Program
Bengkel Penulisan di Setia Alam
Tarikh
[Akan dimaklumkan]
Masa
9:00 pagi — 6:00 petang [Waktu Kavyan]
Tempat
Ruang Aktiviti (Tingkat Atas)
10 Jalan Setia Gemilang BM U13/BM
Setia Alam, Shah Alam, Selangor
Panduan Waze
Econsave Setia Taipan
Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Pengenalan
Penganjuran Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan pada 15 – 16 Disember 2018 membuktikan kejayaan di mana para peserta menghasilkan manuskrip yang dibengkelkan, dibedah, dibincang dan disunting sebelum terus dikirim kepada editor majalah-majalah DBP; khususnya Dewan Budaya, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera. Sesi Penulisan Intensif II pula dijadualkan pada 23 – 24 Februari 2019 bagi tujuan sama. Namun begitu, ada penulis dan bakal penulis yang sukar memberikan komitmen selama dua hari untuk menyertai sesi penulisan intensif. Maka, langkah diambil dengan mengatur sesi penulisan selama sehari supaya para peserta boleh memberi komitmen penuh selama sehari untuk menghasilkan karya secara terancang. [Baca komen peserta sesi terdahulu]
Objektif
● Memberi pendedahan dan panduan lengkap mengenai format, syarat dan teknik penulisan puisi, cerpen dan rencana bertema budaya bagi majalah-majalah DBP.
● Memberi peluang kepada penulis dan bakal penulis untuk berbincang, mengadakan sesi sumbang saran, perkongsian idea, bedah karya dan semakan manuskrip bertema budaya secara berkumpulan mengikut konsep “rakan sebaya”.
● Memastikan setiap peserta menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah karya bertema budaya pada akhir sesi.
● Menyalurkan karya bermutu bertema budaya ke majalah-majalah DBP.
● Memperkaya Sastera Kebangsaan menerusi karya bermutu bertema budaya.
Keunikan
Para penulis dan bakal penulis yang menyertai program ini akan terlibat bersama-sama dalam perbincangan, perkongsian pengalaman, sumbang saran (brainstorming), penulisan, bedah karya, semakan manuskrip dan sebagainya menggunakan konsep “rakan sebaya” di bawah bimbingan penulis mapan. Karya puisi, cerpen dan rencana yang dihasilkan adalah bertema budaya tradisional masyarakat pelbagai kaum, keturunan dan etbik di Malaysia.
Pembimbing
Uthaya Sankar SB berpengalaman menulis untuk majalah-majalah DBP sejak 1992, mengendalikan bengkel penulisan di seluruh negara sejak 1994, mengasaskan Kavyan pada 1999, dan menerbitkan buku sejak 2002. Beliau juga merancang, melaksanakan dan membimbing peserta Sesi Penulisan Intensif Sasterawan Kavyan pada 15 – 16 Disember 2018.
Peserta
Maksimum 10 penulis dan bakal penulis pelbagai kaum yang berminat untuk menghasilkan karya Bahasa Malaysia bertema budaya secara prolifik dan konsisten; khususnya untuk disalurkan ke majalah-majalah terbitan DBP. Peserta perlu ada komitmen dan bersedia menerima teguran dan kritikan membina. Peserta juga perlu memikirkan topik yang mahu ditulis berkaitan budaya dan perlu ada idea kasar tentang apa yang mahu ditulis, sama ada dalam bentuk puisi, cerpen, atau rencana.
Pengangkutan dan Makan-minum
Kos makan-minum ditanggung sendiri oleh para peserta. Peserta yang tidak ada kenderaan sendiri boleh menggunakan khidmat Grab dan MyCar. Pengangkutan boleh disediakan dari Stesen Komuter Shah Alam (Seksyen 19) ke Setia Alam jika peserta boleh tiba awal di Stesen Komuter.
Yuran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan RM50 dan yuran ini tidak dikembalikan jika peserta menarik diri atau gagal hadir. Yuran perlu dibayar pada Februari 2019 ke akaun bank CIMB — Sasterawan Kavyan — 8600565547. Kemudian, isi borang penyertaan di bawah.
Borang Penyertaan
[Sila tunggu pengesahan tarikh] Maklumat dalam borang penyertaan ini — KLIK DI SINI — hanya diisi selepas bayaran yuran penyertaan sudah dibuat. Sila pastikan borang penyertaan diisi selewat-lewatnya pada 28 Februari 2019.
Tarikh Tutup
[Sila tunggu pengesahan tarikh] Tarikh akhir untuk mengesahkan kehadiran dan membayar yuran penyertaan adalah pada 28 Februari 2019. Penyertaan mungkin ditutup lebih awal jika sudah ada jumlah peserta yang mencukupi. Konsep “yang dahulu didahulukan” digunakan tanpa sebarang prejudis.
Diskaun Mencuci Kereta
Peserta boleh menikmati diskaun khas apabila menghantar kereta/motosikal untuk dicuci di Pusat Mencuci Kereta LS pada tarikh program. Hubungi 016-3456150 (Harveen) untuk maklumat perkhidmatan.
Khidmat Menyunting Manuskrip
Tidak ada masa dan kesempatan untuk menyertai bengkel dan sesi penulisan intensif? Mungkin kerana tinggal jauh, kekangan masa, tanggungjawab keluarga atau hambatan kerja. Anda mahukan perkhidmatan menyunting manuskrip secara profesional? Sila [Klik di Sini] untuk maklumat berkaitan.
Khidmat Menyunting Manuskrip
Tidak ada masa dan kesempatan untuk menyertai bengkel dan sesi penulisan intensif? Mungkin kerana tinggal jauh, kekangan masa, tanggungjawab keluarga atau hambatan kerja. Anda mahukan perkhidmatan menyunting manuskrip secara profesional? Sila [Klik di Sini] untuk maklumat berkaitan.
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai bengkel penulisan ini, hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011–11411952. Layari Blog Kavyan untuk maklumat program semasa.