30 Jun 2017

Bicara Karya Sasterawan Kavyan


Kavyan sedang mengusahakan perkara-perkara berikut sempena 18 tahun Kavyan diasaskan:

1. Mengumpul karya Bahasa Malaysia (sajak, cerpen, esei) oleh Sasterawan Kavyan yang terbit antara Januari 2007 dan Disember 2017.

2. Mengumpul biodata terkini Sasterawan Kavyan (penulis kaum India).

3. Siri diskusi karya Sasterawan Kavyan di beberapa tempat di seluruh negara.

4. Siri analisis karya Sasterawan Kavyan untuk terbitan (akhbar, majalah, dalam talian).

5. Menerbitkan antologi karya Sasterawan Kavyan – 30 sajak, 10 cerpen, 10 esei. (Sasaran terbit: tahun 2018.)

Sekiranya anda berminat untuk terlibat dalam projek ini, sila kirim salinan karya (sajak, cerpen, esei) [yang tersiar 2007–2017] ke infokavyan@yahoo.com.my untuk dikumpulkan.

Harap sudi juga berkongsi maklumat ini dengan mana-mana penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia.

Sementara itu, Hari Keluarga Kavyan dijadualkan pada 27 Ogos 2017, dan terbuka kepada umum.