28 Jun 2017

Pertemuan Kavyan 18 Tahun


Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) diasaskan pada 1999 dengan semangat “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia”. Menjelang bulan Ogos 2017, genap 18 tahun sejak Kavyan mengendalikan pelbagai acara bahasa, sastera, kebajikan, seni dan budaya di seluruh negara dengan melibatkan khalayak pelbagai kaum dan latar belakang.

Sempena meraikan ulang tahun ke-18, Ramakrishnan Ramasamy mencadangkan supaya suatu acara khas diadakan. Acara yang dicadangkan adalah Sesi Diskusi Karya kelompok Sasterawan Kavyan. [BACA DI SINI]

Hari Keluarga Kavyan, iaitu suatu sesi pertemuan santai melibatkan orang ramai yang pernah terlibat dalam mana-mana aktiviti Kavyan juga sedang dirancang. Cadangan adalah seperti berikut”

Tarikh: 27 Ogos 2017 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: [dibuka untuk cadangan]

Individu yang benar-benar berminat untuk hadir boleh mengemukakan cadangan tempat yang sesuai.

Pengisian sesi pertemuan Hari Keluarga Kavyan termasuk:

1. Perkongsian pengalaman menyertai program Kavyan.
2. Perkongsian pengalaman membaca karya Sasterawan Kavyan.
3. Sesi Bicara Karya Sasterawan Kavyan (2007-2017).
4. Perkongsian perkembangan diri (keluarga, pekerjaan, pelajaran).
5. Membincangkan cadangan aktiviti masa depan.
6. Menjamu selera menggunakan konsep juadah bawaan (potluck).
7. Persembahan bakat sastera, seni dan budaya.

Cadangan dan maklum balas yang diterima setakat ini:

Ezhilarasi – Elakkan tarikh 22-24 Ogos 2017 (tugas Sukan SEA)
Anuradha – Cadangan tempat: Pantai Morib
Anuradha – Cadangan aktiviti: Permainan rakyat
Annadurai – Saya boleh menyumbangkan minuman
Ramakrishnan – Sesi diskusi karya secara berkala

Jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my sebelum 15 Julai 2017.