Thursday, 10 July 2014

Projek Sumbangan Makan Tengah Hari



Projek Sumbangan Makan Tengah Hari yang disasarkan kepada sekumpulan pelajar dan murid daripada keluarga miskin di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam dimulakan pada 7 Julai 2014.

 

Projek ini dijayakan sepenuhnya dengan kerjasama rakan-rakan yang prihatin. Apa yang lebih menarik, mereka tidak mengharapkan publisiti atau nama dipaparkan kepada umum. Ternyata mereka benar-benar ikhlas dalam menghulurkan sumbangan.

 

Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada para penyumbang budiman yang menderma bagi membeli barang-barang keperluan – CONTOHCONTOHCONTOHCONTOH dan bahan-bahan untuk memasak – CONTOHCONTOHCONTOH.

 

Terus-terang, bukan mudah untuk menyediakan makan tengah hari bermutu dan berkhasiat secara berterusan. Kos minimum untuk menyediakan makan tengah hari bagi 20 murid/pelajar adalah RM100 sehari. Kerja-kerja memasak dilakukan oleh seorang suri rumah, Puan Radha.

 

Besarlah harapan kami bahawa ahli politik tempatan serta orang ramai akan terus-menerus memberikan sokongan dan sumbangan bagi menjayakan projek ini.

 

Berikut beberapa tulisan berkaitan Projek Sumbangan Makan Tengah Hari yang diusahakan oleh Kavyan dengan bantuan orang ramai.

 

Kempen RM5 Seorang Politikus” – The Malay Mail Online, 30 Jun 2014

 

Ketuk Pintu untuk Dibantu” – The Malaysian Insider, 30 Jun 2014

 


 

Kunjungan ADUN Sri Muda dan Ahli Majlis Taman Sri Muda ke Rumah Kavyan pada 4 Julai 2014 – FOTO 1FOTO 2FOTO 3

 


 

Pelajar/murid berkunjung ke Rumah Kavyan untuk membaca buku serta berkongsi cerita, selain menikmati makan tengah hari yang dihidangkan. Pelbagai bantuan lain turut diberikan mengikut kesesuaian dan kemampuan. Biarlah foto berbicara …

 

7 Julai 2014 (Isnin) FOTO 1FOTO 2FOTO 3FOTO 4FOTO 5

 

8 Julai 2014 (Selasa) FOTO 1FOTO 2FOTO 3FOTO 4FOTO 5

 

9 Julai 2014 (Rabu) FOTO 1FOTO 2FOTO 3FOTO 4FOTO 5

 

10 Julai 2014 (Khamis) FOTO 1FOTO 2FOTO 3 

 

11 Julai 2014 (Jumaat) FOTO 1FOTO 2 

 

Foto-foto terkini boleh dirujuk di Facebook. Harap maklum bahawa kami di Kavyan tidak berminat merakam foto pelajar/murid terbabit sedang makan kerana tindakan itu agak kurang sopan, malah biadab.

 
Jika anda ingin menyumbangkan wang atau barangan keperluan untuk Projek Sumbangan Makan Tengah Hari, dapatkan sedikit MAKLUMAT LANJUT DI SINI. Kemudian, sila hubungi infokavyan@yahoo.com.my atau kirim mesej peribadi menerusi Facebook atau hubungi talian 016-3288142 (Uthaya).

No comments: