21 Sept 2012

Bengkel Penulisan Makalah Budaya

Sejumlah 21 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum, umur dan latar belakang menyertai Bengkel Penulisan Makalah Budaya di Bilik Latihan, Menara DBP, Kuala Lumpur, pada 19 Mei 2012.
 
Bengkel sehari itu anjuran Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum DBP dengan kerjasama Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).
 
Para peserta dibimbing oleh Presiden Kavyan, Uthaya Sankar SB mengenai cara-cara mendapatkan idea, mencari bahan, membuat kerangka, dan menulis makalah budaya yang sesuai untuk terbitan majalah dan akhbar.
 
Pendekatan mudah yang digunakan pembimbing berdasarkan pengalaman sendiri serta penggunaan slaid membantu peserta memahami pelbagai ilmu dan petua yang dikongsi bersama.
 
Sesi soal jawab bersama Editor Kanan Bahagian Majalah, Mohd Shukri Mohd Ariff pula membuka peluang kepada peserta untuk mendapatkan pelbagai panduan berguna yang perlu diberi perhatian untuk muncul sebagai penulis makalah yang berjaya.
 
(Kughan Nadarajah, Dewan Budaya, Julai 2012)

No comments: