26 Jun 2013

Baca Cerpen Kavyan: Sedekad Kemudian

Nama Aktiviti
Baca Cerpen Kavyan: Sedekad Kemudian
 
Sempena
Sedekad Baca Cerpen Kavyan” (2003) mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records
 
Penganjur
Galeri Shah Alam, Yayasan Seni Selangor
 
 
Tarikh
1 September 2013 (Ahad)
 
Masa
3:00 – 6:30 petang [Waktu Kavyan]
 
Tempat
Pentas Terbuka Galeri Shah Alam, Persiaran Tasik, Shah Alam [RUJUK PETA SEBELUM SESAT]
 
Objektif
1 Mengimbas kejayaan acara Baca Cerpen Kavyan (2003)
2 Memupuk minat membaca dan menghayati karya cerpen dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum; membudayakan baca cerpen
3 Meneruskan tradisi mempersembahkan bacaan cerpen yang dimulakan melalui program Baca Cerpen Kavyan; memasyarakatkan sastera
4 Membuka peluang kepada peminat sastera mempersembahkan bacaan naskhah cerpen karya penulis pelbagai kaum
5 Memartabatkan Bahasa Malaysia serta memupuk semangat cinta akan Bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
 
Jumlah Cerpen
Sebanyak 20 cerpen Bahasa Malaysia karya penulis pelbagai kaum dijadikan teks bacaan; berdasarkan “Kriteria Pemilihan Cerpen” yang diterangkan di bawah. Setiap peserta perlu mempersembahkan (bukan setakat membaca”) petikan beberapa halaman selama sekitar 10 minit sahaja. Teks cerpen perlu dipilih dan dimaklumkan lebih awal kepada Jawatankuasa Kavyan semasa mendaftar secara dalam talian.
 
Kriteria Pemilihan Cerpen
Cerpen-cerpen Bahasa Malaysia yang dipilih untuk dijadikan teks persembahan mestilah sudah pernah tersiar dan memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia yang bermutu. Pemilihan teks cerpen juga mestilah berdasarkan salah satu kategori berikut:
 
1. Cerpen-cerpen Datuk A. Samad Said
Peserta boleh memilih petikan cerpen-cerpen yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang merupakan Penasihat Agung Kavyan.
 
2. Cerpen-cerpen Allahyarham Dr Othman Puteh
Peserta boleh memilih petikan cerpen-cerpen yang dihasilkan oleh Allahyarham Dr Othman Puteh yang menjadi Penasihat Kehormat Kavyan semasa hayatnya.
 
3. Cerpen Peserta Sendiri
Peserta dibenarkan membacakan petikan cerpennya sendiri dengan syarat bahawa cerpen itu sudah pernah tersiar dan menggunakan Bahasa Malaysia bermutu. Langkah ini bagi membuka ruang kepada penulis pelbagai kaum mempersembahkan petikan cerpen sendiri yang memartabatkan Bahasa Malaysia.
 
4. Cerpen-cerpen Sasterawan Kavyan
Peserta boleh memilih untuk membacakan petikan cerpen yang dihasilkan oleh Sasterawan Kavyan; iaitu kelompok penulis kaum India yang menghasilkan cerpen Bahasa Malaysia. [SENARAI NAMA]
 
Penyelarasan
Program ini akan diselaraskan dan dikendalikan sepenuhnya oleh wakil Kavyan secara terancang, sistematik dan profesional berdasarkan pengalaman menyelaras dan mengendalikan Baca Cerpen Kavyan (29 Ogos – 2 September 2003); serta siri baca cerpen/novel sebelum ini. Kavyan berhak menghalang mana-mana individu/peserta yang didapati melanggar syarat dan peraturan acara.
 
Jumlah Peserta/Pembaca (*)
Dua puluh (20) individu pelbagai kaum, berumur minimum 11 tahun, yang menawarkan diri secara sukarela. Penyertaan terbuka kepada sesiapa yang berminat dan mampu mempersembahkan naskhah cerpen Bahasa Malaysia dengan gaya persembahan yang  mantap dan sesuai untuk persembahan kepada khalayak – BACA PANDUAN. Jawatankuasa Kavyan berhak menolak penyertaan mana-mana peserta yang tidak memenuhi kriteria. Keutamaan diberikan kepada Ahli Kavyan dan mereka yang sering menyertai aktiviti Kavyan.
 
Pendaftaran dan Pemilihan Peserta (*)
Bagi tujuan Baca Cerpen Kavyan, orang ramai yang berminat perlu mendaftar lebih awal kerana jumlah peserta adalah terhad kepada 20 orang. Pendaftaran peserta diuruskan oleh Jawatankuasa Kavyan. Pendaftaran dilakukan melalui kaedah yang dahulu didahulukan” menerusi BORANG PENDAFTARAN DALAM TALIAN. Borang yang tidak lengkap akan ditolak. Pendaftaran lewat tidak akan dilayan. Pendaftaran ditutup pada 27 Ogos 2013 (Selasa); 12:00 tengah hari.
 
Cenderamata Peserta (*)
Kesemua 20 peserta akan menerima cenderamata berupa bahan bacaan (kumpulan cerpen dan novel) bernilai RM120 sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kavyan serta Kumpulan Media Karangkraf. DBP menyediakan sijil penyertaan manakala Galeri Shah Alam menyediakan cenderamata bagi kesemua 20 peserta. Cenderamata ini secara tidak langsung membantu menggalakkan minat membaca dalam kalangan masyarakat; serta mempromosi kempen galakan membaca.
 
(*) Syarat Peserta/Pembaca
Peserta” dan pembaca” merujuk kepada individu yang mendaftar awal menggunakan borang pendaftaran dalam talian yang disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan; mendaftar di Galeri Shah Alam sebelum pukul 3:00 petang [Waktu Kavyan] pada tarikh acara; mempersembahkan teks cerpen di pentas mengikut giliran yang ditetapkan; menyertai acara dari mula hingga akhir; dan tidak meninggalkan acara lebih awal. [TONTON KLIP VIDEO OLEH TV SELANGOR]
 
Penonton
Orang ramai – khususnya peminat sastera, siswa-siswi, pelajar, guru, penulis dan ahli Kavyan – dipelawa menghadiri acara Baca Cerpen Kavyan sebagai penonton. Penonton berumur minimum 11 tahun perlu mendaftar menerusi borang pendaftaran dalam talian serta mengesahkan pendaftaran di Galeri Shah Alam sebelum pukul 3:00 petang [Waktu Kavyan] pada tarikh acara untuk membolehkan mereka layak menerima cenderamata. Penonton juga wajib menyertai acara dari mula hingga akhir; dan tidak meninggalkan acara lebih awal.
 
Cenderamata Penonton
Setiap peserta/pembaca digalakkan membawa bersama-sama mereka dua rakan atau ahli keluarga sebagai penonton. Kesemua 40 penonton ini akan turut menerima cenderamata buku bernilai hampir RM45 (sumbangan DBP, Kavyan dan Karangkraf); dengan syarat mereka mendaftar sebagai “penonton” seperti diterangkan di atas. Mana-mana penonton yang menghilangkan diri semasa acara atau tidak mengikuti acara di pentas dengan sempurna tidak layak menerima cenderamata.
 
Promosi
Promosi dan publisiti bagi acara ini dilakukan oleh Kavyan. DBP dan Galeri Shah Alam turut membantu membuat promosi dan publisiti untuk menarik penyertaan orang ramai. Kerjasama wakil media dan penaja juga akan diminta.
 
Rangka Atur Cara
 
2:30 petang
Meja pendaftaran peserta dan penonton dibuka di Galeri Shah Alam
Ketibaan tetamu, wartawan, peserta dan penonton
Minum petang
 
3:00 petang [Waktu Kavyan]
Pendaftaran peserta dan penonton [pengesahan kehadiran] ditutup secara muktamad
Baca Cerpen Kavyan bermula
Giliran membaca adalah mengikut undian
Acara dihentikan sebentar – Azan Asar, 4:24 petang
 
6:00 petang [Anggaran - mungkin lebih awal]
Ucapan penutup oleh Datuk A. Samad Said; Pengarah Galeri Shah Alam; Encik Koh; dan wakil DBP.
Penyampaian cenderamata dan sijil penyertaan
Sesi fotografi berkumpulan
 
Pertanyaan
Sila hubungi e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau kemukakan pertanyaan menerusi www.facebook.com/KumpulanSasterawanKavyan selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2013 jika memerlukan maklumat tambahan. Harap maklum bahawa pertanyaan menerusi SMS tidak akan dilayan sama sekali.
 
Disediakan oleh Jawatankuasa Kavyan pada 27 Jun 2013; kemas kini 27 Ogos 2013.