24 Oct 2018

Kita dan Karya — 3 November 2018


Apa?
Kita dan Karya: Teknik Baca Cerpen di Pentas
dan
Jualan Buku-buku Sasterawan Kavyan

Bila?
3 November 2018 (Sabtu)

Masa?
11:00 pagi – 6:00 petang

Di Mana?
Laman Seni 7
Jalan Plumbum R7/R
Seksyen 7, Shah Alam
(Berdekatan Jakel, UiTM, Hospital Shah Alam)

Panduan Waze
Laman Seni 7

Pengenalan
Sesi “Kita dan Karya” diadakan di Taman Tasik Kota Kemuning, Shah Alam pada 22 Julai 2018 dan 19 Ogos 2018 – Baca Maklumat di Sini. Acara pada 30 September 2018 dan 21 Oktober 2018 berlangsung di Setia Alam – Baca Maklumat di Sini. Acara pada November 2018 pula dibawa ke Laman Seni 7 sempena acara Lorong Buku anjuran MBSA dan Kediaman Buku.


Siapa yang Wajar Hadir?
● Sesuai bagi kanak-kanak, remaja, belia, dewasa, ibu bapa, penjaga, guru, pelajar, mahasiswa, pengamal media, peminat sastera dan orang ramai yang mahu berhibur sambil mempelajari teknik membuat persembahan (bacaan) teks cerpen di hadapan orang ramai.
● Penyertaan terbuka kepada semua tanpa batas kaum, agama, etnik, latar pendidikan, pekerjaan, pendirian politik dan sebagainya.
● Penulis yang ada karya sendiri dipelawa membawa karya masing-masing untuk dijadikan teks bacaan.
● Individu yang tidak mahu membaca petikan karya juga boleh hadir untuk mendengar bacaan oleh penulis/peserta lain.
● Peluang membeli buku-buku Sasterawan Kavyan [senarai buku di sini] pada harga istimewa.

Pengisian dan Atur Cara
Berikut adalah cadangan pengisian program bagi acara kali ini. Keseluruhan acara, buku-buku yang dijual, dan teks sesi bacaan adalah dalam Bahasa Malaysia.

11:00 pagi
Jualan buku-buku Sasterawan Kavyan
Pendaftaran peserta Teknik Baca Cerpen di Pentas
Sesi pertemuan dan perbincangan santai “Kita & Karya”

2:00 petang
Sesi Teknik Baca Cerpen di Pentas
Jualan buku-buku Sasterawan Kavyan [senarai buku di sini]
Sesi pertemuan dan perbincangan santai “Kita & Karya”

6:00 petang
Bersurai

Maklumat Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi penyelaras “Kita & Karya”, Cik Balkish Alam (019-2671076), atau e-mel infokavyan@yahoo.com.my atau WhatsApp 011-11411952 (Kavyan).