta tidak dikenakan sebarang bayaran. Bagaimanapun, bengkel
ini merupakan bengkel terakhir yang dianjurkan oleh Kavyan secara percuma.
Borang Penyertaan
Setiap individu yang memenuhi syarat dan berminat menyertai bengkel ini
wajib mengisi borang penyertaan
dalam talian. Peserta akan dihubungi menerusi e-mel
untuk pengesahan penyertaan. Pastikan alamat e-mel dan nombor telefon bimbit
yang diberikan pada borang adalah betul, benar dan tepat. Borang yang tidak
lengkap tidak dilayan. [BORANG DI SINI]
Tarikh Tutup
Penyertaan ditutup secara muktamad pada 28 November 2016 (Isnin), jam
9:00 malam (Waktu Kavyan). Sebarang penyertaan lewat – atas apa-apa alasan sekalipun – tidak
dilayan.
Telefon Bimbit dan Telefon Pintar
Peserta boleh membawa telefon bimbit, telefon pintar dan peralatan
canggih lain. Bagaimanapun, peserta diberi amaran awal supaya memastikan segala
peralatan itu tidak digunakan semasa bengkel sehingga mengganggu perjalanan
bengkel. Jika peserta tidak dapat hidup tanpa telefon bimbit, SMS, Facebook, WhatsApp, Twitter dan
sebagainya, sila jangan menyertai sebarang aktiviti Kavyan. [Maklumat lanjut
– Kekasihku, Telefon
Pintar]
Alat Tulis dan Buku Nota
Peserta wajib membawa buku nota dan alat tulis. Bahan-bahan berkenaan tidak disediakan. Individu yang
berminat menjadi penulis pasti akan mengambil inisiatif membawa buku nota dan
alat tulis apabila menyertai sebarang bengkel penulisan.
Cenderamata dan Sijil Penyertaan
Peserta berdaftar yang menyertai bengkel ini sepenuhnya, serta berjaya
menulis draf makalah semasa bengkel, layak menerima sijil penyertaan dan
senaskhah kumpulan esei. Manakala peserta yang mendaftar tetapi
gagal hadir, tidak dibenarkan menyertai mana-mana bengkel anjuran Kavyan
sepanjang tahun 2017.
Atur Cara
Berikut rangka atur cara. Para peserta diingatkan supaya tidak datang
lewat, atau mahu pulang awal. Penganjur berhak untuk tidak menerima peserta
yang tiba lewat (atas apa alasan sekalipun).
10:00 pagi
Pengesahan kehadiran peserta.
Sarapan tidak disediakan.
10:30 pagi [Waktu Kavyan]
Pengenalan
“Makalah dan ciri-ciri makalah yang baik”
“Apakah masalah yang anda hadapi untuk menulis makalah?”
11:30 pagi
Meneliti contoh makalah di akhbar/majalah/media alternatif
Peserta wajib membina rangka idea (peta minda)
Panduan mengumpul bahan untuk penulisan makalah
12:30 tengah hari
Makan tengah hari – Tajaan Pusat Kebudayaan India (ICC)
1:00 petang
Meneliti format makalah secara terperinci
Panduan mengirim manuskrip kepada penerbit
Etika penulisan, hak cipta dan peniruan
2:00 petang
Latihan menulis draf makalah budaya
Peserta wajib menulis draf (minimum 1 halaman)
3:00 petang
Penyampaian sijil penyertaan
Sesi fotografi
Bersurai
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau mesej peribadi (Facebook) sebelum 30
November 2016. Sebarang pertanyaan menerusi SMS tidak dilayan.
Penutup
Harapan Kavyan adalah agar bengkel ini mampu melahirkan lebih ramai
penulis pelbagai kaum dan etnik yang bakal menghasilkan makalah bermutu untuk
disalurkan ke majalah Dewan Budaya (DBP) dan media lain yang
sesuai.