Sunday, 6 January 2019

Persembahan Lakonan Pentas

 

Nama Program
Persembahan Lakonan Pentas

Tarikh
6 Februari 2019 (Rabu)

Masa
2:00 — 4:30 petang [Waktu Kavyan]

Tempat
Dewan Sangam, Lorong K, Aulong Lama, Taiping, Perak

Waze – Lorong K, Taiping, Perak

Penganjur
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama, Taiping (Sangam)
Kelab Kesedaran Pendidikan, Pembangunan Kapasiti dan Integrasi Nasional Daerah Larut dan Matang, Perak (Kelab Kesedaran)

Pengenalan
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan Pusat Kebudayaan India (ICC) menganjurkan Bengkel Lakonan Kavyan (28 Februari 2016), Persembahan Lakonan Kavyan (27 Mac 2016) dan Bengkel Lakonan Pentas (26 Jun 2016) sebagai usaha memberikan pendedahan berkaitan aspek lakonan pentas kepada kanak-kanak, remaja, belia dan orang dewasa pelbagai kaum. Aspek lakonan pentas turut dimasukkan sebagai komponen utama Program Memartabatkan Bahasa Malaysia anjuran Kavyan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di SK Convent Aulong, Taiping (14-16 Mac 2016), SK Guru Kalgidhar, Ipoh (30-31 Mei 2016) dan SK Sri Langat, Banting (10-11 September 2016). Hasilnya amat memberangsangkan. Bengkel Lakonan Pentas juga pernah dijalankan di bawah Projek Komuniti Kavyan pada 21 Januari 2017. Program ini dianjurkan semula sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kesedaran; di mana jawatankuasa kelab terlibat sebagai peneraju Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama.

Rasional
Kavyan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat India Aulong Lama (Sangam) memulakan Projek Komuniti Kavyan bagi penduduk sekitar Aulong dan Aulong Lama, Taiping pada Jun 2016. Pelbagai program dilaksanakan secara bulanan dan mingguan — Rujuk Senarai di Sini — dalam usaha memperkasakan komuniti akar umbi, khususnya kaum India di Aulong Lama, Aulong dan kawasan sekitarnya. Program bulanan pembuka tirai tahun 2019 adalah Bengkel Lakonan Pentas yang dikendalikan untuk memberi ruang dan peluang kepada golongan kanak-kanak, remaja dan belia mengembangkan bakat dan kreativiti dalam bidang lakonan pentas. Bengkel ini dirangka secara ringkas tetapi menyeluruh bagi memastikan para peserta dapat sama-sama berhibur sambil mengembangkan asas lakonan.

Objektif
1. Membimbing peserta mengenali asas lakonan pentas
2. Menimbulkan minat dan kecintaan masyarakat terhadap seni persembahan
4. Membuka ruang kepada peserta membuat persembahan drama pentas
5. Mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan peserta
3. Menerapkan kemahiran insaniah kepada peserta menerusi lakonan

Jawatankuasa Pelaksana
Bagi merancang dan menjalankan program ini, penganjur melantik individu berikut daripada kalangan AJK Projek Komuniti Kavyan.

Pengerusi — M. Vanitha Murugan
Setiausaha — Mariamah P. Kumarasamy
Bendahari — Christiana Francis


Peserta
Penyertaan terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum berumur minimum 6 tahun, serta berminat dengan “objektif” yang dinyatakan di atas. Penyertaan dibuka kepada maksimum 30 peserta sahaja. Kanak-kanak, remaja, belia dan orang dewasa boleh mendaftar sebagai peserta. AJK PKK dan AJK Kelab Kesedaran juga dipelawa menjadi peserta.

Penglibatan
Peserta wajib terlibat secara aktif dalam semua aktiviti/latihan yang dijalankan.

Bahasa Pengantar
Program dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Peserta wajib mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia.

Bayaran Penyertaan
Setiap peserta dikenakan bayaran RM3.00 dan bayaran ini tidak dikembalikan jika peserta menarik diri atau gagal hadir. Ahli berdaftar Kelab Kesedaran yang sudah membayar yuran tahunan (2019) boleh memohon pengeluaran wang bagi membayar yuran penyertaan program ini.

Borang Penyertaan
Sila hubungi Jawatankuasa Pelaksana atau AJK Projek Komuniti Kavyan untuk mendapatkan borang penyertaan. Borang yang lengkap diisi perlu dikembalikan berserta bayaran kepada Jawatankuasa Pelaksana atau AJK Projek Komuniti Kavyan. Borang boleh diambil dan dikembalikan di Dewan Sangam.

Tarikh Tutup
Penyertaan ditutup secara muktamad pada 31 Januari 2019. Tarikh tutup mungkin diawalkan sekiranya sudah cukup 30 peserta.

Sumbangan Ikhlas
Sumbangan ikhlas diharapkan daripada orang ramai untuk membantu menampung sebahagian kos menjayakan program ini dan pelbagai program mingguan/bulanan. Memandangkan peserta (kelompok B40) hanya dikenakan bayaran RM3 sebagai yuran penyertaan, sumbangan diperlukan bagi menjayakan program ini yang disertai 30 peserta. Sumbangan dialu-alukan dalam bentuk berikut:

● Makan-minum petang
● Alat tulis (pen, pensel)
● Buku nota (menulis nota)
● Kertas manila (untuk peralatan lakonan)
● Buku cerita (baharu dan terpakai)
● Hadiah cabutan bertuah (jika ada)
● Wang (pilihan terakhir – untuk membeli barangan di atas)

Bagi penyumbang sekitar Taiping, Perak, sumbangan boleh disampaikan kepada M. Vanitha Murugan (penyelaras) dengan menghubungi talian/WhatsApp 016-5555453. Bagi penyumbang sekitar Lembah Klang, hubungi Uthaya Sankar SB (presiden Kavyan) menerusi talian/WhatsApp 011-11411952. Sumbangan dalam bentuk wang boleh dimasukkan dalam akaun Kavyan 8600565547 (CIMB), kemudian salurkan maklumat penyumbang kepada Uthaya. (Sumbangan wang adalah pilihan terakhir.)

Rangka Atur Cara
Berikut rangka atur cara program. Para peserta diingatkan supaya mematuhi jadual dan tidak datang lewat bergaya.

1:45 petang
Meja pendaftaran dibuka (Petugas — Uthaya)
Peserta berdaftar perlu mengesahkan kehadiran

2:00 petang [Waktu Kavyan]
Meja pendaftaran ditutup secara muktamad
Peserta lewat tidak dibenarkan menyertai program

Sesi Satu — Teori
Panduan lakonan pentas
(Peserta mencatat nota/panduan)

2:30 petang
Sesi Dua — Tugasan
Pembahagian kumpulan dan tugasan
Peserta berlatih dalam kumpulan

3:30 petang
Sesi Tiga — Persembahan
Peserta membuat persembahan berkumpulan

4:00 petang
Ketibaan ahli berdaftar Kelab Kesedaran
Meja pendaftaran ahli Kelab Kesedaran (Petugas — AJK Kelab)
Minum petang
(Untuk peserta program dan ahli Kelab Kesedaran)

4:30 petang [Waktu Kavyan]
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kesedaran
Untuk ahli berdaftar sahaja

Maklumat Lanjut
Sila hubungi Jawatankuasa Pelaksana atau AJK Projek Komuniti Kavyan jika ada sebarang pertanyaan berkaitan Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama. Layari Blog Kavyan dari semasa ke semasa untuk maklumat pelbagai aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya anjuran Kavyan di seluruh negara.