Tuesday, 8 January 2019

Penghayatan Sastera di Pusat Satya Sai Baba Cheras


Program
Penghayatan Sastera di Pusat Satya Sai Baba Cheras

Anjuran Bersama
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan)
Pusat Satya Sai Baba Cheras

Tarikh
Akan Dimaklumkan

Masa
12:30 tengah hari – 3:30 petang

Tempat
Pusat Satya Sai Baba Cheras
7 Jalan Alam Jaya 17
Batu 9, Cheras, Selangor

Panduan Waze
Pusat Satya Sai Baba Cheras

Pengenalan
Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sering bekerjasama mengendalikan program bahasa dan sastera melibatkan komuniti India di beberapa tempat. Bagi tahun 2019, program Temasya Bahasa di Kuil Sri Maha Sivalayam diadakan di Taiping, Perak pada 19 Mei 2019. Langkah ini bagi memberi kesedaran bahawa penguasaan, kecintaan dan penggunaan Bahasa Malaysia boleh dilakukan di mana-mana, termasuk di perkarangan rumah ibadat. Kini, pihak Pusat Satya Sai Baba Cheras juga berminat untuk bekerjasama menjayakan program seperti ini demi manfaat komuniti setempat.

Objektif
1. Memperkenalkan majalah-majalah terbitan DBP kepada komuniti setempat.
2. Memupuk minat membaca karya Bahasa Malaysia.
3. Memupuk minat menulis karya Bahasa Malaysia.
4. Membuktikan bahawa program bahasa dan sastera boleh juga dijalankan di rumah ibadat dan pusat aktiviti spiritual

Rasional
Kavyan yang diasaskan pada 22 Ogos 1999 menjalankan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya di seluruh negara dengan melibatkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum, etnik dan agama sebagai usaha mengangkat Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa ilmu, dan bahasa komunikasi. [Lihat jugaProjek Komuniti Kavyan di Aulong Lama] Kavyan juga sentiasa bekerjasama dengan DBP dan pelbagai pihak lain untuk memperkasakan komuniti akar umbi menerusi aktiviti bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya. Penghayatan Sastera di Pusat Satya Sai Baba Cheras dirancang khusus untuk memberi pendedahan kepada remaja kaum India beragama Hindu di Cheras dan kawasan sekitar mengenai keindahan bahasa dan sastera kebangsaan.

Jumlah Peserta
Penyertaan terbuka kepada 25 remaja (14 – 19 tahun) di sekitar Cheras. Peserta perlu boleh bercakap Bahasa Malaysia. [BORANG PENDAFTARAN]

Pendaftaran Peserta
Pendaftaran peserta diuruskan oleh Pusat Satya Sai Baba Cheras dengan bantuan wakil Kavyan. [BORANG PENDAFTARAN] Pendaftaran ditutup sebaik sudah cukup 25 peserta.

Cenderamata dan Sijil Penyertaan
Sijil penyertaan dan cenderamata (bahan bacaan) diberikan kepada para peserta yang mengikuti program ini sepenuhnya.

Penyelarasan
Aktiviti ini diselaras dan dilaksanakan oleh wakil Kavyan berdasarkan pengalaman bekerjasama mengendalikan pelbagai program bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya sejak awal 1999. Pihak pengurusan Pusat Satya Sai Baba Cheras akan terlibat sama. Wakil DBP pula akan mengendalikan slot berkaitan DBP.

Pengisian Aktiviti
Berikut adalah rangka atur cara bagi program yang dicadangkan. Pengisian dan pengendalian aktiviti ini merangkumkan secara holistik visi, misi, objektif, rasional strategi dan sasaran program.

12:30 tengah hari – 1:00 petang [Waktu Kavyan]
Pendaftaran peserta (pengesahan kehadiran)
Makan tengah hari (nabati)

1:00 – 2:00 petang
Pengenalan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Pengenalan majalah-majalah DBP

2:00 – 3:00 petang
Pengenalan Sastera Kavyan dan Sasterawan Kavyan
Membaca petikan karya (Kurnia dan Thirukkural dan Megha Duta)

3:00 – 3:30 petang
Penyampaian sijil penyertaan
Sesi fotografi berkumpulan

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 012-9188099 (Ramakrishnan).

Penutup dan Harapan
Penghayatan Sastera di Pusat Satya Sai Baba Cheras diyakini mampu menjadi pemangkin dan peneraju kepada usaha memupuk kecintaan terhadap bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan komuniti India-Hindu di Cheras dan sekitarnya dengan cara yang menghiburkan dengan menjadikan rumah ibadat (pusat aktiviti spiritual) sebagai lokasi program.