26 Dec 2018

Penghayatan Bahasa dan Sastera Kebangsaan


Program
Penghayatan Bahasa dan Sastera Kebangsaan

Tarikh
27 Januari 2019 (Ahad)

Masa
10:00 pagi – 5:00 petang

Tempat
Ruang Aktiviti (Tingkat Atas)
10 Jalan Setia Gemilang BM U13/BM
Setia Alam, Shah Alam, Selangor

Panduan Waze
Econsave Setia Taipan

Penganjur
Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)

Pengenalan
Usaha memupuk minat membaca, penguasaan Bahasa Malaysia, penghayatan karya sastera, serta perpaduan antara kaum merupakan langkah ke arah pembinaan Bangsa Malaysia seperti diimpikan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjalankan pelbagai aktiviti dan program yang menjurus ke arah itu. Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang diasaskan pada tahun 1999 mempunyai pengalaman mengendalikan program bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya di seluruh negara serta melibatkan khalayak pelbagai kaum dan latar belakang. Kavyan mendapati bahawa pendekatan “didik hibur” merupakan salah satu cara yang amat berkesan bagi memupuk minat membaca, penguasaan Bahasa Malaysia, penghayatan karya sastera, serta perpaduan antara kaum.

Objektif
● Memupuk minat membaca dalam kalangan peserta
● Meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan peserta
● Membuka ruang bagi penghayatan karya sastera bermutu
● Memupuk perpaduan dan kerjasama antara peserta pelbagai kaum



Pembimbing
Program akan dikendalikan oleh Uthaya Sankar SB yang mempunyai pengalaman terlibat dalam bidang penulisan dan aktiviti sastera sejak tahun 1991. Beliau merupakan jurulatih bertauliah HRDF dalam pengkhususan bahasa, sastera, kepimpinan, didik hibur dan penulisan. Uthaya akan dibantu beberapa wakil Kavyan yang berpengalaman dalam bidang ini.

Peserta
Sejumlah dua puluh (20) kanak-kanak, remaja dan belia pelbagai kaum dari pelbagai latar keluarga dan pendidikan. Pemilihan ini dilakukan bagi mencapai objektif di atas secara lebih berkesan. Jumlah peserta juga dihadkan atas sebab yang sama. Pendaftaran peserta diusahakan oleh Kavyan. [Pendaftaran sudah ditutup]


Jadual dan Pengisian Program
Rangka atur cara dan pengisian adalah seperti berikut:

10:00 pagi — Ketibaan peserta dan pengesahan kehadiran

10:30 pagi — Acara bermula - [KOLEKSI FOTO 1] - [KOLEKSI FOTO 2] - [KOLEKSI FOTO 3] - [TONTON VIDEO]

1:00 petang — Merarau (makan tengah hari)

2:00 petang — Acara bersambung - [KOLEKSI FOTO 4] - [KOLEKSI FOTO 5] - [KOLEKSI FOTO 6]

4:30 petang — Cicipan (minum petang)

Borang Penyertaan
Sila pastikan borang penyertaan diisi selewat-lewatnya pada 15 Januari 2019[Pendaftaran sudah ditutup]

Diskaun Mencuci Kereta
Peserta, ibu bapa dan penjaga boleh menikmati diskaun khas apabila menghantar kereta untuk dicuci di Pusat Mencuci Kereta LS pada tarikh program. Hubungi 016-3456150 (Harveen) untuk maklumat perkhidmatan.

Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan program Penghayatan Bahasa dan Sastera Kebangsaan, hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 selewat-lewatnya pada 15 Januari 2019.