Tuesday, 11 July 2017

Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama


Antara program yang dijalankan di Aulong Lama, Taiping, Perak sejak Jun 2016 di bawah Projek Komuniti Kavyan adalah: 




Aktiviti mingguan pula termasuk kelas Thevaram, latihan kolattam, kelas silambam, Kelas Malam dan permainan badminton. Kesemua program ini dijayakan dengan kerjasama dan komitmen sekumpulan belia dan pemimpin komuniti. 

Golongan kanak-kanak dan remaja daripada kelompok B40 (keluarga berpendapatan rendah) di Aulong Lama, Aulong dan sekitarnya (Taiping) merupakan majoriti peserta Projek Komuniti Kavyan.



Sila klik pada poster untuk membesarkannya.

Contoh foto aktiviti mingguan pada tahun 2017:

[BADMINTON] - [KOLATTAM] - [SILAMBAM] - [KELAS MALAM] - [THEVARAM] - [Lagi - Thevaram] - [Lagi - Silambam] - [Lagi - Kolattam] - [Latihan Kolatam] - [Latihan Thevaram] - [Pertandingan Thevaram] - [Latihan Silambam] - [Kelas Malam] - [Bermain Badminton]

Contoh Foto Aktiviti Mingguan pada Januari 2018:

[Kelas Malam] - [Kolattam] - [Thevaram] - [Badminton] - [Silambam]


Esei - Kolattam Memupuk Perpaduan dan Penghayatan Budaya

ANDA BOLEH MEMBANTU

Sumbangan ikhlas juga diperlukan untuk menampung kos pengendalian aktiviti bulanan, dan bantuan khas menjelang musim persekolahan. Terima kasih kepada setiap individu yang tampil memberikan sumbangan ikhlas bagi menampung sebahagian kos segala aktiviti ini. Semoga para penyumbang sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki.



Akhbar - Tamil Nesan, 27 Mac 2018 - [Di Sini]

[VIDEO - Melawat Keluarga di Rumah Usang]

Akhbar - Tamil Nesan, 6 April 2018 - [Di Sini]





Sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau rujuk poster di atas untuk sebarang pertanyaan. 



Maklumat tambahan:

Dalam Bab 5 Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (2017), dinyatakan hakikat komuniti India yang merupakan “penyumbang penting kepada sejarah pembangunan sosioekonomi, kepelbagaian budaya dan kehidupan seharian di negara ini.”

Salah satu sasaran peningkatan penyertaan sosial yang digariskan adalah “memperbaiki persepsi terhadap komuniti India Malaysia oleh mereka yang berada dalam kalangan komuniti itu sendiri dan juga orang luar [kaum-kaum lain].”

Kempen “Bangga Komuniti” yang dicadangkan menerusi Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia mensasarkan untuk “mewujudkan kesedaran pada peringkat kebangsaan mengenai kisah-kisah pencapaian komuniti India Malaysia dalam pelbagai sektor, berganding bahu dengan kumpulan etnik lain di Malaysia, dengan menonjolkan individu dan pasukan yang cemerlang seperti penulis, pendidik, usahawan, ahli sains, dermawan, personaliti sukan, artis dan belia yang perprestasi tinggi” serta bertujuan “mencetuskan keinginan untuk berubah dalam kalangan komuniti India Malaysia secara umumnya, dan keluarga yang bermasalah secara khususnya.”


Projek Komuniti Kavyan yang dijalankan sejak Jun 2016 turut berperanan membuka peluang kepada peserta (kanak-kanak, remaja, belia dan orang dewasa) untuk memupuk sikap “bangga komuniti” dengan memahami aspek seni, budaya, agama dan tokoh kaum India tempatan (sekitar Taiping, Perak).

Secara langsung dan tidak langsung, Projek Komuniti Kavyan membantu usaha menjayakan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia.