Acara: Baca Cerpen Sasterawan Kavyan
Tarikh: 31 Ogos 2020 (Isnin)
Masa: 4.00 – 6.00 petang
Pelantar: Google Meet
A. Pengenalan
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
mencatat nama dalam The Malaysia Book of
Records menerusi acara Baca Cerpen Kavyan
(29 Ogos – 2 September 2003).
Sejak itu, acara baca cerpen dan baca novel diadakan di
seluruh negara dalam usaha memupuk minat membaca karya sastera bermutu dalam
jiwa masyarakat pelbagai kaum dan pelbagai peringkat umur.
B. Rasional
Penularan virus Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) menyebabkan banyak acara tidak dapat diteruskan seperti dirancang.
Bagi menjadikan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2020
sedikit unik dan mengikut kelaziman baharu, acara Baca Cerpen Sasterawan Kavyan dirancang dan dikendalikan menerusi
pelantar Google Meet.
C. Peserta (Pembaca)
Peserta yang mahu turut membaca petikan cerpen dalam acara
ini mestilah warganegara Malaysia dan berumur minimum 15 tahun.
Peluang dibuka kepada 25
individu sahaja untuk membaca petikan cerpen Bahasa Malaysia
pada acara ini.
Peserta perlu mendaftar lebih awal mengikut prosedur yang
diterangkan di bawah.
D. Penonton
Terbuka kepada sesiapa sahaja yang faham Bahasa Malaysia
dan mahu mendengar bacaan petikan cerpen Bahasa Malaysia pada acara Baca Cerpen Sasterawan Kavyan menerusi Google Meet.
Sesiapa sahaja boleh menjadi penonton tetapi perlu mendaftar
lebih awal supaya boleh diberi pautan (link)
untuk mengikuti acara ini.
Penonton perlu mendaftar lebih awal mengikut prosedur yang
diterangkan di bawah.
E. Bayaran
Tidak ada sebarang bayaran dikenakan untuk menyertai acara
ini.
Walau bagaimanapun, jika ada peserta (pembaca/penonton) yang
mendaftar tetapi “menghilangkan diri tanpa alasan” pada tarikh acara, maka
mungkin tidak dibenarkan menyertai acara anjuran Kavyan pada masa depan.
F. Google Meet
Setiap peserta (pembaca dan penonton) wajib ada akses Google Meet.
Sepanjang acara Baca
Cerpen Sasterawan Kavyan berlangsung, para peserta (pembaca dan penonton)
perlu memastikan kamera beroperasi (switched
on).
Mikrofon pula boleh dimatikan (switched off), kecuali semasa membaca teks cerpen atau jika
bertanya soalan.
Pautan (link) bagi
Google Meet akan dikirim kepada para
peserta menerusi WhatsApp sekitar 15
minit sebelum acara bermula.
G. Komputer Riba dan Telefon Bimbit
Peserta digalakkan menggunakan komputer (PC) atau komputer
riba (laptop) kerana tempoh acara
adalah selama dua jam.
Jika menggunakan telefon bimbit atau telefon pintar, sila
pastikan ia diletak pada permukaan meja atau dipasang pada kaki (stand) dalam posisi tetap, tidak
bergerak-gerak, dan tidak bergoyang-goyang sehingga memeningkan orang lain.
H. Teks Cerpen
Mestilah cerpen (cerita pendek) yang dihasilkan oleh
Sasterawan Kavyan, iaitu penulis kaum India. [Rujuk di
sini: Senarai Sasterawan
Kavyan]
Cerpen mestilah karya Bahasa Malaysia.
Cerpen mestilah sudah pernah tersiar, sama ada di akhbar,
majalah, buku, atau portal dalam talian (online).
Peserta tidak boleh membaca petikan karya sendiri.
Karya selain daripada cerpen — misalnya novel, puisi, cerita
rakyat, biografi, rencana — tidak dibenarkan.
Peserta hanya perlu membaca petikan cerpen selama sekitar 3
minit semasa acara Baca Cerpen Sasterawan
Kavyan.
Peserta perlu memastikan penonton dan peserta lain tidak
mengantuk dan tertidur mendengar petikan cerpen yang dibaca.
Sebagai tanda menghormati penulis cerpen berkenaan,
janganlah membaca petikan cerpen daripada kertas yang difotokopi.
Pegang buku, majalah, atau keratan akhbar semasa membaca.
Untuk cerpen yang tersiar di portal dalam talian (online), elok dicetak dan bukannya
dibaca dari skrin komputer atau telefon pintar.
I. Cara Mendaftar
Individu yang mahu mendaftar sebagai pembaca untuk membaca petikan
cerpen perlu mengirim maklumat berikut ke WhatsApp
011–11411952 (Uthaya):
1. Nama Penuh: (untuk
sijil)
2. Nombor WhatsApp:
3. Judul Cerpen:
4. Nama Penulis:
5. Tempat
Tersiar: (nama akhbar, majalah, buku, portal)
6. Tarikh
Terbit: (tarikh lengkap bagi akhbar dan portal; hanya bulan dan tahun untuk
majalah; hanya tahun untuk buku)
Sekiranya cerpen yang dipilih sudah diambil oleh peserta
lain, maka peserta akan diminta memilih cerpen lain.
Sekiranya tiga buah cerpen oleh penulis yang sama sudah
dipilih, maka peserta akan diminta memilih cerpen oleh penulis lain.
Teks cerpen tidak disediakan.
Individu yang mahu mendaftar sebagai penonton sahaja perlu mengirim
maklumat berikut ke WhatsApp 011–11411952 (Uthaya):
1. Nama Penuh: (untuk sijil)
2. Nombor WhatsApp:
J. Tarikh Tutup
Pendaftaran pembaca teks cerpen ditutup sebaik sudah ada 25 peserta berdaftar yang sudah
mengirim maklumat yang diminta.
Pendaftaran penonton pula ditutup pada 26 Ogos 2020, pukul 6:00 petang.
K. Rangka Atur Cara
Urutan membaca petikan cerpen adalah berdasarkan undian.
Permintaan untuk diberi peluang membaca dahulu atau kemudian tidak akan dilayan.
Setiap peserta membaca petikan cerpen selama 3 minit sahaja; diikuti diskusi ringkas
(pembaca dan penonton) mengenai cerpen berkenaan (selama maksimum 2 minit).
Jadual adalah seperti berikut:
3:45 petang — Pautan Google Meet dikirim kepada para peserta
menerusi WhatsApp.
4:00 petang — Acara Baca Cerpen Sasterawan Kavyan bermula.
6:00 petang — Acara tamat.
Pemudah cara dan penjaga masa: Uthaya Sankar SB
L. Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan
Kesemua 25 peserta yang membaca petikan cerpen akan menerima Sijil Penghargaan.
Kesemua peserta berdaftar yang menjadi penonton akan menerima Sijil Penyertaan.
Sijil dalam format PDF akan dikirim menerusi WhatsApp selepas rekod kehadiran dan
penyertaan disemak.
Peserta (pembaca/penonton) yang tidak hadir sepenuhnya (4:00
– 6:00 petang) tidak layak menerima
sijil, walaupun jika peserta sudah membaca petikan cerpen.
M. Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan, sila baca semula maklumat di
atas kerana sudah ada jawapan bagi pertanyaan anda.
Pertanyaan
menerusi WhatsApp 011–11411952 (Uthaya) hanya dilayan
jika tidak ada jawapan di atas.